Iklan Berbayar

Khamis, 5 April 2012

peluang menambah tabungan dimasa depan, bertindaklah sekarang

persaraan, seringkali kita lupakan. ramai yang mengharapkan pada simpanan KWSP terutama yang kerja di sektor swasta.
sanggupkah anda?

dan seringkali kita membaca rungutan-rungutan dari rakyat malaysia yang pendapatan mereka tidak mencukupi disebabkan kononnya kos kehidupan semakin tinggi. padahal pendapatan mereka mencecah ribuan ringgit. hakikatnya, kegagalan mereka mengurus kewangan adalah punca utama rungutan mereka (padan muka)

terbaca kat sinar harian.... korang bacalah berita ni sampai habis ye.....

 
SC luluskan lapan penyedia Skim Persaraan Swasta


KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengumumkan senarai lapan pengantara yang diluluskan sebagai penyedia Skim Persaraan Swasta (Penyedia PRS), sekali gus menjadikannya penanda penting dalam pembangunan industri persaraan swasta yang berdaya kekal dalam tempoh jangka panjang bagi Malaysia.
Dalam satu kenyataan, SC berkata kelapan-lapan penyedia PRS itu ialah   AmInvestment Management Sdn Bhd; American International Assurance Bhd; CIMB-Principal Asset Management Bhd; Hwang Investment Management Bhd; ING Funds Bhd; Manulife Unit Trust Bhd; Public Mutual Bhd; dan RHB Investment Management Sdn Bhd. read more

sekarang, camne, peluang untuk korang tambah simpanan terbentang luas. dari korang abihkan pendapatan bulanan korang tu, ada baiknya korang laburkan sedikit di mana-mana sektor pelaburan. siapa tahu, korang boleh sediakan satu simpanan yang kukuh untuk masa hadapan. sekurang-kurangnya terjamin sikitlah kehidupan korang bila dah tua nanti...

jangan asyik fikir ape nak belanja bila dapat duit lebih..... ataupun sibuk dengan skim mengarut kononnya boleh dapat beribu-ribu dalam seminggu atau skim bisnes online yang tah-ape-ape-tah tu... wake up, stop dreaming for easy money....

p/s: dah pernah merasa indahnya melabur, dengan cara yang betul, boleh tersenyum dibuatnya, tu baru labur dalam ASB.almaklumla...gaji aku ni masih dalam julat "kemiskinan bandar" tapi aku bersyukur...aku masih dapat teruskan hidup dan tak merungut macam mereka-mereka yang bergaji besar. dan apa yang aku paling bersyukur sekali, aku masih mampu bercuti sehingga 6 kali dalam setahun!

3 ulasan:

NOOR FATIN berkata...

betol jugak. kita kena simpan jugak untuk masa depan kan. kita xtau. xleh la boros mcm tu je, nanti bila susah ke apa, xde apa yg tinggal..

theolrascal berkata...

nite,

lepas bayar yg penting2 takde berbaki..

cam mana nak menabung..alahaii

ekeke

nitestalker berkata...

kwsp ada.... masih berbaki kan... walauapepun, peringatan untuk yang muda, jgn asyik belanja, kita yang berumur ni kongsilah sikit2 untuk yg muda bro.... ada sesapa nak bincanjg nak tanya, insyaAllah akan cuba dibantu....