Iklan Berbayar

Rabu, 29 September 2010

Kisah Hati tanpa perasaan curiga

Aku tersentuh dengan cerita ni...walaupun aku tahu betapa pendermaan organ amat digalakkan dan pernah tergerak hati ini ingin mendermakan organ-organ yg ada di badan ni, tapi aku masih belum ada kekuatan... kekuatan apa? kekuatan untuk menjadi seorang "pengikrar" penderma organ!

Kerana apa? aku masih seorang "perokok" dan tak mahu men"cemar"kan penerima organ dengan organ yang "tak boleh pakai"

TETAPI, walau apa pun...aku tetap hormat dan menyanjung tinggi kepada mereka yang sanggup menderma organ-organ mereka untuk menyelamatkan orang lain. Paling tidak untuk memberi satu sinar kehidupan kepada mereka yang memerlukan.

Fatwa pun dah mengatakan bahawa menderma organ dibolehkan dan tidak menjadi satu kesalahan, pada aku, ianya menjadi satu amal jariah yang sememangnya dituntut dan pahalanya, biarlah Yang Maha Kuasa tentukan.

Ada yang mempertikaikan, "apa kata kalau orang yang kita derma tu berbuat jahat dan maksiat?" pada aku, itu bukan masalah aku dan dosa individu tu biarlah Yang Maha kuasa tentukan. Segalanya terbit dari hati yang ikhlas. Atau pernahkah kita terfikir, jika penerima organ kita tu berubah menjadi seorang yang lebih baik... dah tentu pahala dan amal jariah yang kita sumbangkan akan berlipat kali ganda....

Korang bacalah artikel yang aku kongsikan selepas ni.....



Hoong Ling - Kisah Seorang Dermawan Hati 

RENCANA

Hoong Ling - Kisah Seorang Dermawan Hati

KUALA LUMPUR: Pada usia kebanyakan gadis remaja asyik berkongsi cerita mengenai 'buah hati' atau kisah cinta, Chew Hoong Ling pula menyibukkan dirinya berkempen mengenai pendermaan organ selepas mengikrarkan mata dan organnya sendiri!
Meskipun ketika itu usianya baru mencecah 13 tahun, remaja ini tidak goyah pendirian setelah membulat keputusan mahu menjadi penderma organ.
Bersifat 'tidak mementing diri' bukannya asing bagi anak kelahiran Kuala Lumpur ini meskipun dia datang dari sebuah kehidupan rumah tangga yang mengalami keruntuhan.
Ibu bapanya bercerai ketika dia berumur hanya empat tahun dan untuk tempoh 16 tahun berikutnya, dia tinggal dengan ibu saudaranya (sebelah ayah) di Teluk Intan, Perak.
Kehidupan tanpa ibu dan ayah membuatkan remaja ini banyak menghabiskan masa dengan mengaktifkan diri dalam pelbagai kegiatan ko-kurikulum sekolah.

 Baca kisah penuh : di sini

Jadi macamana? adakah korang terbuka minda nak jadi pengikrar sebagai penderma organ? atau masih macam aku yang tak berkekuatan nak menderma organ? 

Sekurang-kurangnya dapat jadi "penyelamat nyawa" orang lain walaupun ketika itu anda tidak boleh "diselamatkan" lagi...

apa kata, korang mulakan dulu dengan menderma darah, sekurang-kurangnya ada sesuatu yang nak didermakan yang tak keluarkan se-sen pon duit dalam poket.


Fikir-fikirlah..... sesama kita fikirkan....

Tiada ulasan: