aku penah tulis topik ni dulu...sekadar mengimbas kembali selepas aku teringat seorang "otai' kat kampung yang aku jumpa masa rewang kenduri kahwin abang aku, sampai waktu dia bersara, dia betul-betul bersara....dan jangan terkejut, walaupun jawatan otai tu bukanlah bertaraf eksekutif, dia mampu bersara dengan "pendapatan" seorang eksekutif setiap bulan!
sanggupkah kita miskin sampai tua? |
tapi, aku rasa ramai yang baca sekadar membaca, dan aku rasa masih ramai yang tak percaya "kuasa perancangan kewangan". dan apa yang paling pasti, sebut je perancangan kewangan, hampir 100 peratus akan sebut 'tak berminat', dan topik perancangan kewangan adalah topik yang akan berada di senarai terakhir diantara yang terakhir. betul tak?.....
macam apa yang aku pernah bagitau, aku pernah berada dalam situasi di mana aku rasakan perbelanjaan kehendak lebih diutamakan dari perbelanjaan keperluan. pantang ada duit, penyaluran duit akan pergi ke arah yang akhirnya aku tak nampak apa hasilnya, semua sia-sia. jiwa muda la katakan. enjoy all the way... simpanan, haram sesen pon takda... kalau ada simpan pun, pantang mencecah 4 angka, pasti ada saja perancangan untuk menghabiskannya.....pastu bila ada kengkawan atau orang dari bank telefon pasal pelaburan dan perancangan kewangan, mentah-mentah aku tolak dengan ayat permati paling mujarab...
"SAYA TAK BERMINAT, LAIN KALI SAJALAH"
mesti korang pon camtu gak kan.....takde? korang nie....memang macam aku dulu-dulu....hahahhah
-----------itu dulu, dan aku taknak ianya berterusan hingga kini dan selamanya----------
alangkah bahagianya jika kita senang akhirnya |
harus diingat, jauhi "SKIM CEPAT KAYA!"
kalau nak diikutkan, banyak lagi yang aku nak kongsi sebenarnya.... tapi aku takut entri kali ni boleh menyebabkan kemengantukan serius kepada korang yang membaca....... apepun, aku akan keep on sharing apa yang patut....dan aku cukup-cukup seronok kalau ada yang berminat nak tau macam mana nak dapat "gaji eksekutif" atau "pencen dengan gaji eksekutif" tu....lagi-lagi korang yang masih muda belia dan tercari-cari dan tertanya-tanya macamna nak menambahkan "kegemukkan" poket korang tu....
jadi, macamana? korang berminat tak nak tau?
alahai....rasa-rasa macam tau je jawapannya....macam jawapan kat atas tu je....HAHAHAHAHHA
harap-harap tak lah kan.....harapnya, korang jadi bijak dalam menentukan masa depan korang....
dan kalau korang bijak, korang boleh la tinggalkan email korang kat ruang komen..... nanti boleh lanjutkan perbincangan secara terperinci dan pastu baru korang buat keputusan.....
pssst...psstt....makin lama barang makin naik harga....kalau duk harap apa yang ada sekarang....boleh migrain dibuatnya....
2 ulasan:
ayat cam menarik jeh..share la bebanyak ngan aq..kikiii...
boleh...boleh...tak jadi masalah...
Catat Ulasan