Iklan Berbayar

Selasa, 31 Ogos 2010

HIPOKRIT, ada masanya orang suka!!

Ramai yang tak suka orang hipokrit.... yang pura-pura baik tapi hakikatnya diorang ni menyampah kat korang (biasanya baik ada kepentingan)... mesti korang cap diorang nie "HIPOKRIT".... korang mesti BANNED diorang nie...

tapi.....

korang tau tak....ada hipokrit yang korang suka dan kalau diorang nie tak hipokrit, mesti korang buat komplen...dan akibatnya, jika diorang  ni berterus terang, diorang BOLEH kena PECAT! haa....mesti korang pelik kan entri aku kali ini.....

korang teruskan membaca.....

Korang pernah tak pegi berurusan di mana-mana kaunter... diorang tetap senyum dan mesra sekalipun korang datang dengan muka yang tak serupa orang? pernah tak?

atau .....

korang makan kat satu restoren, tiba-tiba pelayan lambat datang kat meja korang, dan dengan suara yang perlahan sedikit dari petir musim tengkujuh, korang panggil pelayan tu dan pelayan tu masih senyum kat korang dan dengan penuh adab sopan pelayan tersebut meminta maaf dan terus ambil korangnya punya order? pernah tak?

atau....

Korang punya talian internet / telefon bergerak laju sedikit dari siput sedut tersalut lumpur dan korang komplen dengan dengan kelajuan "machine gun" menyatakan masalah anda dan pegawai khidmat pelanggan menjawab dengan nada suara yang lemah lembut (bukan lemah gemalai ye... hehe) - pernah tak?

tak pernah? sekali pun tak pernah....mungkin juga anda seorang yang begitu berbudi bahasa.... syukur Alhamdulillah...

SEKARANG.....terbalikkan ke'pura-pura'-an tersebut menjadi sesuatu yang berterus-terang dari hati dan perasaan mereka (ni yang biasa orang cakap....takyah berpura-pura, cakap je terus terang!)

Korang pergi berurusan di mana-mana kaunter, dengan muka tak serupa orang dan tanpa segaris senyuman, tiba-tiba kerani kat kaunter tu berkata "muka encik macam singalah, saya dok senyum pon tak dibalasnya! kerek sungguh!" - adakah anda boleh terima sikap berterus terang kerani tersebut?

sekarang.....

Anda pergi ke restoren, dan meninggikan suara anda yang ibarat petir musim tengkujuh tu, tiba-tiba pelayan tu "berterus terang" dengan anda, "Encik, takyah la menjerit-jerit, dah macam tarzan saya tengok!" - sekali lagi, anda suka kepada pelayan tu? sudah tentu tak kan....

SEKARANG.....

Anda buat aduan kepada penyedia telekomunikasi dengan aduan selaju "machine-gun", dan tiba-tiba pegawai khidmat pelanggan tu menyebut, "Encik ni buat aduan ke nak buat bertih goreng? dah la laju semacam, sampai saya sendiri tak faham, membebel-bebel macam mak nenek!" - apa perasaan anda?

Ni adalah antara "hipokrit yang positif" (ingat, bukan hipokrit negatif!)... dan ada bidang yang seseorang tu DIWAJIBKAN HIPOKRIT.... CUSTOMER SERVICE!. Kerana apa... mereka akan tetap tersenyum dan mesra walaupun hati mereka disiat-siat, maruah mereka seakan diinjak-injak dan kadang kala dimaki-maki tanpa belas kasihan...

Yang pasti, HIPOKRIT INI DAH JADI STANDARD.....

dan..

AKU SENDIRI PERNAH MENGALAMI SITUASI MACAM NI SELAMA HAMPIR SEDEKAD!

BERTERUS TERANG?....hmmmm alamatnya akan dapat surat "cinta" BERAMARAN  atau paling parah "NOTIS 24 JAM!!!"

Sekarang....

Bukan kah anda suka jika seseorang itu menjadi hipokrit ketika melayani kerenah anda ketika berurusan??? suka kan?? ...............APA, tak suka?

MUNGKIN ANDA JUGA HIPOKRIT......

2 ulasan:

Gen Fujita berkata...

Yeah, bagus tu, pendedahan dan hakikat. Memandangkan ada unsur-unsur paksaan, benda tu takleh dipanggil hipokrit, bergantung kepada definisi hipokrit tu utk setiap orang.

Lagi penerangan tentang hipokrit di sini:
Tafsiran Salah Tentang Hipokrit

nitestalker berkata...

tu lah...aku cuma ambil dari satu sudut kepura-puraan... customer service mmg ada unsur2 paksaan tp tak kurang yang ikhlas.... sekadar pandangan dari satu sudut yang mungkin orang tak perasan..... hahahah