pelbagai program dirancang, tatkala kami menjamu selera, majlis terus berjalan dengan acara cabutan bertuah dan ucapan dari pengerusi mara. terpacul pujian dari beliau mengenai majlis yang gilang gemilang ni. secara peribadi, inilah kali pertama saya menyertai satu majlis makan malam reunion yang begitu gah.
di tengah perjalanan program, saya mengambil kesempatan untuk keluar sekejap untuk "melepas hajat"... heheh... ramai yang berada di luar dewan berbual dan bertukar-tukar cerita. saya juga berkesempatan ke smoking terrace untuk membuat aktiviti "membahayakan kesihatan". ternyata, satu aura positif begitu kuat dapat aku rasakan.
dan, yang paling menarik perhatian aku, persembahan papa rock ramli sarip. 1st time dapat menonton persembahan papa rock secara live! masa ni dah tak peduli, bukan ana punya sekolah punya reunion, tapi ramli sarip punya pasal, ana gi sebelah meja vip ana kasi rekod itu ramli sarip punya show lah..... apa yang saya boleh katakan, ramai peminat ramli sarip dikalangan kuatagh ni rupanya. walaupun persembahan agak lewat (sekitar jam 11 malam) aura papa rock berjaya menarik balik mereka yang berada di luar dewan untuk masuk kembali. fuh.... terasa kepuasan menyelubungi diri. tak rugi bayar RM150
alhamdulillah, dapat juga merasa kemeriahan majlis makan malam yang dah lama saya rindui sejak bertukar karier. kali terakhir, makan malam dwitahunan secret recipe, dan kali ini makan malam kuatagh. saya cukup kagumi semangat keakraban yang ditunjukkan. belum pernah saya temui satu majlis reunion semeriah dan se gah ni. mungkin ianya satu kejutan untuk diri saya. apapun, tahniah untuk mereka dan kekalkan keindahan keakraban yang terjalin diantara anda semua.
yang paling penting, untuk beberapa jam, anda kelihatan seakan "baru lepas sekolah" dan anda telah berjaya membuatkan seseorang dari sekolah lain begitu mencemburui majlis reunion anda semua...TAHNIAH!
nota kaki: maaf bahasa tunggang-langgang... dah lama tak tulis karangan standard bahasa melayu.... ahahhaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan