Iklan Berbayar

Sabtu, 7 Mei 2011

nostalgia war game, kombat zaman kecik kecik

salam semua....
dah 2 hari aku tak buat entri.... tuan punya badan tetap bersemangat, cuma memori dan ingatan dok berterabur.... almaklumla... nak cerita pasal nostalgia, dah tentu kena cari dan selongkar balik memori yang tersimpan... ibarat nak carik kotak yang dah 30 tahun tersimpan dalam stor, dah tentu ambik masa kan.....

teringat zaman kecik-kecik dulu.... sebelum adanya "paintball" marker, dengan pengaruh cerita dan filem kombat zaman perang dunia ke - 2, maka, dengan kreatifnya.... timbul lah senjata-senjata yang digunakan untuk beraksi.... 


ni lah satu contoh senjata yang paling popular digunakan.... tak perlu gunakan "silencer" dan keberkesanan tembakan agak tinggi untuk mengenai sasaran, sesuai untuk operasi senyap.... tapi disebabkan jarak tembakan yang agak dekat... kitorang takdelah gunakan untuk serang hendap.... lagipun kitorang dulu cuma bermain di halaman rumah, bukan satu kawasan yang cukup besar macam gelanggang paintball. peraturan dipermudahkan, bahagi 2 kumpulan, tetapkan sempadan agar takde yang beraksi kamikaze dengan menceroboh kawasan, dan SERANG!...nak bunyi atau tak...bergantung kepada kederat memasing.... bunyi guna mulut. yang bestnya, bunyi machine gun tapi peluru sebiji....


ammo....pelbagai.... suka-suka la nak guna... biasanya, orang guna terung pipit, tapi disebabkan terung pipit selalu kehabisan akibat dibuat sayur atau berisiko "disergah" dengan tuan punya pokok, kitorang gunakan buah kopi yang muda....janji bertangkai dan boleh disepit pada pembidik.... tanda-tanda sasaran mengena musuh, terdengar bunyi "adoi".... tu pun pasal biji kopi tu agak keras dan padu.... rasa dia pun... hmm paham-paham je lah...

senjata ke - 2, lebih dramatik disebabkan ada bunyi meletup dan kombat jadi lebih dramatik.... memang seronok abih...lagi-lagi kalau ada pemain yang ramai.... senjata apa.... ahaaaa..... bedil buluh nama dia... kalau tanya orang kampung... macam-macam nama diorang bagi....



bedil buluh ni aku lagi suka dari senapang kayu. macam aku cakap tadi, kesan letupan dia menambahkan dramatik permainan "war game" ni....dan perit dia... berganda-ganda dari perit senapang kayu tadi.... disebabkan "reloading" agak lambat... pemain mestilah ramai baru thrill.... peraturan permainan.... masih sama macam tadi.... saiz, macam-macam saiz.... besar, kecik, panjang, pendek, sesuaikan dengan diri pemain tu... bunyi yang kuat dan tujahan peluru yang padu memang jadi pilihan.... yang penting, musuh akan mengaduh dan "goyang" dengan kehebatan senjata yang kita gunakan tu....

ammo, bedil buluh ni paling senang... kertas surat khabar yang dibasahkan.... gumpal-gumpal....sumbat dalam laras.... dan ready for action!.... tapi ada masanya kitorang ni jadi nakal....kena pulak dapat buluh yang tebal dan lubangnya agak besar, sekali lagi, putik buah kopi jadi pilihan... dan kesannya.... sape pernah kena memang diorang tau..... perghhhh mantop! cuma risiko laras boleh pecah.  ada satu lagi rahsia... tak taulah kalau ada yang pernah buat menda ni ke tak... kalau ada di antara musuh guna putik buah kopi, kitorang balas dengan "BUAH GATAL", buah seakan pinang raja tapi saiz kecik dengan kulit warna merah dan lembik kalau masak. dan kesan dia...memang hebat... siapla, jadi macam kera kena belacan....hahaha... biasanya ammo ni kitorang jadikan pilihan terakhir...pasal kesan dia kitorang pon boleh terkena sama....

sekarang, dah takyah susah-susah nak kerat papan buat senapang, redah belukar nak kerat buluh buat bedil.... agak-agak gian nak main war game, cari je tempat main paintball, adrenalin rush dia lagi hebat....

ups...sebelum tu ada senjata dari buluh yang lagi extreme.... MERIAM BULUH!, cuma aku tak galakkan korang main pasal BAHAYA....


tapi kitorang taklah masukkan dalam aktiviti war game kitorang....mau ada yang kembali ke Rahmatullah pulak kang....hahahhaa


last but not least.... ni kemeriahan meriam tu.... sure pekak telinga nie....

9 ulasan:

Ismail aka Pak Mail berkata...

Melihat lakaran senapang yang diperbuat dari papan, saya teringat sewaktu kecil kami juga bermain perang2 seperti ini. Tetapi kami lebih 'daring' menggunakan batu sebagai peluru. Batu sebesar ibu jari. Bermain di satu kawasan lapang dan berbukit-bukit kecil.

Pernah jugalah 'ditembak' tepat kena dahi oleh rakan sepermainan.

Rakan itu pun telah meninggal dunia.

DEN COMANDO berkata...

hahahhaa..Bro nite Den teringek senjato nombor dua tu..org kampung Den golarkannyo lolotup...dia boleh dibasang dan dibuek double or triple barrel...dan pasal meriam tu...Den ingek lagi....pasal polis pernah koja kami, dua org kono tidur lokap malam tu , pasal main meriam buloh tu..den terlopeh maso tu...

Unknown berkata...

nite kpd pak mail: memang syiok... tapi bab batu beso ibu jari tu yg tak tahan.... memang mantop tu.... kena kat dahi memang benjol

al fatihah utk kawan pak mail...

nite kpd den cdo: betul gak tu pakcik...lama dah tak main menda-menda ni...kalau buat program motivasi best jugak buat aktiviti perang guna leletup ni... hik hik hik...

pasal meriam buluh, kat kg aku polis main gertak je....jalan2 keliling pasang lampu....kompom berterabur bebudak yang main mercun ngan meriam...

MgtBobber berkata...

Pernah masa dulu ketandusan buluh kat kampung,kitaorg buat 'bedil buluh' ni pakai batang pen Reynolds je!! bleh tahan bunyinya!! hahahaa..

Abu Bagi berkata...

arghh!! serus beb aku teringat zam akau kecik2 dulu..aku pun main game cam ni..hahaha

main tembak2 tepi sungai..arhh!!!!

sejarah mungkin berulang..*ttiba TOMOK!! hahahaha

Unknown berkata...

nite ke megat: bedil pen, biasa buat kat skolah...main tembak2 dalam kelas sesambil menyakat bebudak pompuan....

nite ke abu: memang seronok... nak ulang sejarah boleh je...boleh ajak anak sedara/sepupu sepapat join sama...

nikths berkata...

bedil buluh tu biasa kat tempat aku guna sejenis buah yang dipanggil buah 'cenerai'.saiznya sebesar kacang putih.Bijinya keras.Kalau sesiapa kena memang berbintat merah la badan tapi buah cenerai ni bukan semua tempat ada dan pohonnya tinggi la juga.

Unknown berkata...

buah tu...kat kg aku takde...jadinya putik kopi jadi mangsa...

a.samad jaafar berkata...

salam bro..
mohon keizinan untuk kongsi gambar permainan tu ke n3 blog saya.. t kasih