Iklan Berbayar

Rabu, 16 November 2016

catatan pelajar senja: praktikal

lama aku tak mengetuk jari jemari ini di papan kekunci. terlalu banyak urusan kerja perlu diutamakan. masa banyak dilabur dan ditabur demi segulung sijil yang aku impikan. ya, satu perjalanan yang lama aku tak catitkan.

tak mengapalah. apa pun semangat nak menulis dan berkongsi dalam blog mula bercambah kembali. bila semangat dah datang ni baru seronok nak mengarang...

pengalaman masa praktikal, semester terakhir sebelum menamatkan pengajian banyak mempertajamkan skill perkhidmatan pelanggan dan banyak membuka mata dan minda. satu pengalaman yang sememangnya aku dambakan selama ini.

bayangkan, satu perniagaan yang tak pernah terlintas difikiran.  khemah yang boleh memberikan satu aliran pendapatan dan boleh menjadi sumber pendapatan. seakan satu perancangan dari yang maha esa untuk aku. dalam diam aku bersyukur.

disebabkan kebanyakan pengunjung dan tetamu yang datang kebanyakannya berbahasa inggeris, maka masa praktikal ni jugalah menjadi medan untuk aku mengasah kefasihan berkomunikasi dalam bahasa inggeris. alhamdulillah, lidah semakin lentur untuk berbahasa ke dua.

adakalanya ketika ada juga point2 yang "terlepas" dari boss. point2 yang merupakan tips2 perniagaan yang dapat aku kutip. senyum sendirian.

tak rugi aku praktikal kat sebuah syarikat yang "kecik" yang memberi perkhidmatan "bercamping"... malas sebenarnya nak cerita panjang2 pengalaman masa praktikal. biarlah gambaran yang bermain dalam pemikiran.

"IF YOU ARE THINKING ABOUT OUTDOOR, I HAVE BEEN APART OF THAT AND I LOVE DOING IT"

Isnin, 14 November 2016

aku masih ingin berblogging

dah berbulan aku tinggalkan arena blog ni. kesuntukan masa, tumpuan lebih kepada media sosial dan kerja membuatkan aku alpa dan lupa kepada blog yang pernah menjadi tempat untuk bercerita dan meluahkan rasa.

mungkin media sosial menjadi tapak yang paling pantas dan mudah,  maka aku terus hanyut dan terus lupa untuk mengemaskini blog yang semakin bersawang dan berdebu.

lama mana pun ditinggalkan, aku tetap rindu dengan blog. walaupun ada ketikanya aku mahu mengetik papan kekunci, ayat dan idea aku terbantut dan terus melupakan hasrat untuk bercerita.

mungkin penghujung 2016 menjadi titik tolak aku menyambung hasrat untuk terus berblog... selagi nafas dihela, selagi itu akan ada garis permulaan. cuma, adakah garis permulaan itu menjadi garis permulaan yang panjang atau ianya hanya garis permulaan untuk garis permulaan yang lain...