Iklan Berbayar

Sabtu, 28 April 2012

what is democracy means?

last time....

i learn about democracy,
its means voice of majority,
no matter what, majority rule a country...

but now... its already different story,

whoever able to speak louder than majority,
he possibly impacting ruling party!

put aside election, just organize a street "demon-strasi"!

written by: modern-day-barbaric 

lagi satu nukilan "insan nakal" dari dunia siber. tah sape spam email aku tah... tapi, hmmmm ada betulnya, aku cuma share aje... almaklumla... bila kita memandang sekeliling, ada kalanya kita akan jumpa mereka yang lalai dan lupa akan tentang kepentingan orang lain. kekadang menggunakan "matlamat menghalalkan cara" tanpa disedari....

lantaklah diorang nak politik camne pun... siapapun aku pilih... korang tak perlu tahu, biarlah aku, kertas undi dan yang maha kuasa saja yang mengetahuinya....

Khamis, 26 April 2012

PTPTN oh PTPTN, ramai yang panas rupanya

 alahai...semenjak keje siang ni, banyak benda nak diselesaikan. nak tulis blog pun malas... naik bersarang dan bersawang...


sesekali jenguk blog orang. nak baca surat khabar, iskk tugas aku yang dok monitor tv ni menyebabkan most of the paper news hari ni aku dapat tgk kat tv semalam...ahakss... 

aku dapat menda ni dari lawak email yg di spam dlm mailbox aku... benda panas yg boleh memanaskan hati orang - isu ptptn, dialog pendek yang aku rasa ada kebenarannya....
 
student: apa pendapat sir pasal PTPTN?
sir: no comment.
student: sir tak rasa ke macam kena tipu dengan kerajaan. negara ada kekayaan nak buat "free education" untuk rakyat. lagipun, duit PTPTN bagi tue pun duit rakyat. saya sokong tindakan pelajar kita protes kat dataran tue. this is a way we should show to the government the power of the people!
sir: wah! macam ahli politik kamu ini. bila nak jadi calon? hahaha
student: takde lah sir. mengasah bakat..
sir: tanya boleh?
student: boleh sir
sir: kamu ada handphone?
student: ada sir. iPhone.
sir: dari mana kamu dapat duit beli iPhone? bukan mahal ke?
student: saya dapat duit jugak dari parents. so, duit PTPTN saya beli gadget. duit FAMA (father and mother) saya guna belanja.
sir: owh gitu. jadi kamu guna duit rakyat guna handphone mahal yang belum tentu kamu gunakan untuk membantu kamu buat assignment atau urusan lain dalam pelajaran kamu lah?
student: alah sir nie...
sir: CGPA brapa?
student: 2.15.
sir: wah! kamu tak rasa ke kamu macam orang yang kamu duk kutuk selama nie? sibuk mengumpat kata diorang habiskan duit rakyat untuk kemewahan sendiri?
student: er..er..er..
sir: yang patut bising hal macam nie adalah orang macam saya. yang bayar cukai. yang dah grad, dan berkhidmat untuk negara. Tak payah la duk campur urusan yang tak patut2. rakyat bagi kamu kepercayaan nak belajar, dan kalau nak di ikutkan, kamu di bayar untuk belajar oleh rakyat. jadi, sudah seharusnya kami (rakyat) persoalkan pencapaian kamu dan sumbangan golongan kamu pelajar di IPT kepada negara... kenapa sampai sekarang malaysia tak mampu buat iPhone sendiri? kenapa kadar rasuah masih tinggi di kalangan penjawat awam yang dulu macam kamu, berjuang bermatian mempertahankan hak dan kebenaran?
student: alah sir. baru berapa je student ambik. yang kat atas-atas tue, berjuta-juta diorang ambik.
sir: abis kamu nak jadikan dia contoh? orang buat, kamu buat. dia masuk lubang taik, kamu pun nak masuk lubang taik? kamu tak rasa ke, satu hari nanti di hari kiamat, setiap dari kita akan di soal dan dipertanggungjawapkan di atas semua benda yang kita dapat?
student: er..er..er.. sir, mak saya telefon. mintak diri dulu ye.

kejadian di atas, bukan kisah benar.
 tapi aku tetap nak tergelak jugak..... kelakar kan.... 

kekadang tefikir, sememangnya kita ni suka barang free, tapi kalo semua barang free, aku dapat rasakan kehidupan kita ni macam takde nilainya. apepun, atas tu lawak je...hasil nukilan budak nakal... takyahlah peduli sangat kalau korang setuju dengan pendapat aktivis-aktivis kat dataran tu...diorang "hero yang ada alasan tersendiri" masing-masing ada hak nak suarakan pendapat. betul tak.....

p/s: masing-masing ada hak bersuara, jadi takyahlah bertekak, berdebat dan bermacam ber lagi kat ruangan komen ye.... sepatutnya, bila ada pendapat yang di'utara'kan, jangan pulak didebat untuk di"selatan timur barat"kan.... paling baik, baca, fikir, kaji dan fahamkan. ambik yg baik jadikan tauladan, ambik yang buruk jadikan sempadan... mereka yang nak bertekak dan bertegang urat, baik biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. mereka hanya pandai "menegakkan benang yang basah" je...

Jumaat, 13 April 2012

meriahnya majlis makan malam reunion kuatagh 2012

 baru-baru ni, penulis berkesempatan menyertai satu majlis makan malam reunion kuatagh (MRSM kuatan) bertempat di Sime Darby Convention Center. itu pun cik puan ajak, buat teman katanya. Cukup meriah, itu yang dapat saya ungkapkan secara umum. satu majlis yang boleh diibaratkan seperti annual dinner sebuah syarikat mutinasional.

majlis makan malam yang diadakan setiap 4 tahun ini mengumpulkan bekas-bekas pelajar mrsm kuantan dari batch pertama hinggalah batch terakhir 2011. dengan kehadiran seramai hampir 1000 orang, dewan besar SDCC dipenuhi dengan pelbagai ragam dan peringkat umur. ada yang datang sendiri, datang dengan suami, tak kurang juga datang sekeluarga. begitu jelas kegembiraan diwajah masing-masing terutama bagi mereka-mereka yang jarang-jarang bersua muka. ada diantara mereka sudah berbelas malah berpuluh tahun tidak berjumpa. sudah tentu berbagai cerita dikongsi dan menjadikan suasana begitu meriah.

 pelbagai program dirancang, tatkala kami menjamu selera, majlis terus berjalan dengan acara cabutan bertuah dan ucapan dari pengerusi mara. terpacul pujian dari beliau mengenai majlis yang gilang gemilang ni. secara peribadi, inilah kali pertama saya menyertai satu majlis makan malam reunion yang begitu gah.

persembahan oleh bekas-bekas pelajar kuatagh pun tidak kurang hebatnya. tak sangka, walaupun usia dah menginjak 40an dengan berlatarbelakangkan dunia koporat, mereka masih mampu memberikan satu persembahan bertenaga. aku perasan ada beberapa orang koporat yang sering muncul di kaca tv terutama  CEO celcom. tak sangka bakat bermain drum yang ada dalam dirinya cukup hebat!

di tengah perjalanan program, saya mengambil kesempatan untuk keluar sekejap untuk "melepas hajat"... heheh... ramai yang berada di luar dewan berbual dan bertukar-tukar cerita. saya juga berkesempatan ke smoking terrace untuk membuat aktiviti "membahayakan kesihatan". ternyata, satu aura positif begitu kuat dapat aku rasakan.

apabila kembali ke dalam dewan, suasana masih lagi meriah. selain dari persembahan bekas-bekas pelajar, bacan puisi juga diadakan. walaupun dulu aku meminati puisi dan sajak, malam tu aku lebih berminat dengan memerhati gelagat mereka-mereka yang hadir. terpandang di meja organizer, terpancar kepuasan di wajah mereka (walaupun suasana agak suram). mereka begitu gembira sekali. sesekali terpandang mereka menari-nari mengikut rentak lagu yang dipersembahkan di atas pentas. tak kurang juga mereka yang satu meja dan juga meja sejauh mata memandang. walaupun mereka sudah berusia pertengahan 3 series, ada yang dah 4 series dan 5 series dapat dilihat karakter mereka kembali muda, seakan baru lepas sekolah!

dan, yang paling menarik perhatian aku, persembahan papa rock ramli sarip. 1st time dapat menonton persembahan papa rock secara live! masa ni dah tak peduli, bukan ana punya sekolah punya reunion, tapi ramli sarip punya pasal, ana gi sebelah meja vip ana kasi rekod itu ramli sarip punya show lah..... apa yang saya boleh katakan, ramai peminat ramli sarip dikalangan kuatagh ni rupanya. walaupun persembahan agak lewat (sekitar jam 11 malam) aura papa rock berjaya menarik balik mereka yang berada di luar dewan untuk masuk kembali. fuh.... terasa kepuasan menyelubungi diri. tak rugi bayar RM150 

alhamdulillah, dapat juga merasa kemeriahan majlis makan malam yang dah lama saya rindui sejak bertukar karier. kali terakhir, makan malam dwitahunan secret recipe, dan kali ini makan malam kuatagh. saya cukup kagumi semangat keakraban yang ditunjukkan. belum pernah saya temui satu majlis reunion semeriah dan se gah ni. mungkin ianya satu kejutan untuk diri saya. apapun, tahniah untuk mereka dan kekalkan keindahan keakraban yang terjalin diantara anda semua.

yang paling penting, untuk beberapa jam, anda kelihatan seakan "baru lepas sekolah" dan anda telah berjaya membuatkan seseorang dari sekolah lain begitu mencemburui majlis reunion anda semua...TAHNIAH!


nota kaki: maaf bahasa tunggang-langgang... dah lama tak tulis karangan standard bahasa melayu.... ahahhaha

Khamis, 5 April 2012

peluang menambah tabungan dimasa depan, bertindaklah sekarang

persaraan, seringkali kita lupakan. ramai yang mengharapkan pada simpanan KWSP terutama yang kerja di sektor swasta.
sanggupkah anda?

dan seringkali kita membaca rungutan-rungutan dari rakyat malaysia yang pendapatan mereka tidak mencukupi disebabkan kononnya kos kehidupan semakin tinggi. padahal pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit. hakikatnya, kegagalan mereka mengurus kewangan adalah punca utama rungutan mereka (padan muka)

terbaca kat sinar harian.... korang bacalah berita ni sampai habis ye.....

 
SC luluskan lapan penyedia Skim Persaraan Swasta


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan senarai lapan pengantara yang diluluskan sebagai penyedia Skim Persaraan Swasta (Penyedia PRS), sekali gus menjadikannya penanda penting dalam pembangunan industri persaraan swasta yang berdaya kekal dalam tempoh jangka panjang bagi Malaysia.
Dalam satu kenyataan, SC berkata kelapan-lapan penyedia PRS itu ialah   AmInvestment Management Sdn Bhd; American International Assurance Bhd; CIMB-Principal Asset Management Bhd; Hwang Investment Management Bhd; ING Funds Bhd; Manulife Unit Trust Bhd; Public Mutual Bhd; dan RHB Investment Management Sdn Bhd. read more

sekarang, camne, peluang untuk korang tambah simpanan terbentang luas. dari korang abihkan pendapatan bulanan korang tu, ada baiknya korang laburkan sedikit di mana-mana sektor pelaburan. siapa tahu, korang boleh sediakan satu simpanan yang kukuh untuk masa hadapan. sekurang-kurangnya terjamin sikitlah kehidupan korang bila dah tua nanti...

jangan asyik fikir ape nak belanja bila dapat duit lebih..... ataupun sibuk dengan skim mengarut kononnya boleh dapat beribu-ribu dalam seminggu atau skim bisnes online yang tah-ape-ape-tah tu... wake up, stop dreaming for easy money....

p/s: dah pernah merasa indahnya melabur, dengan cara yang betul, boleh tersenyum dibuatnya, tu baru labur dalam ASB.almaklumla...gaji aku ni masih dalam julat "kemiskinan bandar" tapi aku bersyukur...aku masih dapat teruskan hidup dan tak merungut macam mereka-mereka yang bergaji besar. dan apa yang aku paling bersyukur sekali, aku masih mampu bercuti sehingga 6 kali dalam setahun!

Rabu, 4 April 2012

pindah opis, waktu kerja pun berubah, dah keje siang dah

lama tak menaip... takde idea pun iye, malas pun iye...

31 mac, opis tempat aku keje ni berpindah lagi. hanya 2 tahun beroperasi kat opis yang lepas, sekarang bertukar lagi ke opis 4 tingkat... betul berkembang biz kompeni ni...

opis baru, semangat pun baru... ramai cakap camtu. ape yang nyata, bos mungkinlah, puas hati nampak bisnes semakin berkembang dan dari satu tingkat opis menjadi 4 tingkat keseluruhannya... aku, ape yang baru, cuma time keje aku. dah tak jadi batman (sebut betul2, batman bukan badman atau bedman). dah back to normal office hour, 9 to 6... dah boleh tido waktu malam... yahoooo!!!

dan..yang paling best, suasana pun baru... level bawah sekali, tapi bukan ground floor, diorang kat sini panggil mezzanine floor... tak kisah lah...janji, 1 level ni cuma ada satu departmen. ermhh seronok... dah macam takde gangguan... ape yang penting, tak satu level dengan boss...hahahahha boss duk puncak bangunan...

yang tak bestnya, boss tinggalkan "mata" kat department...bukan mata-mata tapi cctv...  adui....

p/s: jgn mintak upload gambar opis baru, malas aku nak tunjukkan... korang ugut nak letak bom depan rumah aku sekalipun aku buat tak layan...hahahah