Iklan Berbayar

Rabu, 30 November 2011

buntal beracun ke meja makan, pesta ikan buntal di sarawak

kita sedia maklum, ikan buntal amatlah beracun. Neuro-toksin yang terdapat dalam badan ikan akan bertindak serta merta menyebabkan kebas seluruh badan dan seterusnya melumpuhkan fungsi paru-paru dan jantung.

kita juga sedia maklum, di jepun, ikan ini juga di hidangkan sebagai "fugu" dan menjadi satu kegemaran rakyat jepun, namun, penyedia hidangan memerlukan latihan hingga mendapat "lesen kebenaran" untuk menyedia dan menghidang.

tapi memang tak pernah aku sangka... di sarawak sebenarnya kita juga berpeluang untuk merasai keenakan ikan buntal ni, bukan dijadikan "fugu" tapi, pelbagai resipi dari digoreng, dibakar malah dijadikan pelbagai menu masakan... ianya juga dijadikan sebagai produk tarikan pelancong iaitu pesta ikan buntal.

layan video ini, rembat dari RTM... huhuhu



sedikit artikel pasal pesta ikan buntal ni...

Pesta Ikan Buntal yang pertama telah diadakan pada 6-7 Ogos 2002 di Kampung Manggut, Spaoh, Betong. Pesta tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak selaku penaung pesta ini. Bermula daripada titik tolak penganjuran pertama pesta tersebut akhirnya Pesta Ikan Buntal Betong telah dimasukkan di dalam Kalender Pelancongan Sarawak bermula dari tahun 2004.  Pesta ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Betong dengan dibantu oleh semua agensi-agensi kerajaan yang ada di Daerah Betong termasuk juga luar Betong.

Selasa, 29 November 2011

kertas untuk mencetak duit kertas diperbuat dari seluar jeans?

sebenarnya, kertas yang digunakan untuk mencetak duit kertas diperbuat dari kapas dan linen, jadi, di mana hendak mendapatkan bekalan kapas yang murah...

jawapannya, kitar semula seluar jeans yang korang pakai... ops... diorang pakai... cuma aku tak jumpa video proses dia yang sebenar... cuma video ni saja yang dapat di kongsi....

video paling banyak ditonton di saluran youtube aku

yup... aku ada saluran youtube aku sendiri...

menyiarkan video yang mungkin aku ambil dari siaran saluran-saluran tv percuma, juga siaran-siaran tv berbayar, dan juga video yang aku rakam menggunakan "compact camera" canon A1100S aku...

tapi, dalam banyak-banyak video, cuma video ni lah yang paling banyak ditonton, ape sebabnya, kontroversi kut...



ah, lantaklah... dan komen-komen yang ditinggalkan pun...hmmm cukup banyak... siap berforum lagi...

nak lawat siaran/channel youtube aku yang tak seberapa... http://www.youtube.com/user/taugeh1978

ni lah video yang mencapai tontonan tertinggi dalam channel aku ni...

kee's world, kartun bisu yang selalu menarik perhatian aku

 korang cuba pahamkan kartun kat bawah ni, serampang dua mata, cukup dalam menikam jiwa



kartun-kartun beliau selalu buatkan aku tersenyum, terfikir dan berfikir...

sedapnya ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis

salam...

lama tak menconteng dinding blog... sejak 2 menjak ni, idea asyik berterabur.... sampaikan update pun...hmmm tah sampai ke mana tah... mesti korang bosan kan asyik tengok benda sama kat dinding tu kan...

berbalik kepada tajuk, semalam, gi shopping dengan mem, ternampakla ubi kayu.... teringin la plak, lama tak makan ubi kayu ni... entahlah... memang cukup lama.... kali terakhir aku mkn pun,entah bila... beli la sedikit...

rebus, kebetulan ada baki sambal tumis, goreng ikan bilis, buat kopi o, kena pulak waktu pagi yang sejuk...

layan....

maaf, takde gambarlah... tak sempat ambik pasal aku dengan mem tak sabar nak makan melepaskan kerinduan kat ubi kayu ni... yum yum yum... jgn jeles....

p/s: cuma satu yang tak gemar, lepas makan, kompom berlumba-lumba dan berlawan "tembakan meriam gas toksik" yang akan memberikan kesan seta merta kepada hidung.... ah.. nasiblah kan...

Ahad, 20 November 2011

ni baru betul kes kera di hutan disusukan, kera bijak dan nakal minum susu dari botol susu

pengalaman menarik semasa di tasik dayang bunting.... ala... masa aku ngan mem gi bermadu di bulan...eh eh... berbulan madu la... mem aku dengar kompom dia declare perang piring terbang...ahahha... takdelah....sekadar gurauan pembuka bicara....

jom tengok gambar.... kera ni pandai betul minum susu... guna botol susu lagi.... hasil rembat dari seorang pengunjung yang terleka dengan kehadiran kera-kera yang nampak baik tapi nakal.....

yes... hasil rompakan lumayan... kita minum dulu.....

iskkk patutlah pelan sangat susu ni keluar, patut kena lubangkan bontot botol ni...

ahh... lubang tak lubang, ada pulak dok usha aku,siap ambik gambar lagi, aku nak minum pun tak senang

heheh.... nampak gambar terakhir tu tak...tensen je muka kera tu kan... bukan ape, aku suruh dia buat aksi "minum sambil tonggang botol susu", tu yang bengang agaknya dia.... hahhah tapi memang kelakar kera sekor ni....

anyway, botol susu tu bukanlah diberikan oleh sesiapa, tapi dirampas dengan cara "meragut" dari beg salah seorang pengunjung...tak sempat nak snap, kalau tak tajuk bukanlah seperti di atas....

sekadar ingatan, jaga beg anda jika anda terserempak dengan monyet yang berkumpulan dan nampak seperti tidak takut manusia.... mesra ada maksud, kalau ternampak makanan maka ianya akan diragut tanpa belas kasihan....

Selasa, 15 November 2011

eagle feeding, satu acara menarikketika island hopping di langkawi

ya... langkawi,

sebuah pulau peranginan yang memang menjadi tumpuan ramai ketika musim cuti. kerana apa, selain dari tarikan pantai yang cantik, tempat-tempat lagenda yang menarik, ianya juga adalah satu destinasi membeli-belah bebas cukai... jadi, barang-barang bercukai di tempat lain,boleh didapati dengan harga yang memang agak runtuh dari 20 peratus ke 75 peratus...

malas nak bebel lebih  sebab aku suka nak cerita pasal eagle feeding ni.... memang pengalaman menarik, terutama kepada pemerhati burung..... (bird watcher)... melihatkan aksi burung-burung helang ni menjunam dan menyambar makanan.... satu pengalaman yang cukup menarik.... layan video kat bawah ni....


boat ride ketika island hopping bersama pasangan lain yang berbulan madu



bukan takde gambar-gambar lain, tapi akan dimuatkan dalam entry-entry yang lain... tak cukup laju pulak aku rasakan internet hari ni... esok masih ada....InsyaAllah....

Isnin, 14 November 2011

gambar sekitar majlis pernikahan 30 10 2011, satu kenangan terindah

salam.....

lebih 2 minggu menghilangkan jejak, senyap dan sunyi....
kerana satu kesibukan yang pasti menjadi satu sejarah....
sejarah bagi seorang teruna.....
sejarah bagi seorang dara....

tatkala akad dibaca....
"Aku nikahkan dikau dengan S binti H dengan mas kahwinnya XXX ringgit, tunai...."
lalu disambut dengan sekali nafas,
"Aku terima nikah S binti H dengan mas kahwinnya XXX ringgit, tunai..."
bersama pengesahan 2 orang saksi yang berkata "Sah"............
dan satu doa panjang dibaca untuk memohon rahmatNya,
agar dirahmati pasangan itu sepanjang hayatnya.....

maka,
termeterailah janji,
terpaterilah 2 hati,
tiada lagi kebimbangan,
tiada lagi kegusaran,
yang tidak bertepian.....

alhamdulillah.....segalanya berjalan lancar, walaupun hanya majlis kecil. terima kasih diucapkan kepada rombongan pengiring yang mencecah hampir 50 orang walaupun hanya diberitahu 2 minggu sebelum majlis berlangsung....syukur Alhamdulillah......

sekarang, korang enjoy dengan gambar-gambar yang disediakan khas untuk korang.......

majlis bertunang

keberangkatan masuk cincin tunang

wakil dari pengantin perempuan, lamanya tengok replika cek

cincin tunang sebakul & sebakul lagi diisi dengan cek, mahar beserta cincin acara batal air sembahyang

sesi menyarung cincin tunang oleh makcik aku

tunang 30 minitku bersama kakak iparku

sesi makan biadap... opsss jamuan je (tak de makan beradap bla bla bla)

saat berdepan tok imam... jantung macam nak tercabut

saksi pertama (abang iparku) membelek ruang untuk di sign

beramas mesra dengan tok imam

khusyuk dengar khutbah nikah, iskkk panjang la pulak

berdebar la tu... kamera pun tak mau tengok

dah selesai... takde gambar pasal ambil dalam bentuk video hehe...

penyerahan mahar kepada isteriku yang comel

sarung cincin, dah sah diikat dah.... dah takleh lari....

bapa mertuaku menyerahkan tanggungjawab kat aku jaga & bimbing anak dia... hahahaha padan muka aku! gatal sangat

bergambar bersama tetamu yang hadir

isteri ambik berkat, haha ada bau sambal tak?

senyum...senyum...alamakkkk meleleh dah!
peluh je rupanya... hehehehe


senyumlah... senyumlah... ahai cek mek molek
nyanyi dalam hati... tu pasal mulut senget skit tu.

ahaiiii cukup-cukuplah.... kang muntah plak korang tengok gambo-gambo yang tak hensem ni.... doakan kitorang bahagia sampai akhir hayat.... nantikan pulak jemputan terbuka untuk pelawat dan pembaca blog ni ke majlis resepsi nanti.... jangan pulak tak datang ye....