dengan kegagalan perlaksanaan konvensyen alam sekitar di kyoto, aku mula terdetik.... kenapa tidak aku jadi salah seorang penyumbang untuk "ibu alam sekitar" kita ni. walaupun hanya sebesar hama, aku tahu si "ibu" akan berterima kasih kerana ia semakin sakit dan ada yang sudi menjaganya.... lepas aku belek-belek bil sebelum aku simpan untuk menjadi rekod dalam fail "utiliti", aku tertanya-tanya, berapa jumlah jejak karbon yang aku kurangkan, bukan untuk berbangga, sekadar ingin tahu....
hasil dari google, setiap kilowatt/jam tenaga yang di jimatkan, maka kita akan mengurangkan lebih kurang 1.3 lbs(pound) karbon dioksida CO2 (lebih kurang 543g), sikit je kan.... ape la sangat 543g tu....
tu baru 1KW/j, cuba bayangkan, jika kita jimatkan 1KW/j sehari, kita dah mengurangkan 16.3kg CO2 sebulan di udara.... bagaimana jika kita teruskan hingga setahun? 195.7kg CO2.... satu jumlah yang banyak....
diandaikan aku mampu hidup sehingga umur 72 tahun, secara tak langsung aku dapat mengurangkan 7828kg CO2!
hampir 8 tan karbon dalam masa 40 tahun akan datang...
dan jika aku kumpul penjimatan dari segi monetery.... RM3168.00
tu baru seorang, dengan rakyat malaysia yang berjumlah 24 juta, korang kira lah sendiri berapa banyak karbon yang korang boleh dikurangkan....
gambar hiasan |
camna nak jimatkan 1KW tu, korang boleh la google, terlalu banyak tips-tips yang diorang bagi sampaikan korang sendiri pun pening dan malas nak amalkan kan...hahahhhah
tips aku, mungkin korang dah muak dan malas nak ikut...pasal korang dah terlalu "selalu" dengar tips-tips ni.... tapi tips paling mudah dan paling senang....
"CABUT PLAG DARI SOKET KUASA JIKA TIDAK MENGGUNAKAN ALATAN ELEKTRIK TERSEBUT"
tips paling senang...senang kan.... |
tu lah tips paling senang untuk korang....senang kan....lepas korang dah boleh buat tips ni...baru lah korang buat tips-tips yang lain jadikan amalam....tapi kalau tips ni pun korang takleh ikut... jangan la mengharap bil korang berkurangan... sedia je lah bajet nak bayar bil tu.... ehehhehe
lagi-lagi rumah yang dok berselirat dengan pengecas gajet-gajet terkini dan moden....
1 ulasan:
Good tips
Catat Ulasan