saya tertarik dengan topik ni, persoalan yang ditimbulkan di blog u - wartawan mengenai habit penggunaan elektrik masakini. adakah penjimatan elektrik satu yang mustahil? adakah gaya hidup kita masakini menyebabkan kita susah untuk mengawal penggunaan elektrik? saya rasa jawapan ini ada dalam diri kita sendiri.
jika kita ingin berbicara tentang cara-cara penjimatan elektrik, terlalu banyak perbincangan mengenainya di laman-laman sesawang. dengan hanya memasukkan kata kunci di enjin pencarian, terhidanglah dihadapan kita dengan berbagai cara dan kaedah penjimatan, persoalannya, mahukah kita membaca dan mahukah kita mempraktikkanya?
satu cara mudah yang mungkin boleh membantu anda untuk mengurangkan bil elektrik adalah dengan tidak meninggalkan palam sentiasa terpasang di soketnya sepanjang masa, harus diingat, sekalipun suis soket dimatikan, masih ada keboroan arus elektrik yang melaluinya, oleh itu, semakin lama dan semakin banyak palam yang terpasang, semakin tinggilah penggunaan elektrik di rumah kita.
ini dapat dibuktikan dengan bil-bil elektrik yang saya terima setiap bulan. jika sebelum ini saya perlu membayar sekitar RM30 ke RM40 sebulan (penggunaan untuk 2 orang bujang) kini bil yang tercatat membolehkan saya "mendapat subsidi kerajaan" iaitu bil yang tidak mencecah RM20! jimat bukan?
rujuk entry bil elektrik percuma
rujuk entry ke 2
rujuk entry ke 3
mungkin ramai yang tak mempercayainya, tapi jika kita meluangkan sedikit masa dan cuba mempraktikkan tips-tips penjimatan elektrik yang banyak di ruang siber, tak mustahil kita dapat menjimatkan 30 ke 40 peratus bil elektrik, mungkin lebih dari itu.....
apa yang penting, kemahuan dan disiplin kita untuk melakukannya....
atau kita sekadar mahu mengeluh tanpa ada satu tindakan yang benar-benar berkesan?
tanyalah pada diri kita sendiri....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan