Iklan Berbayar

Khamis, 26 April 2012

PTPTN oh PTPTN, ramai yang panas rupanya

 alahai...semenjak keje siang ni, banyak benda nak diselesaikan. nak tulis blog pun malas... naik bersarang dan bersawang...


sesekali jenguk blog orang. nak baca surat khabar, iskk tugas aku yang dok monitor tv ni menyebabkan most of the paper news hari ni aku dapat tgk kat tv semalam...ahakss... 

aku dapat menda ni dari lawak email yg di spam dlm mailbox aku... benda panas yg boleh memanaskan hati orang - isu ptptn, dialog pendek yang aku rasa ada kebenarannya....
 
student: apa pendapat sir pasal PTPTN?
sir: no comment.
student: sir tak rasa ke macam kena tipu dengan kerajaan. negara ada kekayaan nak buat "free education" untuk rakyat. lagipun, duit PTPTN bagi tue pun duit rakyat. saya sokong tindakan pelajar kita protes kat dataran tue. this is a way we should show to the government the power of the people!
sir: wah! macam ahli politik kamu ini. bila nak jadi calon? hahaha
student: takde lah sir. mengasah bakat..
sir: tanya boleh?
student: boleh sir
sir: kamu ada handphone?
student: ada sir. iPhone.
sir: dari mana kamu dapat duit beli iPhone? bukan mahal ke?
student: saya dapat duit jugak dari parents. so, duit PTPTN saya beli gadget. duit FAMA (father and mother) saya guna belanja.
sir: owh gitu. jadi kamu guna duit rakyat guna handphone mahal yang belum tentu kamu gunakan untuk membantu kamu buat assignment atau urusan lain dalam pelajaran kamu lah?
student: alah sir nie...
sir: CGPA brapa?
student: 2.15.
sir: wah! kamu tak rasa ke kamu macam orang yang kamu duk kutuk selama nie? sibuk mengumpat kata diorang habiskan duit rakyat untuk kemewahan sendiri?
student: er..er..er..
sir: yang patut bising hal macam nie adalah orang macam saya. yang bayar cukai. yang dah grad, dan berkhidmat untuk negara. Tak payah la duk campur urusan yang tak patut2. rakyat bagi kamu kepercayaan nak belajar, dan kalau nak di ikutkan, kamu di bayar untuk belajar oleh rakyat. jadi, sudah seharusnya kami (rakyat) persoalkan pencapaian kamu dan sumbangan golongan kamu pelajar di IPT kepada negara... kenapa sampai sekarang malaysia tak mampu buat iPhone sendiri? kenapa kadar rasuah masih tinggi di kalangan penjawat awam yang dulu macam kamu, berjuang bermatian mempertahankan hak dan kebenaran?
student: alah sir. baru berapa je student ambik. yang kat atas-atas tue, berjuta-juta diorang ambik.
sir: abis kamu nak jadikan dia contoh? orang buat, kamu buat. dia masuk lubang taik, kamu pun nak masuk lubang taik? kamu tak rasa ke, satu hari nanti di hari kiamat, setiap dari kita akan di soal dan dipertanggungjawapkan di atas semua benda yang kita dapat?
student: er..er..er.. sir, mak saya telefon. mintak diri dulu ye.

kejadian di atas, bukan kisah benar.
 tapi aku tetap nak tergelak jugak..... kelakar kan.... 

kekadang tefikir, sememangnya kita ni suka barang free, tapi kalo semua barang free, aku dapat rasakan kehidupan kita ni macam takde nilainya. apepun, atas tu lawak je...hasil nukilan budak nakal... takyahlah peduli sangat kalau korang setuju dengan pendapat aktivis-aktivis kat dataran tu...diorang "hero yang ada alasan tersendiri" masing-masing ada hak nak suarakan pendapat. betul tak.....

p/s: masing-masing ada hak bersuara, jadi takyahlah bertekak, berdebat dan bermacam ber lagi kat ruangan komen ye.... sepatutnya, bila ada pendapat yang di'utara'kan, jangan pulak didebat untuk di"selatan timur barat"kan.... paling baik, baca, fikir, kaji dan fahamkan. ambik yg baik jadikan tauladan, ambik yang buruk jadikan sempadan... mereka yang nak bertekak dan bertegang urat, baik biarkan mereka terjun dengan labu-labunya. mereka hanya pandai "menegakkan benang yang basah" je...

Tiada ulasan: