Iklan Berbayar

Rabu, 11 Mei 2011

kampung sijangkang? ape ke "tuuuut" nama kampung tu....

salam....

mesti sesapa yang pernah datang atau tinggal kat kampung ni marah kat aku.... ada aku kena baling dengan batu-bata kalau dia jumpa aku kat kampung... sabar... sabar.... jangan melatah sangat, relax la beb, baru nak buat tajuk sensasi korang dah marah sampai nak rejam batu-bata....

kelab basikal klasik klik umej utk baca aktiviti diorang
 alamak, basikal klasik la, tak sangka, minat ni mula bercambah kembali dengan suburnya. hahahha ape, ingat kereta klasik dengan motorsikal klasik je ada peminat ke... tengok, basikal klasik pon ada peminat la.... tapi aku, tetap dengan mountain bike (mode poyo, boleh tak?) anyway korang klik je kat gambar tu untuk korang baca blog diorang... ataupun korang klik kat sini --> http://anjungsepedaantiksijangkang.blogspot.com

korang akan disambut dengan pintu gerbang ni

yahhh aku selongkar lagi dan lagi.... tu dia, jumpa lagi... ada orang buat review pasal pintu-pintu gerbang yang menarik, tersenarai lagi, walaupun pada aku agak simple, tapi berjaya menarik perhatian orang tu dah kira bagus! Lokasi, jalan batu 8..... nak baca lagi --> http://www.malaysiaria.com.my/forum/topics/pintu-gerbang-yang-unik

pasar basah kampung sijangkang

pasar basah yang di pusatkan, ala-ala pasar borong gitu... ala-ala aje lah. satu kemudahan baru untuk penduduk kampung membeli barangan dapur. dulu pasar basah adalah terdiri dari "gerai pacak" kat pekan batu 1. tapi sekarang, disebabkan trafik dah meningkat dan usaha untuk memperkemaskan "impresi" orang ramai, maka kemudahan ini dibuka....






hihi...tiba-tiba aku terasa korang mesti maki aku. mesti korang cakap, aku ni terlebih poyo... lantak korang lah.... jangan jeles kalau kampung korang takde industri buat kapal.... syukur kat kampung aku ni adanya sungai yang agak lebar (secara teknikal aku tak tau tapi kalau dalam peta seberang tu pulau, ke korang panggil menda tu selat?) kompeni anak tempatan dengan nama NGV Tech mengeluarkan kapal-kapal yang ditempah oleh syarikat perkapalan dalam dan luar negara... bukan kapal kayu ye.... baca berita di sini

dan baru-baru ni, pusat logistik proton pun baru dirasmikan, ermhhh tak sangka, kalau dulu kampung ni hanya rancak dengan industri pertanian. kalau ada pun, kawasan industri di kawasan perdagangan bebas yang taklah sebesar mana, tapi sekarang perlahan-lahan kegiatan ekonomi semakin rancak.... sampaikan, "your pocket will be blasted if u wanna buy a piece of land" kat area ni....

last but not least, redakan kepanasan korang akibat ke"poyo"an aku.... enjoy gambar "sungai" yang aman damai ni.... aku rembat gak dari pakcik google....

mendamaikan kan.... ak rindu nak ke sungai ni, boleh mancing tapi hasilnya.... hehe


aku sendiri sebenarnya anak jati (ingat, anak jati, bukan anak jeti!) kampung ni. membesar dari kecik sampai habis sekolah sebelum aku "merantau" mencari pengalaman hidup. kampung yang aman. hari ni aku bukan nak cerita pasal kampung aku dengan detail, cuma gatal-gatal tangan terai google nama kampung aku ni, alamakkk boleh kembang tak kuncup hidung serombong aku... hahhahha... ni lah hasilnya. saja nak memperkenalkan kampung aku....  harap korang enjoylah ye.....

2 ulasan:

Ismail aka Pak Mail berkata...

Lain hulu lain parang
Lain dulu lain sekarang

Kampung dulu sunyi dan lengang
Kampung sekarang pesat mengembang

Iaryylr berkata...

atuk nenek iaryylr kat sijangkang, tapi mereka dah Arwah. Rumah pun dah roboh. Kat si jangkang masih banyak barang lama kan? kan? kan?