Iklan Berbayar

Selasa, 29 November 2011

sedapnya ubi rebus cicah sambal tumis ikan bilis

salam...

lama tak menconteng dinding blog... sejak 2 menjak ni, idea asyik berterabur.... sampaikan update pun...hmmm tah sampai ke mana tah... mesti korang bosan kan asyik tengok benda sama kat dinding tu kan...

berbalik kepada tajuk, semalam, gi shopping dengan mem, ternampakla ubi kayu.... teringin la plak, lama tak makan ubi kayu ni... entahlah... memang cukup lama.... kali terakhir aku mkn pun,entah bila... beli la sedikit...

rebus, kebetulan ada baki sambal tumis, goreng ikan bilis, buat kopi o, kena pulak waktu pagi yang sejuk...

layan....

maaf, takde gambarlah... tak sempat ambik pasal aku dengan mem tak sabar nak makan melepaskan kerinduan kat ubi kayu ni... yum yum yum... jgn jeles....

p/s: cuma satu yang tak gemar, lepas makan, kompom berlumba-lumba dan berlawan "tembakan meriam gas toksik" yang akan memberikan kesan seta merta kepada hidung.... ah.. nasiblah kan...

2 ulasan:

PakMail berkata...

Saudara nite,

Gara-gara makan ubi kayu rebus dengan ikan masin yang membuat kali pertama saya dikesan mengidap penyakit darah tinggi beberapa tahun lalu.

Enaknya makan ketika itu dan dengan banyak sekali. Maklumlah terlalu enak.

Hmm.....

nitestalker berkata...

berpada bila makan ubi kayu ye pak mail.... memang sedap sesekali pekena ubi kayu ni..