Iklan Berbayar

Isnin, 13 Disember 2010

si miskin berpencen lebih RM10k!

mesti ramai yang cakap, pencen apa sampai RM10k? mustahil, menipu kuat penulis ni, mana ada pencen sampai 10k,

aku penah tulis topik ni dulu...sekadar mengimbas kembali selepas aku teringat seorang "otai' kat kampung yang aku jumpa masa rewang kenduri kahwin abang aku, sampai waktu dia bersara, dia betul-betul bersara....dan jangan terkejut, walaupun jawatan otai tu bukanlah bertaraf eksekutif, dia mampu bersara dengan "pendapatan" seorang eksekutif setiap bulan!

sanggupkah kita miskin sampai tua?
aku cuba korek rahsianya, tak sangka, apa yang dia ceritakan hampir sama dengan apa yang pernah aku tulis... start small, but harvest big.... bermula dengan sedikit, lama-lama akan merasa hasilnya. hanya dia saja yang tahu jumlahnya, yang nyata, dia hanya tersenyum dan hanya berkata "ko dah nampak dan ko dah tahu" sambil dia mengembangkan kelima-lima jarinya, hanya itu saja yang dia bagitau bila aku cuba tanya secara kasar "hasil tuaiannya" sekarang....

tapi, aku rasa ramai yang baca sekadar membaca, dan aku rasa masih ramai yang tak percaya "kuasa perancangan kewangan". dan apa yang paling pasti, sebut je perancangan kewangan, hampir 100 peratus akan sebut 'tak berminat', dan topik perancangan kewangan adalah topik yang akan berada di senarai terakhir diantara yang terakhir. betul tak?.....

macam apa yang aku pernah bagitau, aku pernah berada dalam situasi di mana aku rasakan perbelanjaan kehendak lebih diutamakan dari perbelanjaan keperluan. pantang ada duit, penyaluran duit akan pergi ke arah yang akhirnya aku tak nampak apa hasilnya, semua sia-sia. jiwa muda la katakan. enjoy all the way... simpanan, haram sesen pon takda... kalau ada simpan pun, pantang mencecah 4 angka, pasti ada saja perancangan untuk menghabiskannya.....pastu bila ada kengkawan atau orang dari bank telefon pasal pelaburan dan perancangan kewangan, mentah-mentah aku tolak dengan ayat permati paling mujarab...

"SAYA TAK BERMINAT, LAIN KALI SAJALAH"

mesti korang pon camtu gak kan.....takde? korang nie....memang macam aku dulu-dulu....hahahhah

-----------itu dulu, dan aku taknak ianya berterusan hingga kini dan selamanya----------

alangkah bahagianya jika kita senang akhirnya
cerita otai tu memang menambahkan keyakinan aku. jadi, langkah yang aku ambil sebenarnya adalah langkah yang tepat untuk membawa aku ke arah sesuatu yang mustahil walaupun ianya tidaklah mustahil.... walaupun korang seorang pekerja yang di tahap "jawatan sokongan" korang masih berpeluang untuk menikmati "gaji seorang eksekutif" dengan perancangan yang betul dan tidak membuta tuli. kalau korang rajin, korang boleh la selongkar penulisan aku sebelum ni, dibawah tajuk "100 jadi sejuta", dan korang akan nampak bayangan kebenaran walaupun korang hanya bergaji tak sampai RM1500, sampai satu tahap, korang boleh berhenti kerja dan menikmati "gaji eksekutif" 5 angka.... apa yang penting, "KESABARAN" dalam mencapai cita-cita korang tu.......ketika tu mungkin korang akan sedar yang selama ini kenapa "si kaya bertambah kaya"

harus diingat, jauhi "SKIM CEPAT KAYA!"

kalau nak diikutkan, banyak lagi yang aku nak kongsi sebenarnya.... tapi aku takut entri kali ni boleh menyebabkan kemengantukan serius kepada korang yang membaca....... apepun, aku akan keep on sharing apa yang patut....dan aku cukup-cukup seronok kalau ada yang berminat nak tau macam mana nak dapat "gaji eksekutif" atau "pencen dengan gaji eksekutif" tu....lagi-lagi korang yang masih muda belia dan tercari-cari dan tertanya-tanya macamna nak menambahkan "kegemukkan" poket korang tu....

jadi, macamana? korang berminat tak nak tau?

alahai....rasa-rasa macam tau je jawapannya....macam jawapan kat atas tu je....HAHAHAHAHHA

harap-harap tak lah kan.....harapnya, korang jadi bijak dalam menentukan masa depan korang....

dan kalau korang bijak, korang boleh la tinggalkan email korang kat ruang komen..... nanti boleh lanjutkan perbincangan secara terperinci dan pastu baru korang buat keputusan.....

pssst...psstt....makin lama barang makin naik harga....kalau duk harap apa yang ada sekarang....boleh migrain dibuatnya....

2 ulasan:

ya_iera berkata...

ayat cam menarik jeh..share la bebanyak ngan aq..kikiii...

Unknown berkata...

boleh...boleh...tak jadi masalah...