Al kisah, seorang penjawat awam telah "terlajak" taip dengan menyatakan 'aku tak sangka johor nie hina,xde famous amos kt jb...yang ada kt senai airport jer...bandar konon...gerek apenyer...wut a jerk....'. ternyata, kenyataan beliau disambut dengan perasaan marah meluap-luap hinggakan terlalu ramai yang menyatakan ketidakpuasan hati mereka. apakah ramai yang tidak sedar bahawa gurauan kadang-kadang membawa padah. dah la beliau bekerja di johor dan tinggal di johor. yang jadi persoalannya, apakah ramai pengguna internet masakini yang tidak sedar, setiap huruf, setiap perkataan mereka dipantau, setiap sambungan internet mereka diperhatikan? Rupa-rupanya, masih ramai yang khilaf tentang perkara ini.

Malas nak ulas panjang, yang dah terlanjur,yang dah terlepas, betulkanlah keadaan. akui kesilapan dan keterlanjuran.gunakan media massa untuk menzahirkan kemaafan dan kekesalan. biarlah kita rasa malu sekali dan isu terus selesai berbanding isu berlarutan dan kita asyik dimaki dan dicaci. apa yang penting, sering bertanya kepada diri sendiri, "patut atau tidak aku "post" benda ni, fikir dua kali tentang apakah implikasinya. kepada yang berkecil hati, gunakanlah saluran undang-undang yang ada. apa yang penting, kita ada penegak keadilan, laporkan kepada mereka. usah dibiarkan perkara yang mungkin dianggap kecil kerana ia berada diruang siber, takut nanti menjadi barah yang mengancam nyawa.
Fikir-fikirlah, jangan disalah-anggapkan kebebasan bersuara, anda boleh berkata apa saja, kerana lidah badan binasa, dan kerana lidah jugalah ramai yang merana.
Tepuk dada tanya akal, jangan sampai tepuk dahi macam orang hilang akal.
p/s - maaf jika ada yang tersinggung, jangan buat "PAGE" untuk benci saya, nanti "FAMOUS-AMOS" Saya seantero malaysia...peace!
1 ulasan:
wohooo... mmg famous amos cite ni kan. senang betul promosi famous amos kat msia lately. famous amos kaya, org melayu ilang budi bahasa. apa2 je la yek. sendiri mkn, sendiri kenyang sudah. mmg gile kentang (eh, kentang ni dr msia ke?) hahahahahaha
Catat Ulasan