Iklan Berbayar

Rabu, 4 Mei 2011

terkenang kisah lama, ketika dalam kadet tentera

salam sume....

entri lepas, aku cerita pasal blog ex-komando yang aku suka, sememangnya lawak garapan dia... tapi dalam lawak dalam tergelak, kita tak tau camne perit, pahit, sakit, deritanya latihan nak jadi komando.... dan yang pasti, AKU SENDIRI TAK SANGGUP! hihi...hihi... cuma satu.... aku memang salute kat abang-abang komando.....

bila baca entri-entri pakcik komando ni.... teringat masa aku skola dulu.... terlibat dengan aktiviti kadet tentera... bukan kerana glamer atau macho bila join kadet ni... (almaklumla, aweks2 biasa pandang kat geng-geng kadet...hehe) tapi kerana ingin tahu sikit sebanyak macamana kehidupan sebagai seorang tentera, dan aku tau, apa yang aku belajar dan diajar hanyalah "the tip of an iceberg" tak caya, tanya kat pakcik ex-komando tu....

disebabkan aku ni kat sekolah teknik, maka, pasukan kadet aku ni dilatih oleh kor 10 jurutera, kem terendak melaka... ada la jugak 2 3 kali masuk kem... sekadar menjalani latihan menembak dan beberapa latihan yang biasa untuk pelajar skolah macam kitorang ni.... dan ketua jurulatih untuk skolah kitorang ni nama dia Sarjan Tukiran, bila dia tegas, keras kitorang jadinya.... tapi sekali dia buat lawak.... mau bergegar trak yang bawak kitorang masa tu....

ingat lagi masa kitorang jalani latihan menembak....masa tu masing-masing dibekalkan dengan 5 butir peluru untuk round pertama. ada 2 jenis pistol... browning dan HK, agak excited pasal masing-masing baru pertama kali pegang senjata api.... dan... harus diingat... jangan main-main dengan senjata api... tu benda pertama sarjan tukiran ni bgtau masa taklimat... "silap haribulan senjata makan tuan!" tambah dia lagi.... masing-masing terkedu....

lepas taklimat, masing-masing load peluru dalam magazine.... terus bawak kat lapang sasar.... lepas beberapa arahan prosedur keselamatan dan pemeriksaan (ye lah, kitorang ni budak sekolah, kut jadi ape-ape, letih plak nak menjawap kat mak bapak bebudak ni kan) AIM....FIRE! maka meletup-letuplah pistol memuntahkan peluru.... mak aih...kuat jugak sentakan peluru tu ye... macam nak tercampak....

habih dah round pertama... berduyun masing-masing tengok sasaran.... berterabur! siap sorang penolong jurulatih tu berseloroh... "kalau tembak camni, musuh setakat berjoget pon boleh elak peluru korang ni!"

Berderai kitorang gelak..... "Dah, lepas tampal kesan peluru tu, pergi kumpul kat tempat taklimat" jerkah penolong jurulatih tu....

sepantas kilat tampalan dibuat.... terus kitorang kumpul balik.... kat tempat taklimat... sarjan bagi rumusan latihan kitorang tadi.... bla...bla..bla... sesi soal jawab.... bla bla bla....sampailah sesi cerita sarjan dalam perkhidmatan.... bla bla bla....sampai kisah survival, kisah dia dikenakan dengan jurulatih dihidang dengan ular sawa, monyet dan macam-macam lagi....

mula round ke 2, 5 butir peluru lagi, ikut prosedur macam tadi.... tembak!.... lepas berdentum dentam.... sampai naik berdesing telinga.... terus tengok kat sasaran... kali ni dia tengok sorang-sorang punya tembakan....

"hmm ada kemajuan... walaupun musuh masih boleh berjoget"

tiba-tiba...sampai kat sorang kawan aku ni.... "wah...ini lagi bagus, mari semua tengok"....

"sasaran punya la besau, kau gi tembak tiang, patut bergoyang semacam je sasaran kau tadi" jerkah jurulatih tu sambil berseloroh.... ape lagi semua orang termasuk sarjan aku tergelak-gelak....

"dah...semua berkumpul, serah senjata" arah sarjan,

kitorang pun berkumpul macam diarahkan.... taklimat akhir....bla bla bla.... isk panjang plak taklimat sarjan ni....

"latihan hari ni dah abih, sebelum gerak balik, korang berkawat, pegi ikut koperal...." arahan terakhir dari sarjan...kitorang pun terus la berkawat dengan semangat..... dalam hati... ke mana pulak nak dibawaknya ni...

tiba-tiba koperal bg arahan berhenti...betul-betul depan kantin.

"sebelum gerak balik, korang makan tengah hari dulu" perkhhh cerah terus muka masing-masing...

pertama kali aku makan kat kantin kem tentera.... sesambil tu jurulatih dan beberapa anggota yang kebetulan ada mula berbual mesra dengan kitorang.... mula bercerita tentang kehidupan diorang sebagai tentera...

dalam perjalanan balik, kitorang dok menyakat kawan yang tembak tiang sasaran tu.... tu pun sarjan yang dok mula menyakat.... habih digelakkan.... sampai sekarang aku masih tersenyum kalau teringat kisah-kisah tu.....

5 ulasan:

Izzuddin Fauzi berkata...

hehehe... semua gelap jer..

myetech9[dot]com @ Enchik Nine

Den Cdo berkata...

Den ghaso tontu nite ado banyak jugo insiden lucu semaso kadet tu..kalau maso berkawan, Den suko dongar jurulatih kawat berkato : Setingkat lagi dalam perlajaran kawat kakianda hari ini adalah senang diri daripada sedia. apabila dapat hukuman sedia ,SATU : skot hendaklah mengangkat kaki, lutut paras, 12 inci daripada bawah, badan tegak, bkka dada, pandangan terus kehadapan . SKOT DUA, skot hendaklah hentakan kaki kiri dengan padatpada sebelah kaki kanan dan tentukan jarak antara kaki kiri dan kaki kanan adalah 12 inci.dalam masa yg sama kedua -dua belah tangan hendak lah diletak di belakang bahagian pinggang dan mata terus pandang ke hadpaana....Faham tu SKOTTTTT ! tu baru nak belajar senang diri daripada kedudukan sedia belum lagi yg lain-lain....berbueh mulut dibuatnya...!!!

nitestalker berkata...

ada pakcik...ada... tu belum crita sarjan tak ngaku jawa lagi...dia kata nama dia nama omputeh....hahahah

jungrara berkata...

mase kitorang kat skola dulu pun, budak pompuan memang suka tengok budak kadet berkawad coz diorg siyes nampak smart n macho...huhu

nitestalker berkata...

jungrara: kira dalam diam ada minat la ye.... huk huk huk... dah terbukti teori masa dulu kenapa dan mengapa ramai yang nak masuk kadet...