salam...
hari ni gaya bahasa kembali normal... dah 2 hari aku merapu.... kalau perasan la.... ayat, tulisan dan lenggok bahasa memang macam orang "biol"....
semalam, disaat "kebiolan" aku dapat dikawal, (terpaksa kawal pasal aku nak buat kerja) aku terdengar berita ni....
"kementerian penerangan nak adakan rancangan tv berkonsep komedi untuk mempromosikan penggunaan bahasa melayu dengan betul" rasa-rasa banyak surat khabar hari ni menyiarkan berita yang sama, sila dapatkan surat khabar hari ni, tak kiralah samada dibeli atau dipinjam....
konsep rancangan tu diberitakan berasaskan rancangan "mind your language" sila klik video di bawah
tapi aku rasa, dulu ada rancangan seperti itu di stesen rtm, tajuknya aku dah lupa. yang mana kelas tu adalah kelas bahasa dan paling aku ingat salah seorang pelakonnya adalah abon yang kuat telo jawanya....
dalam pada aku mengejar "deadline" kerja aku pukul 530pg, aku tersenyum sorang-sorang, apa kata adakan "kempen" yang sama untuk para blogger, terutama blogger-blogger baru. mungkin bukan mengikut bahasa melayu standad 100 peratus, (aku faham, yang kebanyakan blogger adalah penulis santai) untuk menggalakkan mereka menggunakan semaksima mungkin skema bahasa yang betul dan mengurangkan seminima mungkin penggunaan bahasa-bahasa dan ejaan yang kadang kala, susah difahami.... malah singkatan yang digunakan mungkin pada mereka "cool" tapi pada pembaca ianya adalah "eye-sore"... maaf, tak berapa ikut skema bahasa yang betul...bercampur-campur.
ada kemungkinan idea ni jadi bahan jenaka, dan mungkin juga penulisan ni jadi bahan untuk maharaja lawak, tetapi tiada salahnya jika kita mahu mencuba....
2 ulasan:
Pandangan dan cadangan ini baik. Namun rasanya tak ramai yang berminat.
Tapi boleh cuba. Tak cuba tak tahu. tetapi buat diri saya baik di dalam entri atau pun ruangan komen saya selesa dengan gaya penulisan biasa.
terima kasih komen pak mail....
Catat Ulasan