Iklan Berbayar

Rabu, 29 September 2010

Suami muda dan isteri tua, salahke?

tersenyum aku baca artikel ni.... pada aku tak salah, biarlah laki tu hensem mana pun.... dan kahwin dengan pompuan yang lebih tua (tak kisah lah tua camne pon). pada aku itu soal hati, jodoh dan keserasian... walau apa pun...jangan cemburu, jangan melenting...ada baiknya tanya apa rahsia.... tanya apa punca.... kan tu lagi baik dari membuat andaian sendiri...silap-silap "terfitnah".... kan dah berdosa...

yang penting, jgn tanya aku ada pengalaman ke tak.... nanti aku akan bagi "tanda soal" yang lebih besar kat korang.... HAHAHHAHA....

korang baca la sendiri artikel kat bawah ni...saja aku share... menarik tau!!!

Warna Kehidupan: 'Suami dia muda'
Oleh Nurul Farina Nazlan

pix_gal0
PERKAHWINAN adalah satu ibadat dalam Islam dan ia adalah sunnah Rasulullah SAW dan adalah satu pelaksanaan terhadap tuntutan fitrah manusia, malahan individu yang menempuh alam perkahwinan akan dapat mengatur suatu kehidupan yang terjamin, berkat, sempurna dan lebih bertanggungjawab.

Allah SWT menjadikan manusia dengan fitrahnya yang ingin hidup berpasangan, berkasih sayang, bahagia dan dapat memenuhi tuntutan syahwatnya melalui cara yang halal malah, fitrah itu hanya akan dapat dilaksanakan melalui ikatan perkahwinan yang sah.

baca selanjutnya------>klik sini

malas aku nak copy-paste semua artikel...pasal aku cuma berkongsi....lagipun bukan artikel aku...

korang pun nak tau kan ape kisah selanjutnya... haa...jgn malas nak klik...bukan aku suruh beli surat khabar pon!

Sesuatu yang membuat anda teruja

sumber: The Sun
klik artikel untuk besarkan


Masa aku tengah selak-selak surat khabar online, aku terbaca artikel kat atas tu, tak sangka, makin ramai penduduk asia yang semakin kaya dan bergelar jutawan, tetapi kenapa masih ramai yang masih miskin. kadang-kadang ramai yang bergaji lumayan tetapi masih terbeban dengan hutang piutang dan akhirnya diisytihar muflis....

Apa yang aku boleh simpulkan, kemuflisan seseorang banyak berpunca dari kesilapan mereka menguruskan kewangan. Belanja lebih dari kemampuan menjadi salah satu punca. Keinginan diri untuk "mengikut" trend juga menjadi faktor lain yang "menjayakan" sasaran seseorang untuk menjadi muflis.

Aku taknak ulas panjang... sebab bab perbelanjaan dan keborosan seseorang terlalu banyak diutarakan dan dibincangkan sehinggakan semua orang dah jadi "immune"... dah tak jadi kesan nasihat-nasihat tu semua....

Apa yang nyata "dah terhantuk baru la nak mengeluh"...dah dapat surat dari bank, barulah nak menggelabah....

Kalau dulu... tepuk dada tanya selera, leset kad kredit.... sign, dapat apa yang diidamkan....

Sekarang, bila dah tak mampu bayar, tepuk dahi macam orang hilang akal!..... mula la nak jumpa AKPK....

Iskkk melalut pulak.... jauh dah "kelaut" bebelan aku ni... keh keh keh

apepun kalau korang baca "ke-melalut-an" aku ni.... pernah tak tanya diri, sebelum aku nak "tepuk dada tanya selera, apa kata aku tepuk poket tanya perancang kewangan" mungkin dia boleh bagi jalan macamana nak "biakkan" simpanan...

atau paling kurang, boleh ke masuk "senarai" jutawan macam kat artikel atas tu... 

BOLEH....tak mustahil pun... takyah bukak bisnes atau join skim cepat kaya...yg penting macamana nak rancang duit hasil titik peluh....tu aje... sampai masa... tepuk poket, beli je ape yang diidam....

bab nak biak, bab nak rancang, aku pun tak mau tulis kat entry ni...pasal aku dah cover pasal tu dalam entry yang lepas.... kalau korang serius nak rancang, dan rajin.... korang korek je entry sebelum ni...
TETAPI...aku rasa korang malaskan nak korek entry yang lepas....betul tak?......

Hmmmm....terpulang.....

Kisah Hati tanpa perasaan curiga

Aku tersentuh dengan cerita ni...walaupun aku tahu betapa pendermaan organ amat digalakkan dan pernah tergerak hati ini ingin mendermakan organ-organ yg ada di badan ni, tapi aku masih belum ada kekuatan... kekuatan apa? kekuatan untuk menjadi seorang "pengikrar" penderma organ!

Kerana apa? aku masih seorang "perokok" dan tak mahu men"cemar"kan penerima organ dengan organ yang "tak boleh pakai"

TETAPI, walau apa pun...aku tetap hormat dan menyanjung tinggi kepada mereka yang sanggup menderma organ-organ mereka untuk menyelamatkan orang lain. Paling tidak untuk memberi satu sinar kehidupan kepada mereka yang memerlukan.

Fatwa pun dah mengatakan bahawa menderma organ dibolehkan dan tidak menjadi satu kesalahan, pada aku, ianya menjadi satu amal jariah yang sememangnya dituntut dan pahalanya, biarlah Yang Maha Kuasa tentukan.

Ada yang mempertikaikan, "apa kata kalau orang yang kita derma tu berbuat jahat dan maksiat?" pada aku, itu bukan masalah aku dan dosa individu tu biarlah Yang Maha kuasa tentukan. Segalanya terbit dari hati yang ikhlas. Atau pernahkah kita terfikir, jika penerima organ kita tu berubah menjadi seorang yang lebih baik... dah tentu pahala dan amal jariah yang kita sumbangkan akan berlipat kali ganda....

Korang bacalah artikel yang aku kongsikan selepas ni.....



Hoong Ling - Kisah Seorang Dermawan Hati 

RENCANA

Hoong Ling - Kisah Seorang Dermawan Hati

KUALA LUMPUR: Pada usia kebanyakan gadis remaja asyik berkongsi cerita mengenai 'buah hati' atau kisah cinta, Chew Hoong Ling pula menyibukkan dirinya berkempen mengenai pendermaan organ selepas mengikrarkan mata dan organnya sendiri!
Meskipun ketika itu usianya baru mencecah 13 tahun, remaja ini tidak goyah pendirian setelah membulat keputusan mahu menjadi penderma organ.
Bersifat 'tidak mementing diri' bukannya asing bagi anak kelahiran Kuala Lumpur ini meskipun dia datang dari sebuah kehidupan rumah tangga yang mengalami keruntuhan.
Ibu bapanya bercerai ketika dia berumur hanya empat tahun dan untuk tempoh 16 tahun berikutnya, dia tinggal dengan ibu saudaranya (sebelah ayah) di Teluk Intan, Perak.
Kehidupan tanpa ibu dan ayah membuatkan remaja ini banyak menghabiskan masa dengan mengaktifkan diri dalam pelbagai kegiatan ko-kurikulum sekolah.

 Baca kisah penuh : di sini

Jadi macamana? adakah korang terbuka minda nak jadi pengikrar sebagai penderma organ? atau masih macam aku yang tak berkekuatan nak menderma organ? 

Sekurang-kurangnya dapat jadi "penyelamat nyawa" orang lain walaupun ketika itu anda tidak boleh "diselamatkan" lagi...

apa kata, korang mulakan dulu dengan menderma darah, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang nak didermakan yang tak keluarkan se-sen pon duit dalam poket.


Fikir-fikirlah..... sesama kita fikirkan....

playbook by blackberry

belum ada lg kat Malaysia, baru dilancarkan.... lebih kurang macam ipad tp bersaiz lagi kecik...

Jika berminat...sedia-sedia kan duit dan nantikan kedatangannya...hehhehe

Sumber: The Sun

Isnin, 27 September 2010

jb bakal ada klcc sendiri!

Semakin maju nampaknya johor bahru. Selepas pembangunan pusat ekonomi "Iskandar Malaysia", Johor Bahru akan membangunkan "KLCC" nya sendiri yang akan dibangunkan di tapak Flat Lumba Kuda dan Flat Bukit Cagar.

Cerita lanjut....korang baca lah artikel kat bawah nie....

JB to get own ‘KLCC’

By ZAZALI MUSA


JOHOR BARU: Johor wants to develop the former sites of the Lumba Kuda and Bukit Chagar low-cost flats in Johor Baru into an area similar to Kuala Lumpur City Centre.
Mentri Besar Datuk Abdul Ghani Othman said the components of the project would include buildings that resembled the iconic Petronas Twin Towers, hotels, condominiums, serviced apartments and retail complexes.
“On clear days, the towers would have a commanding 360 degrees views of the city centre and our neighbour Singapore,” he said yesterday.

Cerita lanjut :  klik sini



Macam mana la gayanya rekabentuk "KLCC" JB tu ye....adakah mcm klcc kat KLCC tuh..? Atau macam Burj Al-Dubhai? (nama baru tak hengat daa)

 Sesapa yang nak melabur dalam bidang hartanah, sediakan "cheque" anda...Blue chip property tu...


Harap-harap tak bertambah jeles jiran kita tu ye..... UHUKSSS....tersedak aku!

Gambar tersebar, digantung pengajian

Kenapa mangsa terus jadi mangsa....?

Kenapa Semua ni Terjadi...?

Kenapa penyebar tidak diheret sama?

Hmmm...apa dah jadi....tapi itulah terjadi....

Semalam 26/9, "seorang pelajar kolej swasta membuat laporan polis kerana gambar "terlebih dedahnya" disebar di facebook...

Hari ni 27/9, "Pihak kolej menggantung pengajian pelajar wanita tersebut atas alasan "memberi pengajaran" agar tak diulangi tindakan tersebut"

Yang menyebar...? kenapa tak diambil tindakan sekali?

Kenapa pihak kolej tu tak mau siasat penyebarnya sekali?

Kan ke penyebarnya guna akaun facebook...rasa siasatan jadi lebih mudah...kan...kan...

Entahlah....

walau apa pun...pastikan berhati2 bila ambik gambar yg terlebih seksi tu ye adik akak abang semua...sekali melekat kat internet 100 tahun pun belum tentu gambar tu hilang....

Kepada yang pernah jadi mangsa.... jangan takut dan malu, jika anda kenal siapa penyebar...lapor polis dan sumbat penyebar tu dalam penjara...biar dia rasa "pakej percutian percuma" di "the jail resort"

Lain kali...berhati-hati dengan "gambar terlebih dedah" anda tu...jika anda tak rela diri dpertontonkan...jangan sekali-kali "jadi model amatur" walaupun untuk kenangan...

Ber"daya" dan "tahan"

Ternyata, kewangan islam mmg berdaya tahan dalam mengharungi pergolakan ekonomi hinggakan tabung dana berlandas syariah boleh berdaya tahan dan berdaya saing dalam keadaan ekonomi tidak menentu....


Dana Islam didapati lebih berdaya tahan

PENINGKATAN kekayaan pelabur yang berminat melabur dalam produk-produk kewangan Islam dan perkembangan produk-produk Pasaran Modal Islam akan memperkukuhkan prospek pertumbuhan industri unit amanah Islam dalam jangka panjang. Di Malaysia, permintaan untuk unit amanah Islam nyata semakin meningkat. Daripada hanya dua buah dana Islam pada tahun 1993, bilangan dana-dana Islam dalam industri unit amanah swasta di Malaysia telah meningkat kepada 146 buah pada hari ini. Setakat 30 Jun 2010, sektor dana Islam mempunyai nilai aset bersih (NAB) sebanyak RM26.37 bilion, iaitu kira-kira 31 peratus daripada industri unit amanah swasta di Malaysia. 

Baca selanjutnya : sini


Jumaat, 24 September 2010

Anda ada KWSP? laburkan!

Ramai yang mengidamkan, "DUIT-BEKERJA-SAMA-KUAT" atau terfikir... alangkah indahnya jika duit bekerja untuk aku... tapi...ramai juga yang "angan-angan terus jadi angan-angan" (angan-angan mat jenin?) hahahahha

Ramai yang bekerja dan ramai yang ada akaun KWSP, tetapi... ramai juga yang tidak tahu bahawa simpanan "usia emas" tu boleh "dipaksa" untuk bekerja dengan lebih kuat dan rajin lagi.....

Ramai yang ragu-ragu, "selamat ke nak invest, tak pasal-pasal investment ke mana, simpanan ke mana".... TAPI, lepas terbaca artikel kat bawah ni.... AKU RASA KONFIDEN!....



EPF-FIMM move on investments draws mixed response

BY DALJIT DHESI


Fund managers say there are pros and cons in limiting investment to funds with at least a three-year record
PETALING JAYA: The move to allow Employees Provident Fund (EPF) members to buy only funds with a track record of at least three years has drawn mixed reactions.
Effective August, funds with a less than a three-year performance track record as well as newly launched ones will not be sold to EPF contributors.
The new rulings also reinstated a previous move to allow EPF members to invest in funds with foreign exposure, but now with a limit of up to 30%.
The Federation of Investment Managers Malaysia (FIMM) recently said the reason to allow EPF members to invest in performing funds — those that have higher consistent returns for at least three years, was to strengthen trust and confidence in unit trust investment.

Baca seterusnya : kat sini

Tak sangka...dulu aku cukup mengelak kalau ada yang datang nak cadangkan pelan pelaburan, tetapi sekarang, aku rasa menyesal kalau tak melabur.....

Khamis, 23 September 2010

Masyuk Jugak

Agihan Sulung Amanah Saham 1Malaysia.... MASYUK jugak eh....





AS1M declares dividend of 6.38 sen

 

Permodalan Nasional Bhd (PNB) today announced a maiden income distribution of 6.38 sen per unit for Amanah Saham 1Malaysia (AS 1Malaysia) for the financial year ending Sept 30, 2010.

"This translates into a payout of RM204.67 million and will benefit 259,162 unitholders who collectively own 4.02 billion units of AS 1Malaysia," PNB Chairman Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid said.

Ahmad Sarji said until Sept 21, 2010 the fund recorded a gross income of RM294.05 million.

Profit from the sale of shares contributed RM165.47 or 56.3 per cent, dividend income from investee companies contributed RM99.8 million or 33.9 per cent, while RM28.79 million or 9.8 per cent was derived from investment in short-term instruments and other income.

Read More : HERE
Sesapa yang dah melabur....boleh la check buku akaun korang 1/10 nanti... 

 

Orang Muda Hilang ghairah

Dalam aku dok pening-pening "langau" nie... boleh pulak terbaca ruangan ekonomi (terbaca ke?). Orang muda dah hilang ghairah (hahah ...ghairah apa?... ghairah yang tu ke....sepraisss..)

.
.
.
.

Dah, Jangan buat spekulasi yang bukan-bukan....korang baca dulu ye....
(Almaklumla, orang Malaysia ni kuat buat spekulasi mengalahkan spekulator matawang...haha)
.
.
.
.

.
.

Orang muda tak minat saham

KUALA LUMPUR 22 Sept. - Ramai golongan muda di negara ini tidak berminat memasuki pasaran saham berikutan salah faham yang menyatakan ia berisiko tinggi, mahal dan sukar untuk dipelajari.
Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, asas pelabur dan pengantara lebih menghala kepada jumlah signifikan golongan berusia dalam pasaran runcit.

"Mereka ini adalah dalam golongan usia 40 tahun ke atas,'' katanya dalam ucapan pelancaran eTrade On The Go di sini hari ini.

Perjanjian persefahaman kerjasama antara JF Apex Secutirities Bhd., Acer Sales Servives, Digi Telecommunications dan Tejari Tecnologies itu membolehkan para pelanggan melayari secara dalam talian dagangan di Bursa Malaysia.

Setiap pelanggan JF Apex akan menerima sebuah komputer riba dengan perkhidmatan jalur lebar percuma selama 24 bulan.

Baca selanjutnya (kat sini, mana lagi
.
.
.
.
.


Dalam Pelaburan, orang selalu cakap "risk" atau risiko. kalau orang tak paham pasal risiko memang menakutkan... takut duit hilang begitu saja... 

Takut dengan pasaran saham? cari alternatif...mmg lambat sikit tapi selamat... labur pulak dalam unit trust/saham amanah. Dengan risiko yang boleh diuruskan dan pulangan yang lebih tinggi (terutama dalam tabung dana yang aktif). Ia boleh menjadi instrumen pelaburan jangka panjang!

Oleh kerana risiko boleh diuruskan dan dikurangkan.... mesti hasilnya dapat dinikmati dan dikecapi kan... silap haribulan... kita tak perlu susah payah nak sakit kepala, nak sakit hati, nak sakit jiwa dok mengadap majikan, nak kejar "punch card" atau nak kejar deadline keje kita yang tak kunjung habisnya... 

Apa yang penting, kemahuan dan kehendak kita untuk menyediakan satu dana pelaburan untuk masa depan. Apa nak buat dengan hasilnya, tepuk dada tanya akal, tanya selera pon boleh!....jika bijak, dana yang dikumpul boleh kekal ke anak cucu....


Rabu, 22 September 2010

"GAIRAH yang hilang, kenapa aku tak terangsang.....

hari ni....hujan di tengah hari....


 hari ni...aku hilang ghairah...

hari ni... aku hilang arah...

hari ni.... aku tak terangsang

hari ni...fokus aku hilang

Aduuuh....apsal hari ni..."performance out" habih....dah "disfunctional" ke?

atau....

AKU PERLUKAN SESUATU UNTUK MERANGSANG RANGSANGAN???



oh... TIDAKKKK.....!!!
.
.
.
.
.
.

MIMPI NGERI!
.
.
.
.
APSAL hari ni.... idea tak mau mari....???

dah...dah...korang jangan fikir yang bukan-bukan...aku tgh takde idea nie.... HAHAHAHH!!!!!!!

Selasa, 21 September 2010

The "HORNY" Story

Hari ni Kita Kontroversi sikit... apa yang kontroversi? kontroversi pasal "lelaki" dok suka jaga "tanduk" nan satu tu sampaikan terpaksa "merampas" tanduk lain... dan untuk kesihatan badan (kononnya) tanduk lain tu jugak dirampasnya.... kesian kan.....
 .
.
.
.
.
.
.
.
.


The "HORNY" Story

Leave the rhinos alone. Their horns don’t have medicinal properties, and ingesting rhino horn is the same as chewing your own fingernails.
I KEPT a rhinoceros beetle as a pet before I ever encountered a real rhinoceros. It must have belonged to the species Oryctes rhinoceros as our house bordered oil palms. I never thought of these exquisite playthings as a pest even though (I now know) they can defoliate and sometimes kill coconut and oil palms.
I never thought of the horns (borne by the males) as weapons in mating battles against other males. To me, my little ebony black rhino was a thing of beauty. It moved majestically and its horn was grand and glorious. He was my gladiator. My rhino won many a battle against other males and did me proud, although I never got to see his harem and progeny.

Read More (HERE)
Hu...~huuu...~ Demi "tanduk" korang... sampainya hati...~~

Hmmm korang kesianla kat haiwan ni...jangan lah apa-apakan dia... Diorang pon ada hak nak berkongsi kehidupan di bumi Allah.....

Isnin, 20 September 2010

Gitaris Estrange Pegang Anjing

Ermhhh isu camni lagi.... korang tgkla sendiri


Baca selanjutnya [Di sini]

Sesetengah kita mungkin tak kisah, ada yang mengatakan anjing najis yang boleh dicuci... jadi apa masalahnya...

Entahlah...mungkin stigma kita yang mengatakan anjing tu najis berat hinggakan kita sendiri tak boleh pegang anjing.... tanpa alasan.... hmmm~

Walauapapun...ada baiknya korang bertanya pada yang arif, mungkin persoalan camni akan menambahkan kefahaman kita terhadap Islam... InsyaAllah....

ingat, carik ustaz yang arif, bukan buat andaian sendiri....

Apa yang penting...

"masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak", pandai-pandailah bawak diri....

Apa, masuk kandang harimau....? RISIKO TANGGUNG SENDIRI!

Ramai Tak Faham Rukun Negara

Kementeria  Penerangan Anjurkan Penerangan Rukun Negara.... (RTM2 - 7pm)

Ramai tak faham Rukun Negara???


Tak Faham Sampaikan Kementerian Penerangan kena buat sesuatu untuk menerangkan "Apa Itu Rukun Negara"?

Terkejut?  

Entahlah...anak-anak zaman sekarang, semakin lama semakin lupa diorang ngan asal-usul diri mereka, sedangkan zaman sekolah sekurang-kurangnya seminggu sekali diorang meg"ikrar"kan rukun negara.

Kenapa...mengapa...Apakah....bagaimana....Bila....Adakah.... ?????

Ermmm banyak sungguh persoalan....

Walauapapun....ANDA FAHAM RUKUN NEGARA? kalau tak faham, cariklah buku latihan bebudak sekolah, baca, renung dan fahamkan.....

Tak faham jugak? ape la korang...tanyalah pakcik google/makcik yahoo/atok wikipedia (wiki-ape-ke-dia)... mesti diorang boleh jawab....

Sabtu, 18 September 2010

Kenapa Aku Bersyukur

Gambar Hiasan



Berita Harian Online | Golongan miskin AS meningkat lagi (Klik dan baca ok!)

 Suatu masa U.S adalah "Lombong emas" Bagi golongan "penghijrah" dan perantau, tetapi kini, gergasi ekonomi semakin sakit dengan rakyatnya semakin ramai yang jatuh miskin dan hilang pekerjaan. Dikhabarkan, seorang dari 7 orang rakyat di sana jatuh miskin hingga terpaksa berada di jalanan......

Sedih memang sedih, memang menyentuh hati, tetapi aku masih bersyukur, kerana apa?

KERANA, aku dilahirkan di MALAYSIA dan aku masih boleh menyambung kehidupan, walaupun aku pernah berada di "kasut" mereka, sekurang-kurangnya aku masih dapat mengutip "debu-debu emas" yang bertebaran di bumi bertuah.

KERANA itulah aku bersyukur, aku masih mampu hidup tanpa perlu merantau dan berhijrah!

Jumaat, 17 September 2010

Tido Dalam Kereta Masa Rush Hour

Gambar hiasan
 Lokasi : Jalan Raja Laut

Masa: 830am

kesalahan : Tidur dalam kereta di tengah trafik masa rush hour

Punca:  MABUK!

Sengal, cam hampeh je perangai...dah la mabuk, leh plak tido kat tgh2 jalan time orang sibuk nak pegi kerja. Camni punya orang pon ada ye... macam kat kl dah takde hotel nak "landing" tido...

Hmmm...susah nak cakap bila orang dah pentingkan diri. Di gelar "kiasu" marah tapi tu lah hakikat....

Korang marah tak?

Khamis, 16 September 2010

Perniagaan bijak? bijak ke?

Dah selalu sangat penipuan "Buat Duit Mudah" Atau "Perniagaan Bijak" di dada-dada akhbar... tapi ramai lagi yang boleh tertipu... bukan sepuluh dua...tapi beribu-ribu. Puncanya, kehendak individu yang menganggapnya satu pendapatan cepat dan mudah atau bahasa kasarnya "TAMAK DAN MALAS!"

Maaf bahasa agak pedas..... tak caya, mari baca satu contoh kat bawah ni....

Sumber : Harian Metro
Jadi...apa pendapat korang.... masih nak jadi bijak atau nak dipijak? buat duit atau hilang duit?

Sayang-sayang buat kepayang, salah pilih duit melayang!

sediakan payung sebelum hujan


sumber : Harian Metro

Masih ramai yang kurang kefahaman tentang kepentingan insurans, walaupun ramai yang sedar yang menyimpan tu bagus, tapi insurans juga tak kurang pentingnya, sekurang-kurangya ada yang sanggup menanggung bebanan jika sesuatu terjadi dalam hidup kita. Dan paling penting, kita tak perlu sakit kepala hospital mana nak masuk, berapa kosnya dan berapa banyak "kerugian" yang terpaksa ditanggung jika diri kita tak dapat bekerja untuk beberapa lama....

sekadar gambar hiasan
sediakan payung sebelum hujan.....


p/s : Unit trust pun dah ada insurans percuma (bergantung pada fund dan jumlah yang dilaburkan)

Rabu, 15 September 2010

Tabung Ayam Tak berkokok lagi

Teringat masa kecik-kecik dulu.... ni lah tempat simpan duit syiling kebanyakan kanak-kanak.... tak kiralah duit raya atau duit belanja....

sumber :Mstar

Time aku tengah surfing, terbaca pulak petikan akhbar kat atas tu (klik untuk baca berita penuh), terpanggil diri ni kenapa susah sangat nak menyimpan atau merancang duit dari hasil titik peluh kita....

Tak kurang juga ramai yang ghairah sampai tertipu dengan skim (scam?) penjanaan duit yang mudah... mudah dapat hasil atau mudah "terbangnya" hasil titik peluh kita...

Sekarang...apa yang korang fikirkan?...

Mana nak carik duit kan...

Kenapa tak jana duit dengan instrumen yang diluluskan....

Bila Nak Labur Dalam Unit Trust

Sumber Utusan Online
Ramai yang tanyakan kat aku, bila masa paling sesuai nak invest dalam unit trust.... aku cakap, sekarang...jgn tunggu lagi.. sementara ekonomi tgh menaik ni, rebut peluang untuk membesarkan "nest egg" portfolio pelaburan... bukan apa, peluang pembahagian pendapatan lebih tinggi untuk dana-dana yang ada. Jadi.. apa tunggu lagi....

Kenapa sekarang...?

Kebanyakan prestasi dana bergerak seiringan dengan prestasi Bursa malaysia, tu sebab kenapa dan mengapa anda kena ambil tindakan "SEKARANG!"

Tapi kalau korang nak tunggu, tunggu la.... jangan menangis kalau orang lain dah mula tuai hasil!

Selasa, 14 September 2010

Bersara Hingga 60 tahun, perlukah?

Cuti raya dah nak habis... ada yang dah mula kerja, yang nyatanya.... duit dalam poket pon turut sama abis, lagi-lagi yang balik kampung jauh...tp takpe, setahun cuma sekali....

betul ke setahun sekali? bukan ke tiap bulan duit habis?... 

tiba-tiba terdengar dalam berita...

"Cuepacs memohon umur persaraan kakitangan kerajaan dinaikkan hingga usia 60 tahun..."

ramai yang rasa lega... banyak faedah terutama untuk kakitangan kerajaan, sekurang-kurangnya mereka masih boleh menyumbang kepakaran yang ada selagi masih ada usia...

TAPI...terfikir tak kalau dapat bersara umur 40 tahun??

mesti ramai yang cakap "ko nie gila...time tu lah anak-anak nak pakai duit, time tu lah mak bapak dah macam "mesin atm" anak-anak... time tu lah simpanan mak bapak nak dibelanjakan buat anak-anak.."

Make A Little Twist....

Ada cara ke?

UISH....ada lah...

tanye kat aku....?

aku jawab..."jom jumpa... aku "tolong" korang rancang duit korang... keje cam biasa... sampai masa pencen, pastu relax2 gi melancong....

Betul ke ni....??

hehe... nak tau betul ke tak... hantar mesej dlm inbox aku... tak pun tinggal je e-mail korang kat comment... kalau tak korang baca kat SINI ,

tu yang aku buat untuk perancangan kewangan....

Kurang Bukti atau kurang kepakaran

Satu tindakan pantas perlu diambil....

Kegagalan SKMM Mendakwa "penyangak" internet dikatakan atas sebab kekurangan bukti,
jadi... apa lagi, kat Malaysia ada ramai mereka yang berkebolehan dalam bidang perkomputeran, upah mereka untuk mengesan penyangak-penyangak ni... jangan sampai diorang berkembang biak hingga menjadi satu ancaman....

Sumber berita : KLIK Sini , SINI, SINI

Keperluan dah semakin mendesak seiring dengan perkembangan IT, oleh itu, JURUSAN FORENSIK CYBER amat-amat diperlukan hinggakan sekecil mana kes dapat didakwa....

Khamis, 9 September 2010

selamat hari raya....

selamat hari raya.. maaf zahir batin... malas nak tulis panjang....

selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya selamat hari raya.... selamat hari raya....

MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN! MAAF ZAHIR BATIN!

HAHAHAHAHHA.... sesapa yang baca diucapkan selamat hari raya maaf zahir batin!!!!!!!!!!! jangan marah2... nanti kene bg duit raya....





apa?, minatk aku duit raya? tarak2...bonus dah abih...ekekekekekek

Rabu, 8 September 2010

balik kampung eh?

Hari nie...rabu, tengok anak bulan... tp rasa hari jumaat raya.... tak kisah la..... esok raya ke... lusa raya ke.... yang penting beraya....betul tak?

Tingat masa kat kampung, 29 ramadhan je, sedari pagi mak ngan abah dah sibuk buat juadah nak hadiah kat jiran tetangga dan ahli keluarga yang rapat, orang jawa panggil "munjung"(aku tatau camne nak explain, tp kalo korang rajin...korang klik [SINI]),gambar dibawah pun ambik dari blog tu...mekasih te bang!

gambar dari blog http://mohdruzzi.blogspot.com/2009/09/budaya-munjung.html
Teringat masa zaman sekolah/blajar dulu, masa dekat-dekat raya ni, sibuk dok nak balik kampung, puasa sehari dua dah sibuk nak beli tiket bas... ye lah...nak beli lambat-lambat takut abis....kalo ade pon, harganya....aduhhh, "bisa copot jantungnya pak!" (haha...ter-sasul la plak, bahana drama indonesia petang-petang la nie) keh keh keh....
sekadar gambar hiasan, bukan tiket aku tau!

Teringat masa kerja, puasa lagi seminggu, staf-staf dah berebut nak apply cuti... sampai mengarut-ngarut jumlah cuti diorang.... last-last, sapa nak cuti masa raya, raya ke 3 kena mula kerja... kelat je muka masing-masing. Aku? RAYA KE 5 BARU CUTI! tapi...korang cuti 3 hari aku ambik SEMINGGU! hahhha kejam kan...PADAN MUKA KORANG!

Sekarang...
dah takyah risau.... yang penting dari sehari sebelum raya, raya pertama dengan raya ke 2 (pagi sampai petang, sebelum aku masuk keje malam), aku ada kat kampung halaman.....hahhahaha

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN UNTUK SEMUA....

Selasa, 7 September 2010

keburukan dan kebaikan, mana lagi kuat?

seribu kebaikan belum tentu menghapus satu keburukan TETAPI, satu keburukan boleh menghapus SEJUTA kebaikan dan akan sentiasa buruk selamanya...
BENARKAH ini berlaku? sama-sama kita fikirkan... 
sekadar gambar hiasan, sumber google

yang NYATA, sememangnya inilah yang berlaku kerana sekali kita buat silap... maka kesilapan itulah yang akan diingati sampai bila-bila sedangkan jarang kita mengingati kebaikan seseorang....

Isnin, 6 September 2010

Hari Raya Dalam Kenangan

Diam tak diam, Hari Raya dah semakin tiba, hari kemenangan bagi kita umat Islam, diam tak diam, dah 2 tahun kerjaya dalam bidang "perkhidmatan pelanggan" dah ditinggalkan. Ternyata, kenangan pahit, manis dalam bidang tu, perlahan-lahan menerjah ke minda. Terasa syahdu......


Dulu....


Takbir bergema, langkah di atur ke masjid yang begitu hampir dengan rumah aku, meriah dengan pelbagai ragam  penghuni taman perumahan yang berhampiran... masjid tetap penuh, mungkin ramai yang mahu pulang kekampung sedikit lewat untuk mengelakkan kesesakan lalulintas...


Dulu....


Selepas Solat Aidilfitri, tatkala orang lain mengatur langkah ke rumah sanak saudara, aku melangkah ke arah restoren untuk memulakan perniagaan... sebak-pilu-rindu terpaksa dilupakan demi tugas yang menanti


Dulu....


Tatkala orang lain bergaya dengan baju melayu dan baju kurung menanti kunjungan sanak saudara, jiran-jiran dan sahabat handai.... aku pula bersama sahabat-sahabat menanti dan menunggu kunjungan pelanggan yang bakal datang berbondong-bondong untuk membeli kek sebagai buah tangan. (Nasib baik pihak pengurusan baik hati memberi peluang untuk kami memakai baju tradisional untuk hari pertama)


Dahulu...


Ketika mereka riang gembira bersama serta tersenyum riang ketika berkunjung di rumah terbuka, aku dan rakan-rakan "senyum" dan memberi layanan yang terbaik untuk para pelanggan yang berkunjung


Dahulu....


Ketika orang lain mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" dengan gembira kepada sanak saudara dan sahabat handai, kami hanya mampu tersenyum apabila pelanggan mengucapkannya kepada kami dan jelas terbayang sedikit sebanyak rasa nak berhari tanpa bebanan kerja diwajah kami...


Walau apa pun, aku dan rakan-rakan tetap teruskan tugas di AIDILFITRI dengan mengenepikan segala keinginan dan gelojak hati dengan penuh dedikasi.....




SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN....kepada yang bekerja, selamat bertugas dihari raya....

Sekarang....

Aku dah tak kerja bidang perkhidmatan lagi.....