Tak tau camne nak mulakan entri kali ni...semak, serabut, point pon berterabur...bkan apa, takut-takut peti surat dan peti e mail aku penuh dengan pelbagai caci maki dan surat layang yang tak tau dari mana datangnya.... dan paling aku risau, ada despatch hantar surat "serahan tangan" yang mungkin akan menjadikan aku tajuk utama akbar dan berita TV, aduhh....wala pun perit, walaupun berat....terpaksa jua aku luahkan.....
TERIMA KASIH, THANK YOU, syukran.... perkataan yang mungkin perkataan pertama yang diajar oleh ibu bapa kita bila kita bersosial... terutama bila kita menerima pemberian dari seseorang, semakin meningkat dewasa, kita semakin faham apa itu "terima kasih".... tapi, jangan terkejut, jika secara tidak sedar, sebenarnya kita semakin menafikan "jiwa" terima kasih tu....
ada diantara kita, biarlah sebesar mana pemberian, sebaik mana sumbangan, tetapi jika sumbangan dan pemberian tu tidak memuaskan hatinya, hilang terus 'jiwa' terima kasih tu.... kes-kes sebegini banyak dapat kita lihat dipersekitaran kita, rajinkan diri membaca, memerhati dan meng"google", pasti kita akan berjumpa dengan golongan-golongan ni.... siapakah mereka, jangan ditanya siapa yang tersenarai di hati aku.... kerana ianya akan disangkal dengan pemikiran yang dangkal....
persoalannya, adakah 'jiwa' terima kasih semakin terhakis dan menghapus? apakah ini trend masakini? atau ianya pengaruh "orang-orang besar"? tepuk dada tanya akal.... jangan ditanya selera, nanti hilang akal....hhahaha...
apa yang pasti, bersyukur kepada Tuhan dan berterima kasih sesama manusia dengan keikhlasan adalah salah satu ketenangan yang boleh dirasai oleh setiap orang....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan