.
.
.
.
Dah, Jangan buat spekulasi yang bukan-bukan....korang baca dulu ye....
(Almaklumla, orang Malaysia ni kuat buat spekulasi mengalahkan spekulator matawang...haha)
.
.
.
.
.
.
Orang muda tak minat saham
KUALA LUMPUR 22 Sept. - Ramai golongan muda di negara ini tidak berminat memasuki pasaran saham berikutan salah faham yang menyatakan ia berisiko tinggi, mahal dan sukar untuk dipelajari.Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Yusli Mohamed Yusoff berkata, asas pelabur dan pengantara lebih menghala kepada jumlah signifikan golongan berusia dalam pasaran runcit.
"Mereka ini adalah dalam golongan usia 40 tahun ke atas,'' katanya dalam ucapan pelancaran eTrade On The Go di sini hari ini.
Perjanjian persefahaman kerjasama antara JF Apex Secutirities Bhd., Acer Sales Servives, Digi Telecommunications dan Tejari Tecnologies itu membolehkan para pelanggan melayari secara dalam talian dagangan di Bursa Malaysia.
Setiap pelanggan JF Apex akan menerima sebuah komputer riba dengan perkhidmatan jalur lebar percuma selama 24 bulan.
Baca selanjutnya (kat sini, mana lagi)
.
.
.
.
.
Dalam Pelaburan, orang selalu cakap "risk" atau risiko. kalau orang tak paham pasal risiko memang menakutkan... takut duit hilang begitu saja...
Takut dengan pasaran saham? cari alternatif...mmg lambat sikit tapi selamat... labur pulak dalam unit trust/saham amanah. Dengan risiko yang boleh diuruskan dan pulangan yang lebih tinggi (terutama dalam tabung dana yang aktif). Ia boleh menjadi instrumen pelaburan jangka panjang!
Oleh kerana risiko boleh diuruskan dan dikurangkan.... mesti hasilnya dapat dinikmati dan dikecapi kan... silap haribulan... kita tak perlu susah payah nak sakit kepala, nak sakit hati, nak sakit jiwa dok mengadap majikan, nak kejar "punch card" atau nak kejar deadline keje kita yang tak kunjung habisnya...
Apa yang penting, kemahuan dan kehendak kita untuk menyediakan satu dana pelaburan untuk masa depan. Apa nak buat dengan hasilnya, tepuk dada tanya akal, tanya selera pon boleh!....jika bijak, dana yang dikumpul boleh kekal ke anak cucu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan