Iklan Berbayar

Isnin, 9 Mei 2011

saya mintak "keturunan" tuan!

kisah ni terjadi ketika aku masih menuntut di sebuat ipt di selatan tanah air, ketika itu setiap penuntut diwajibkan untuk menghadiri kursus BTN. aku yang sememang aktif dalam kegiatan rekreasi ambik keputusan untuk join kursus masa cuti semester. disebabkan "jiwa" adventure yang menebal, kitorang cuba mencari lokasi kursus paling jauh.... dan akhirnya, kitorang ambik keputusan untuk memilih kem kaki bukit di perlis. kem ni terletak di hutan rekreasi gua kelam, satu tempat baru yang menarik.... bisik hati kecik aku.... aku rasa kengkawan aku pun merasakan perasaan yg sama.... cantek.....

dalam kursus ni ada satu aktiviti yang sememangnya jadi kegemaran aku... iaitu abseiling. menuruni tebing menggunakan tali.... kepada yang tak biasa, memang aktiviti ni "menggayatkan", sebelum aktiviti ni dijalankan, satu taklimat ringkas dan demo diadakan. safety... tali....cara pakai harness, bla...bla..bla....

"baiklah...semua dah faham...kita mulakan, saya nak peserta lelaki mulakan dulu" arah jurulatih...

"mari kita tengok, kental tak jiwa lelaki ni, ke menggeletar macam pondan" sambung jurulatih tu menyindir. depan peserta pompuan pulak tu.....

bergerak dalam barisan kitorang mula mendaki bukit untuk ketempat abseiling. satu tebing bukit setinggi bangunan 3 tingkat.....

"ingat, sebelum turun, mintak izin, TUAN, SAYA BLA BLA bin/binti BLA BLA mintak keizinan untuk turun, TUAN!" pesan sorang jurulatih yang mengawasi peserta di tempat permulaan....

disebabkan ramai antara peserta lelaki adalah ahli kelab rekreasi, maka mudahlah diorang menjalankan aktiviti ni.... lepas sorang, sorang.... macam-macam gaya, ada yang 4 kali lompat dah sampai tanah, ada yang buat aksi spider (upside-down) dan macam-macam lagi lah.... saja, nak bakar semangat yang lain-lain....

ketika inilah ketegasan jurulatih agak kendur, terhibur dengan gelagat sesetengah peserta yang penuh skill dan tak kurang yang terketar-ketar kegayatan..... entahlah...kitorang yang dah lepas ni sentiasa memberi rangsangan dan sokongan padu untuk menaikan semangat diorang.

tiba-tiba dipertengahan aktiviti, terdengar satu suara yang lantang tapi agak bergetar meminta izin yang menyebabkan dahi berkerut dan mulut terlopong.....

"tuan, saya bla-bla binti bla-bla minta "KETURUNAN", tuan!!" dengan penuh yakin ......

HAaaahhhhH?!!!

tak lama lepas tu berderai gelak ketawa....baik jurulatih baik peserta.... yang menyebutnya pun terpinga-pinga sebelum tergelak sama....

adoyaiiii......

"kalau nak keturunan, saya yang patut mintak izin!" laung jurulatih yang kat bawah tadi sambil sambung gelak

"maaf tuan...tersasul!" balas peserta pompuan tadi.... ada nada gelak yang tak dapat disembunyikan....

"dah...turun, adoii...ko buat aku tergelak besar pepagi ni" balas jurulatih tu....

kitorang yang kat bawah ni dok tergelak-gelak.... peserta pompuan tadi dapat buat dengan konfiden.... hilang terus gayat...tak taulah, nak kata malu, muka dia ceria semacam... yang nyata, pagi tu, memang jadi sesi "ice breaking" paling berkesan...

aktiviti selepas tu memang kitorang bergerak sebagai satu pasukan. macam dah biasa dan kenal lama. apa pun, itulah perkara yang menjadi memori paling manis yang kuat terpahat dalam memori ingatan aku.....

3 ulasan:

DEN COMANDO berkata...

Minta keturunan..? itu kiro kes bahayo tu...nasib baik jugo dio tak kato..minta kebenaran nak menurun....abih semuo lari lintang pukang agaknya...

Hana Zuan berkata...

haha. klakar la. nmpk sgt nak cpat tu.

Unknown berkata...

pakcik den cdo: kalau mintak menurun alamat bebudak terus mintak nombor... dah la masing-masing terejal....

raihana : kalau ada kat tempat tu mesti tau camnelah bebudak tu gelak... berbulan "cerita panas" tu nak sejuk