Diam tak diam, Hari Raya dah semakin tiba, hari kemenangan bagi kita umat Islam, diam tak diam, dah 2 tahun kerjaya dalam bidang "perkhidmatan pelanggan" dah ditinggalkan. Ternyata, kenangan pahit, manis dalam bidang tu, perlahan-lahan menerjah ke minda. Terasa syahdu......
Dulu....
Takbir bergema, langkah di atur ke masjid yang begitu hampir dengan rumah aku, meriah dengan pelbagai ragam penghuni taman perumahan yang berhampiran... masjid tetap penuh, mungkin ramai yang mahu pulang kekampung sedikit lewat untuk mengelakkan kesesakan lalulintas...
Dulu....
Selepas Solat Aidilfitri, tatkala orang lain mengatur langkah ke rumah sanak saudara, aku melangkah ke arah restoren untuk memulakan perniagaan... sebak-pilu-rindu terpaksa dilupakan demi tugas yang menanti
Dulu....
Tatkala orang lain bergaya dengan baju melayu dan baju kurung menanti kunjungan sanak saudara, jiran-jiran dan sahabat handai.... aku pula bersama sahabat-sahabat menanti dan menunggu kunjungan pelanggan yang bakal datang berbondong-bondong untuk membeli kek sebagai buah tangan. (Nasib baik pihak pengurusan baik hati memberi peluang untuk kami memakai baju tradisional untuk hari pertama)
Dahulu...
Ketika mereka riang gembira bersama serta tersenyum riang ketika berkunjung di rumah terbuka, aku dan rakan-rakan "senyum" dan memberi layanan yang terbaik untuk para pelanggan yang berkunjung
Dahulu....
Ketika orang lain mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA" dengan gembira kepada sanak saudara dan sahabat handai, kami hanya mampu tersenyum apabila pelanggan mengucapkannya kepada kami dan jelas terbayang sedikit sebanyak rasa nak berhari tanpa bebanan kerja diwajah kami...
Walau apa pun, aku dan rakan-rakan tetap teruskan tugas di AIDILFITRI dengan mengenepikan segala keinginan dan gelojak hati dengan penuh dedikasi.....
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN....kepada yang bekerja, selamat bertugas dihari raya....
Sekarang....
Aku dah tak kerja bidang perkhidmatan lagi.....
1 ulasan:
sekarang, orang lain masih beraya pada hari kedua, ngko pulak bergegas ke tempat kerja balik, melayan kerja, pastu raya ketiga baru la ko nampak aku hahaha
Catat Ulasan