Iklan Berbayar

Rabu, 30 November 2011

buntal beracun ke meja makan, pesta ikan buntal di sarawak

kita sedia maklum, ikan buntal amatlah beracun. Neuro-toksin yang terdapat dalam badan ikan akan bertindak serta merta menyebabkan kebas seluruh badan dan seterusnya melumpuhkan fungsi paru-paru dan jantung.

kita juga sedia maklum, di jepun, ikan ini juga di hidangkan sebagai "fugu" dan menjadi satu kegemaran rakyat jepun, namun, penyedia hidangan memerlukan latihan hingga mendapat "lesen kebenaran" untuk menyedia dan menghidang.

tapi memang tak pernah aku sangka... di sarawak sebenarnya kita juga berpeluang untuk merasai keenakan ikan buntal ni, bukan dijadikan "fugu" tapi, pelbagai resipi dari digoreng, dibakar malah dijadikan pelbagai menu masakan... ianya juga dijadikan sebagai produk tarikan pelancong iaitu pesta ikan buntal.

layan video ini, rembat dari RTM... huhuhu



sedikit artikel pasal pesta ikan buntal ni...

Pesta Ikan Buntal yang pertama telah diadakan pada 6-7 Ogos 2002 di Kampung Manggut, Spaoh, Betong. Pesta tersebut telah dirasmikan oleh Y.B. Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu anak Numpang, Timbalan Ketua Menteri Sarawak selaku penaung pesta ini. Bermula daripada titik tolak penganjuran pertama pesta tersebut akhirnya Pesta Ikan Buntal Betong telah dimasukkan di dalam Kalender Pelancongan Sarawak bermula dari tahun 2004.  Pesta ini dianjurkan oleh Pejabat Daerah Betong dengan dibantu oleh semua agensi-agensi kerajaan yang ada di Daerah Betong termasuk juga luar Betong.

Tiada ulasan: