Iklan Berbayar

Sabtu, 28 Mei 2011

sedapnya cencaluk

salam....dah beberapa hari tak update... macam biasa, keje samapai tak sempat.... adehhh

cencaluk, aku rasa ramai yang tau apeke benda alah ni.... dan rasa ramai jugak yang tak tau.... takpe, untuk mukadimah....korang tengok gambar kat bawah ni, ni lah dia rupa cencaluk tu..... (saat ni air liur mula naik kecur

cencaluk masih dalam botol


ni lah contoh rupa sambal cencalok tu

kalau nak di ikutkan, aku mula mengenali cencaluk ni masa aku belajar kat sekolah teknik melaka dulu. tak dapat duduk asrama, almaklumlah, tempat kat asrama tu "limited"... jadi, pihak sekolah adakan program penempatan "pelajar bersama keluarga angkat" ermhh dipendekkan cerita, aku dapatlah tinggal dengan keluarga angkat aku, pakcik sakan dengan makcik asiah (arwah mak angkat aku).

masa aku tinggal dengan keluarga angkat aku ni lah aku mula kenal apa itu cencaluk, mula merasa keenakannya. aku yang dibesarkan dengan sambal belacan pada mulanya pelik jugak ketika pertama kali merasa cencaluk ni, ye lah, tengok warna apsal pudar semacam... nak kata tempoyak, bukan pasal takde rasa durian.... rasa pulak macam belacan tapi tak sekuat belacan...

dan kegemaran mak angkat aku ni, cencaluk tu akan dicampur dengan buah-buahan yang masam, mangga muda, mangga yang tak cukup masak, dan mungkin juga buah binjai.... dan dah jadi "hidangan wajib" masa makan tengah hari atau makan malam...


ermhhh... masih teringat-ingat kisah masa sekolah.... iskkk nostalgia sungguh... lama rasanya tak melawat keluarga angkat aku ni....tah ingat lagi tah tak.... almaklumla, dah agak lama tak melawat keluarga angkat aku ni.... lagipun setiap tahun keluarga ni akan ambik anak angkat. dah tentu ramai kan....

kenapa tiba-tiba aku tulis pasal cencaluk ni.... haha, setelah agak lama aku tak makan cencaluk, aku teringat, beberapa minggu lepas aku ada beli, hari ni aku terpandang botol cencaluk yang belum berbukak.... yum yum yum.... air liur aku tetiba menitik, lepas masak lebih kurang untuk makan tengah hari aku.... aku pun bukak, racikkan bawang, cili padi pastu perahkan air limau kasturi....

BON APETITE!!!!!!.............

ops lupa, ada satu lagi yang aku suka, korang tengok kat bawah.... tapi AWAS, takut-takut korang dilanda ke"lapar"an yang tak disangka-sangka....
.
.
.
.

OOooiii....perut sape berbunyi tu....hahahhah kan dah lapar.....!!!

4 ulasan:

Cinta berkata...

perghh!! aku pun suka cencalok .. sbb aku org melaka .. mcm makan ais krim ..!!

PakMail berkata...

Pagi ini aku nak singgah pasar beli ikan mayong lah... Nak suruh bini aku masak lauk asam pedas.

Tapi kadang2 bila balik rumah tengahari. Lain pula dimasaknya. Masak lemah cili padi. Sebab bini aku ni ada darah negeri sembilan. Itulah pasalnya.

Tapi lemah cili padi kaw2 pun sedap juga.

nitestalker berkata...

cinta: memnag sedap cencalok, walaupun sy anak selangor, tp dah jatuh hati dengan cencaalok, kadang tu budu pun sebat jugak...hahahha

pakmail: huiii....sedapnya masak asam pedas, kena plak ikan pari... ermhh kalau gi johor dengan melaka, memang tak sah kalau tak merasa.... yum yum yum....

L@dyKichiMachiko berkata...

sedapnya cencaluk..ailikee!