Iklan Berbayar

Sabtu, 14 Mei 2011

bestnya kalau dapat kawin lebih dari satu

salam...

aku masih takleh tido....ntah kenapa ntah....mata kelat... semalam pun tido 3 jam aje.... gatal pulak nak membaca surat khabar.... aku jengah metro, aku jengah berita harian, aku jengah utusan.... ermmm panas lagi rupanya topik ni.... rasa dah dekat seminggu dah...

sumber :harian metro, klik gambar kalau nak baca berita

ni semua gara-gara pelakon/pelawak popular kita mencukupkan kuota... kuota apa? bukan kuota nak masuk universiti lah.... kuota yang mungkin jadi idaman lelaki.... KAHWIN 4!

aku tau...ramai yang senyum sendirian...atau mula berangan-angan.... mungkin juga dah mula memasang strategi... betul tak guys.... ?

tipulah kalau tak pernah terlintas dalam benak hati korang... bestnye kalau ada bini sampai 2,3 atau 4.... macam bahagia je kan...hak hak hak (lepas tu senyum sorang-sorang sambil berangan-angan, mata memandang siling, tangan letak kat dahi.... termenung sendirian)

yang pompuan...aku tak taulah.... rasa diorang ni pantang sikit kut benda-benda ni.... sampaikan dengar perkataan "tambah" je...muncung dah boleh sangkut "hanger".....hihi...jangan marah ye kaum hawa sekelian.... jangan pantang sampai encik hasben tanya nak tambah nasi pun kena "serangan mengejut" piring terbang dan mangkuk berhayun! pantang sungguh dengan perkataan "tambah" dan yang semakna dengannya.....

balik kepada topik, kalau sang lelaki yang dengar, mesti ada cakap betapa bahagianya abg salih yaacob ni, tak kurang yang cemburu, dan ada yang tersengih.... dalam hati, cuma  diorang aje yang tahu....  tapi pada aku, kalau dia mampu... tak salah nak cukupkan kuota, lagipun, aku tak pernah dengar rumahtangga dia bergegar dan bergoncang.... kalau setakat vibrate tu, tak tau la plak...

huh, dengan status sebagai seorang artis, memang aku respek habis.... bukan kita tak biasa baca, baik kat blog gossip atau majalah hiburan, baik dari hollywood, bollywood, kollywood (eh ada ke?) sampailah kat tanahair kita sendiri.... kadang tu, kahwin 2 3 tahun dah bergoncang, lagaknya macam kena gempa bumi 9 skala ritcher! padahal...masalah yang timbul tu, cukup kecik...tapi gegak gempita seluruh alam....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------
asalkan korang mampu dan adil, tambahlah....cukupkan kuota.... dari dok huha sana...huha sini... skandal sana, skandal sini...baik kahwin kan? dapat jugak meramaikan umat Nabi Muhammad....

buat lelaki-lelaki macho kat luar sana, kalau korang rasa korang lebih macho dan rasa diri tu lebih berintergriti dari abg salih kita ni, mesti korang boleh mencukupkan kuota punyalah.... mesti hidup korang semanis madu dan kurma....

tapi....agak-agak koranglah, boleh ke korang berlaku adil? adil yang macammana....?

adil ni bukan setakat nafkah batin je tau.... nafkah ni memang orang boleh adil.... tapi aku rasa ramai yang fail pasal nafkah zahir.... korang bayangkan la.... korang ada 2 bini, confirm korang kena sediakan 2 buah rumah kan.... kalau sorang korang bagi rumah teres harga RM250k, dah tentu sorang lagi korang kena bagi rumah dengan harga yang sama.... baru adil kan?... tu baru bab rumah....cuba korang fikirkan bab-bab yang lain... bab belanja dapur, bab belanja itu, bab belanja ini, bab kereta dan macam-macam bab lagilah.... persoalannya, kalau korang cakap korang adil, korang audit balik adilnya korang tu.... seimbang tak?

terus terang lah aku katakan, bab adil ni lah yang membuatkan aku sendiri akan fikir banyak kali kalau berhajat nak tambah nasi....eh...tambah bini.... serius!, karang, elok-elok rambut aku yang agak tebal macam hutan belukar, terus gondol jadi padang pasir.... hak hak hak....

aih...rasa macam merapu lak entri ni.... ah...lantaklah... ape-ape hal pun kan... wahai lelaki kat luar sana, kontrol sikit ego korang ye.... bawak-bawak berfikir dengan rasional.... ni aku cerita yang dah kawin nak menambah, yang belum kahwin tapi nak ber'gf' ramai tu.... tak masuk dalam "coverage"... pasal aku pun tak tau nak tulis camne....hehehhehe.....

anyway.... tepuk dada tanya akal....jangan sampai satu hari nanti kita dok tepuk dahi macam orang hilang akal.... keh keh keh

8 ulasan:

Farah berkata...

lelaki kalau bab kawin byk mmg suke eh ;)

Unknown berkata...

suka tak suka lah...tp pikir bab tanggungjawab.... mau tertonggeng nak menjawab....huhuhuhu

Farah berkata...

huhu..kalau mampu ape salahnya kan ;D

Ms.ze berkata...

tabik la abg salih ni..haha..
bukan sbb dia berjaya kawin 4.
tapi sbb dia boleh berlaku adil..
tgk keluarga diorg happy je..
xde nak gadoh2..

Ismail aka Pak Mail berkata...

Kebanyakannya ya....tapi tak semua, mereka yang berkahwin lebih dari satu akan mulai bercakap bohong demi untuk menyenangkan hati sesuatu pihak dari isteri2 mereka.

Maka itu, Allah swt telah menyatakan bahawa kita boleh saje berkahwin 2, 3 atau 4. Namun sekiranya kita takut tidak dapat berlaku adil, maka satu sudah mencukupi.

Seperti saudara katakan 'tepuk dada tanya akal'.

Pyka Rahmat berkata...

mampu untunglah.

hm

Unknown berkata...

kucarkacir: alhamdulillah... at least ada jugak yang boleh dijadikan contoh utk lelaki kat luar sana...

pak mail: kalau camtu dah hilang kelayakan nak tambah dah tu... dengan diri sendiri pun tak adil....

Jahirah berkata...

kalau kawen srg pun xley control,takpyh la nk ikut jejak abg salih 2....