salam sume....
hati masih berbunga.... pasal semalam follower dah cecah 100, syukur..... sekurang-kurangnya jari jemari ni akan terus gatal nak menaip.....
aku tak taulah, korang pernah tak dengar pasal game cap kali cap ni.... game ni dulu aku selalu main masa camping atau masa mengikuti aktiviti rekreasi.... game untuk mengisi masa tatkala malam dan masa tu dah takda aktiviti lain.... walaupun berkhemah, takkan nak layan hening malam sunyi aje kan....
game dia mudah, peserta duduk dalam bulatan, dan sorang akan jadi leader untuk memulakan satu-satu aksi, kebiasaannya kitorang mulakan dengan aksi mudah....dan peserta berikutnya hendaklah mengikut aksi leader tersebut, bermula dengan tempo yang agak perlahan sambil menyebut "cap kali cap....kali cap...cap cap".... aksi dimulakan... kebiasaannya dengan... tepuk tangan.... maka bermulalah... cap kali cap....kali cap cap cap......cap kali cap...kali cap cap cap.....
di sini leader akan menukar aksi selepas sahaja habis menyebut cap kali cap, kali cap cap cap, dan peserta sebelahnya akan terus mengikut tersebut dan diikuti peserta berikutnya. dari tempo yag perlahan.... leader akan menukar gear kepada tempo yang lebih laju.... dan aksi yang pelbagai.... ikut sukalah aksi camne nak buat.
kalau korang nak tau camne game ni dimainkan, korang terjah video kat bawah ni ha.... memang have fun habih
tu diaa....contoh game cap kali cap tu.... kalau yang ni...sapa tersilap akan tersingkir... tapi kitorang dulu bukan nak cari pemenang.... jadi sesapa yang ter"silap" langkah, akan menerima hukuman mengikut selera kitorang...antara hukuman yang aku tak boleh lupa... "memberi ciuman mesra kat tiang"... "menyanyi dan beraksi hindustan dengan pokok", "dipaksa kentut dalam masa seminit" "aksi anda sebagai seekor langau", "membuat pengumuman yang anda ada ketiak berbau unik" dan macam-macam lagi lah....
kadang-kadang game ni buatkan aku tersenyum sendirian.... walaupun dah lama, sesetengah aksi tu masih segar dalam ingatan, terutama memori masa aku join "kelab rekreasi mahasiswa UTM" dulu.... korang memang superb!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan