Iklan Berbayar

Isnin, 14 November 2011

gambar sekitar majlis pernikahan 30 10 2011, satu kenangan terindah

salam.....

lebih 2 minggu menghilangkan jejak, senyap dan sunyi....
kerana satu kesibukan yang pasti menjadi satu sejarah....
sejarah bagi seorang teruna.....
sejarah bagi seorang dara....

tatkala akad dibaca....
"Aku nikahkan dikau dengan S binti H dengan mas kahwinnya XXX ringgit, tunai...."
lalu disambut dengan sekali nafas,
"Aku terima nikah S binti H dengan mas kahwinnya XXX ringgit, tunai..."
bersama pengesahan 2 orang saksi yang berkata "Sah"............
dan satu doa panjang dibaca untuk memohon rahmatNya,
agar dirahmati pasangan itu sepanjang hayatnya.....

maka,
termeterailah janji,
terpaterilah 2 hati,
tiada lagi kebimbangan,
tiada lagi kegusaran,
yang tidak bertepian.....

alhamdulillah.....segalanya berjalan lancar, walaupun hanya majlis kecil. terima kasih diucapkan kepada rombongan pengiring yang mencecah hampir 50 orang walaupun hanya diberitahu 2 minggu sebelum majlis berlangsung....syukur Alhamdulillah......

sekarang, korang enjoy dengan gambar-gambar yang disediakan khas untuk korang.......

majlis bertunang

keberangkatan masuk cincin tunang

wakil dari pengantin perempuan, lamanya tengok replika cek

cincin tunang sebakul & sebakul lagi diisi dengan cek, mahar beserta cincin acara batal air sembahyang

sesi menyarung cincin tunang oleh makcik aku

tunang 30 minitku bersama kakak iparku

sesi makan biadap... opsss jamuan je (tak de makan beradap bla bla bla)

saat berdepan tok imam... jantung macam nak tercabut

saksi pertama (abang iparku) membelek ruang untuk di sign

beramas mesra dengan tok imam

khusyuk dengar khutbah nikah, iskkk panjang la pulak

berdebar la tu... kamera pun tak mau tengok

dah selesai... takde gambar pasal ambil dalam bentuk video hehe...

penyerahan mahar kepada isteriku yang comel

sarung cincin, dah sah diikat dah.... dah takleh lari....

bapa mertuaku menyerahkan tanggungjawab kat aku jaga & bimbing anak dia... hahahaha padan muka aku! gatal sangat

bergambar bersama tetamu yang hadir

isteri ambik berkat, haha ada bau sambal tak?

senyum...senyum...alamakkkk meleleh dah!
peluh je rupanya... hehehehe


senyumlah... senyumlah... ahai cek mek molek
nyanyi dalam hati... tu pasal mulut senget skit tu.

ahaiiii cukup-cukuplah.... kang muntah plak korang tengok gambo-gambo yang tak hensem ni.... doakan kitorang bahagia sampai akhir hayat.... nantikan pulak jemputan terbuka untuk pelawat dan pembaca blog ni ke majlis resepsi nanti.... jangan pulak tak datang ye....

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tahniah...bro

semoga berbahagia hingga akhir hayat..

Unknown berkata...

mekasih bro, tunggu jemputan nnt ye.... jgn lupa dtg tau...

Cik tikah berkata...

wah! SELAMAT PENGANTIN BARU!! :)

Unknown berkata...

terima kasih ciktikah, comel "gambar anak" ciktikah tu... hihihihi