Iklan Berbayar

Rabu, 18 Mei 2011

aku doakan dia cepat mamposs!!!

hari ni, aku rasa marah sangat....
kenapa,
bila ada seorang manusia lain sedang sakit,

ada di antara kita terus terusan membenci dia,

sehingga ada yang sanggup mendoakan kematiannya

kejam sangatkah manusia zaman ini

namun aku tahu...

sukar untuk kita menghapus api kebencian....

..................................................................................................................

hari ni, tun mahathir diberitakan dimasukkan ke hospital, jangkitan paru-paru, dan kerana ini jugalah aku rasa marah dan terkilan... kenapa... ada segelintir dari kita sanggup mendoakan kematiannya.... beristighfar aku..... aku faham, bukan semua orang suka kat dia.... 

tapi bila aku berfikiran sebagai manusia, aku rasa sedih...bukan sedih apa, terbayang, ketika aku tengah sakit, datanglah seorang pelawat yang tak pernah aku kenal, berdiri kat sebelah aku lalu mendoakan...

"Ya Allah, kau cabutkanlah nyawanya, sesungguhnya dia telah berlaku kejam".....

camne korang rasa... mesti sedih dan terkilan kan.... 

aku pun terfikir jugak...kalau benda yang sama terjadi ke atas orang-orang yang korang sayang.... sakit terlantar dan tiba-tiba ada pelawat yang mendoakan dengan doa yang sama.... apa korang rasa? 

tepuk dada tanya akal dan iman.... apakah kita seorang manusia yang kejam?

3 ulasan:

cik aisha berkata...

seelok2nye jgnlah mendoakan yg tidak baik utk org...doakan yg baik2.sejaht mana pun org tu apa salah doakan mga dia berubah baik.tak rugipun..

tp kes Tun Mahathir kalau pendpt cik aisha banyak sumbangan beliau kepada pembangunan negara.

Den Cdo berkata...

Semoga ayahanda TDM cepat sembuh ..Amin...TDM ini adalah idola Den...Kalau Den tau siapo yg mendokan macamana nite katokan, dan dio tu doket dgn Den...Den pasti akan luku kepalonya....

nitestalker berkata...

cik aisha, sejahat mana pun orang tu, tk wajar kita mendoakan kematian seseorang... rasa sama kejam macam org membunuh...

pakcik den, kalau la den, den pun buek benda sama...den ajak kawan2 den luku berjemaah.... hahahha