Iklan Berbayar

Khamis, 5 Mei 2011

bila dengar lagu ni....teringat sambutan kemerdekaan 1995

karaoke session ni aku rakam masa sesi "berpoya-poya" anjuran boss kompeni aku keje sekarang....punya la semangat diorang menyanyi... adoiii ape lagi, aku pun terus rakam wajah-wajah gembira diorang.... hahahah amekow!


dalam pada diorang bergembira, dalam pada aku tenung video ni berkali-kali, teringat pulak sambutan kemerdekaan tahun 1995 bandaraya melaka.... sekolah kitorang dapat jemputan untuk sertai perbarisan sambutan kemerdekaan tersebut.... lepas perbincangan, maka, sekali lagi anggota kadet tentera kena hantar "bertugas".... alamakkk...mementang la kitorang macho.... (poyo je kan ayat)

sebelum sambutan tu berlangsung, kitorang diberi pelepasan khas untuk sertai raptai.... perghhh peluang besar untuk skip kelas dan ponteng secara sah!....punyalah jeles kengkawan lain...baik yang duduk asrama atau yang kat luar...ye lah...ponteng yang dibenarkan dan takde tindakan undang-undang sekolah la katakan.....

ingat lagi...masa tu hari pertama raptai.... kebetulan hari isnin.... masa skolah hari isnin pagi adalah waktu perhimpunan sekolah.... hari tu lah kitorang datang sekolah dengan but spike....dok bunyik klekuk klekak.... sebatu org boleh dengar....hehheh pastu datang dengan pakai t-shirt skola (t-shirt untuk aktiviti sukan) dan benda pertama pengetua sebut dalam perhimpunan "anggota kadet sila berkumpul di sudut sana untuk tunggu trak"... tersengih-sengih memasing sambil usha kengkawan yang dok muncung.... dalam hati... baik yang sengih, yang muncung, tuhan aje yang tau.... korang pepaham je lah bila bab jeles-menjeles ni....  perhimpunan hari isnin tu pun meneruskan agendanya....

trak sampai dan kitorang mula berkumpul, baru perasan, ada 5 orang lagi tak sampai.... sah diorang ni masuk lambat.... aku rasa diorang ni bangun lambat pastu tunggu pengawas yang jaga gate tu blah baru diorang masuk.... aku sengih je dalam hati... dah paham sangat dah...pasal time tu pun aku pengawas.... ah biarkanlah...kejap lagi sampai lah tu.... bisik aku sendiri...

habis berkumpul, taklimat dan sedia naik trak....baru je nak jalan....nampak la beberapa orang yang lambat nie sampai...

"hah...lambat, cepat naik.... karang aku tinggal baru korang tau!" sarjan aku jerkah...semua yang ada kat tapak perhimpunan memandang.... siap pengetua tengah berucap boleh berhenti sekejap pandang kat kitorang.....

"nasib baik dah nak gerak....kalau tak aku suruh korang pumping kat depan perhimpunan tuh...." jerkah sarjan lagi...

tiba-tiba sorang kawan ni cakap kat sarjan... "takpe Jan, kitorang ada hukuman yang sesuai"....

masa tu trak baru mula bergerak dengan perlahan....

"cikgu...ada lima orang datang lambat... nanti kitorang bagi nama diorang!!!!" jerit kawan tu.....

"ha ah cikgu....ni diorang datang lambat cikgu!!!" sambung sorang lagi....

"Ni cikgu...ni dia yang datang lambat" kata sorang lagi sambil menunjuk kat mamat yang datang lambat tu....

ramai-ramai kitorang gelak.... sarjan ngan koperal yang drive tu pun tersengih-sengih dengan perangai bebudak ni.... geleng kepala sarjan tu.....

respon cikgu? ada yang tersengih....ada yang pelik pasal tak paham.... alahai...anak-anak murid zaman sekarang.....

"dah duduk diam-diam, jangan nak jadi beruk kat belakang tu!" terus kena jerkah.... sepantas kilat riuh pasar malam terus sesenyap tanah kubur....

yang tinggal...bunyi trak membelah kesepian...

Tiada ulasan: