Iklan Berbayar

Sabtu, 6 Februari 2016

aktiviti kolej terakhir, mini tourism skills challenge, sneak peek hadiah pertandingan

program terakhir pelajar kelas semester 3 (akhir) kolej komuniti kota tinggi, untuk subjek ko kurikulum (sukan). hadiah hadiah yang akan diberikan kepada peserta... lumayan wooo...


program yang diberi nama mini tourism challenge, direka untuk mendedahkan pelajar mengaplikasikan dan berkongsi pengetahuan yang dipelajari sepanjang pengajian mereka di kolej.
detail pertandingan masih dirahsiakan... tunggu hari pertandingan lah ye.....

Selasa, 2 Februari 2016

jb tour, hari ni jadi pelancong

kami pelajar pelancongan!

hari ni di "paksa rela" untuk menyertai program jb tour untuk pelajar semester 2 untuk subjek komentar pemandu pelancong. satu subjek yang mendedahkan pelajar untuk merasai bagaimana menjadi seorang pemandu pelancong Dan merasai pengalaman membawa pelancong.

Dan hari ini, kami pelajar semester menjadi pelancong disebabkan tiada tugasan yang diberikan... ha-ha

jadi hari ini kami hanya "enjoy Dan bergembira" walaupun hampir sepanjang masa lawatan hanya berada di dalam bas, sudah pasti kami hanya akan bergembira menikmati perjalanan sambil menyaksikan pelajar semester 2 membuat komentar.

selepas habis lawatan nanti aku ceritakan pengalaman sepanjang lawatan ini... bersambunglah...

Isnin, 1 Februari 2016

jimat sehingga 70 peratus kos membawa bagasi berlebihan ketika travel ke luar negara.

melancong keluar negara, dah tentu banyak cenderahati dan cenderamata juga kiriman dari kawan-kawan kan. yang kirim macam-macam barang, belum lagi yang kaki shopping atau ke luar negara sememangnya nak shopping...

tapi bila nak balik, dari satu beg kecil yang mungkin beratnya tak sampai 5kg, dah melambak sehingga berbeg-beg jumlahnya....

dan menambah masalah lagi, baggage allowance untuk syarikat penerbangan kebiasaanya hanyalah 25kg!

dah tentu, excess baggage menjadi satu masalah bila kita nak membawa pulang, dah terfikir pula caj yang akan dikenakan oleh syarikat penerbangan jika kita check in beg-beg tadi. mana tidaknya, bekalan wang yang dibawa sudah hampir habis. adakah korang sanggup membayar caj yang dikenakan oleh syarikat penerbangan? sudah tentu tidak kan...

mahu menghantarnya menggunakan perkhidmatan courier, cajnya mungkin masih mahal, jadi apa alternatif terbaik?

jawapan ini aku dapat ketika dalam pengajian. perkongsian oleh pensyarah yang dah biasa mengurus dan membawa pelancong dan juga vip ke luar negara. usah risau atau bersusah payah untuk "membahagi" berat bagasi kepada ahli rombongan lain. sudah tentu mereka pun ada membeli barangan untuk mereka sendiri bukan...

hasil perbualan bersama abang aku, ramai antara kita masih kurang tahu mengenai excess baggage ni. sebenarnya excess baggage ni masih boleh dihantar ke destinasi dengan caj yang jauh lebih murah. drop-off kan sahaja di kaunter excess baggage ABDA group.

syarikat ABDA group ini merupakan vendor kepada syarikat penerbangan yang akan membawa excess baggage anda pulang. konsepnya sama sahaja seperti syarikat courier tetapi lebih menumpukan perkhidmatannya untuk membawa baggage penumpang si lapangan terbang.

oleh itu ia amat sesuai untuk mereka yang gemar bershopping dan sering membawa pulang bagasi yang banyak dengan caj yang hanya sebahagian daripada caj yang biasa dikenakan jika check in bagasi ke dalam kapal terbang!

jangka masa tiba bagasi tersebut adalah lebih kurang seminggu atau lebih sedikit bergantung kepada destinasi yang dituju. lambat sikit tidak mengapalah, asalkan bagasi tersebut tiba.

berita baik bukan... terutama mereka yang gemar membeli belah ketika melancong ke luar negara...

maklumat lanjut mengenai perkhidmatan ABDA group ni boleh didapati dengan melayari ke laman web http://www.abdagroup.net/ atau jika anda merancang untuk shopping ketika melancong, boleh juga menghubungi syarikat berkenaan dan bertanyakan mengenai tarif terkini perkhidmatan mereka melalui nombor telefon dan alamat syarikat berkenaan di bawah

ABDA AVIATION SDN BHD
WISMA ABDA
45 Jalan 51/205, The Highway Centre
46050 Petaling Jaya, Selangor
Malaysia
Tel : +603 7785 2000
Fax : +603 7781 0905
jangan risau lagi selepas ni jika nak "shopping sakan"... 

Ahad, 31 Januari 2016

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 6

sambungan kisah pelajar senja dari episod 5

aku selamat mendaftarkan diri di Kolej Komuniti Kota tinggi. Sebuah kolej "kecil". manakan tidak, kelas hanya ada 1 bg setiap semester. dan bilangan ketika aku mendaftarkan diri hanya ada 8 orang. tak lama kemudian selepas beberapa intake, maka cukuplah 14 orang sekelas. bermula la diari aku sebagai seorang pelajar. untuk pengetahuan semua, pengajian di kolej komuniti sebenarnya hanya 4 semester dengan 3 semester kelas dan semester akhir untuk praktikal.

3 semester inilah aku belajar pelbagai ilmu asas mengenai pelancongan. Ilmu yang banyak boleh dikembangkan jika anda berminat dalam bidang pelancongan dan rekreasi. sedikit sebanyak mata pelajaran yang diajar di kolej ini adalah seperti Operasi agensi pelancongan, rekreasi air dan darat, tiketan dan beberapa lagi subjek yang menyediakan diri pelajar untuk masuk ke bidang pelancongan.

sepanjang pembelajaran, banyak kisah-kisah menarik. lawatan demi lawatan persis seorang pelancong dan seorang yang membawa pelancong sudah pasti menyeronokkan. Semestinya, lawatan dan aktiviti praktikal sememangnya diterapkan dalam pembelajaran. Pengiraan markah sebanyak 70% praktikal dan markah peperiksaan akhir yang hanya merangkumi 30% sudah tentu tertumpu dengantugasan yang memerlukan pelajar banyak "bergelumang" dengan tugas-tugas kertas kerja perlaksanaan dan perlaksanaan program itu sendiri. Tugasan ini banyak melatih pelajar dan menyediakan pelajar untuk "bersedia" apabila melangkah ke dunia pekerjaan itu sendiri.

mana arah selepas belajar? tepuk dada tanya akal. arah mana yang lebih sesuai. Adakah ke arah agensi pelancongan? ke arah aktiviti luar atau aktiviti air? atau menjadi seorang ketua rombongan. terlalu banyak pilihan yang boleh dibuat.

yang penting atitud pelajar itu sendiri ketika bekerja dan mempraktikan ilmu yang diajar. Alhamdulillah, sepanjang pengajian banyak perkongsian pengalaman oleh pensyarah yang berpengalaman dalam bidang masing-masing banyak memberi sedikit sebanyak gambaran tentang jalan mana yang akan ditempuh dan dipilih nanti...

tentang lawatan, memang seronok dan menyeronokkan. walaupun dengan bajet yang terhad dan ada kalanya pelajar terpaksa membayar sebahagian dari kos lawatan, bayaran tersebut ternyata berbaloi. di sini pelajar dapat belajar membuat bajet serta membuat pengurusan lawatan. segala-galanya persis menguruskan lawatan untuk pelancong. pengalaman yang cukup berharga untuk diri sendiri dan dalam pekerjaan..

ketika belajar jugalah, aku dapat menimba ilmu untuk diaplikasikan jika aku mahu melancong dan menjelajah samada destinasi tempatan atau luar, samada sekadar lawatan atau pengembaraan, samada kawasan bandar atau alam semulajadi. begitu juga menilai sesuatu destinasi samada ianya cukup menarik minat seseorang untuk melawat atau tidak. tak ketinggalan juga "how to make money from this industry".

apa yang pasti.... pengorbanan aku belajar selama setahun ni amat "membuka mata dan fikiran" aku mengenai industri pelancongan. walaupun industri pelancongan seakan "malap" terutama ketika ekonomi yang dikatakan "sakit" ni, sebenarnya banyak ruang dan peluang yang masih terbuka. Ketika kita asyik menumpukan kepada "pelancongan bandar", sebenarnya banyak "permata-permata" kasar destinasi yang boleh digilap terutama destinasi alam semulajadi. Hutan, air terjun, sungai, tasik, bukit, gunung ganang dan kampung serta industri pertanian antara segmen pelancongan yang masih boleh dieksploitasi dan masih meluas untuk dipromosikan. apa yang penting, agen-agen dan penyedia perkhidmatan perlulah bersedia untuk lebih aktif dalam menyediakan pakej-pakej serta aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan pelancong "terliur dan teruja" untuk membeli perkhidmatan yang disediakan...

dan paling penting, perkhidmatan terbaik, agar apa yang ditawarkan dapat membuatkan pelancong tidak jemu untuk datang dan mendapatkan perkhidmatan dari penyedia.

diam tak diam, beberapa minggu lagi aku akan menamatkan pengajian selama 3 semester di kolej ini. semester praktikal akan menjelma dan kemungkinan kerja juga menanti. InsyaAllah aku akan terus bercerita tentang pengalaman aku di tempat praktikal. buat masa ini catatan seorang pelajar senja akan mula berselang seli dengan informasi yang mungkin berguna untuk sesiapa yang gemar melancong. perkongsian mengenai destinasi yang pernah aku pergi selama aku belajar juga akan dimuatkan. semoga memberi manfaat untuk semua....

Bersambung lagi...

Rabu, 27 Januari 2016

catatan 20 tahun pengalaman seorang pelajar senja episod 5

sambungan dari episod 4...

terhenti seketika kisah catatan seorang pelajar senja, pemergian ibu ketika program di KLIA benar-benar menghentikan mood aku nak menaip... buntu, terkejut, tersebak, dan kesibukan membantu adik beradik lain dalam menguruskan majlis tahlil membataskan jejari ni nak menaip....

sebelum aku teruskan menaip, Al-Fatihah buat arwah...

yang pergi akan pergi, yang tinggal teruskan kehidupan hingga tiba masanya untuk pergi... cukuplah titisan air mata... bina semangat baru, kejarlah cita-cita.

cukup.. kita fokuskan dengan dengan sambungan di episod 5, morning star plan, bila merasakan tiba masa untuk keluar dari keadaan. kerja dicari dan aku... bersedia untuk menyambung pengajian. panggilan ketika aku mandi pagi benar-benar membuatkan aku mengusap lega. tercapai juga cita-cita aku nak sambung belajar walaupun hanya di peringkat sijil!.panggilan dari pihak kolej komuniti benar-benar membuatkan aku rasa teruja untuk menyambung pelajaran aku yang dah berbelas tahun tertangguh!.

mungkin ada yang tertanya-tanya, masih bolehkah seseorang yang dah berumur untuk mengambil kursus di kolej komuniti?

jawapannya... BOLEH, kelayakan, berusia 18tahun ke atas, lulus spm dengan 1 kredit dan nyawa masih dikandung badan. had umur, TIADA. Boleh berhubung dengan Pejabat kolej komuniti terdekat dan dapatkan maklumat lanjut.

Berbelas tahun... ya, berbelas tahun bergelumang dengan arus kehidupan, berbagai informasi dicari, akhirnya kolej ini juga menjadi pilihan. minat yang mendalam dalam bidang pelancongan dan rekreasi juga yuran yang murah (RM200 satu semester) banyak mendorong aku membuat keputusan untuk menyambung pengajian dalam bidang ini. dengan silibus yang merangkumi 70 peratus penilaian berdasarkan praktikal dan 30 peratus berdasarkan teori. Sudah tentu rangkuman silibus ini amat menarik minat terutama bg mereka yang tidak menggemari ujian teori! dan jangkamasa pengajian lebih kurang 16 bulan termasuk latihan industri.

akan tetapi, pengajian sepenuh masa ini menuntut "pengorbanan" kerana kelas mengikut "waktu pejabat" bermakna penuntut perlu berada di kelas selama sehari suntuk! pandai-pandailah nak hidup, mana nak belajar, mana nak bekerja. Alhamdulillah, aku berjaya mengharungi ujian ini.

apa seronoknya bidang pelancongan?

sudah tentu, sebut sahaja bidang pelancongan dan rekreasi, ramai yang menggemarinya.. mempelajarinya, sudah tentu memberikan diri anda ilmu bukan sahaja untuk persediaan anda menjalani aktiviti melancong dan berekreasi tetapi ianya membuka minda anda yang kadangkala tertanya-tanya, "apakah potensi pelancongan?".

secara peribadi, pelancongan memang mendapat permintaan. adakalanya perkara yang tidak masuk akal juga boleh "dijual". mungkin anda tidak pernah terduga, jika anda memiliki 5 batang pokok getah, sebenarnya anda boleh menjana pendapatan yang boleh mencapai ribuan ringgit. ketika belajar inilah aku nampak semua tu. kebun sekangkang kera juga boleh menghasilkan pendapatan yang lumayan. asalkan tahu bagaimana mahu menarik pengunjung...

begitu juga sebuah rumah kayu yang usang, tetap berpotensi asalkan anda tahu merencana aktiviti!

pelbagai subjek yang berkaitan dengan pelancongan dapat dipelajari. episod akan datang akan diceritakan tentang pengalaman aku belajar di kolej serba ringkas ini. aktiviti-aktiviti menarik serta bermacam-macam ilmu yang dapat di timba... bukan itu sahaja, pengajian di kolej ini juga boleh menjadi "batu loncatan" kepada mereka yang telah lama meninggalkan dunia pengajian untuk ke pengajian yang lebih tinggi diperingkat diploma dan ijazah.....

bersambung ke episod akan datang....