terasa?, tepuk dada tanya akal.....
pernah tak korang....terdengar ungkapan-ungkapan macam ni....
"si polan tu mulut je manis, tapi hati dia, busuk macam bangkai"
atau........
"korang jangan ambik hati, sipolan tu mulut je jahat, tapi hati dia baik"
mesti biasa dengar kan....aku pun dah biasa gak dengar.....
tapi,...ada tapinya....pada aku....dua-dua ni aku tak suka....pasalnya, dua golongan nie jenis tak pandai jaga hati orang...dua-dua ni tetap akan menyebabkan "kesakitan" hati kepada mereka yang terlibat secara langsung.....
aku tau ramai tak setuju....mana taknya.... diorang tu belum tentu jahat....dan yang pasti simulut manis dan berhati busuk tu akan duduk di "ranking" tertinggi dalam "darjah kejahatan" kan....semestinyalah.... aku tak nafikan, hampir 100 peratus akan katakan si mulut manis berhati busuk adalah orang yang jahat....betul tak? tak perlu perdebatan....
aku pasti dengan mudahnya dapat undi majoriti....hahahha


korang agak dan rasa, apa keputusannya?....
rasa sakit hati kepada mereka yang terlibat.....betul tak??
mari kita renungkan....dan kenapa aku tetap tak suka golongan mulut jahat hati baik ni. pada aku, golongan ni masih boleh dianggap jahat kerana tindak tanduk diorang ni masih boleh menyebabkan sakitnya hati orang lain. dan ingatlah, bila seseorang tu dah sakit hati, dikhuatiri tindakan yang jauh lebih buruk akan berlaku. aku masih ingat pepatah.....
"KERANA PULUT SANTAN BINASA, KERANA MULUT BADAN BINASA"

tak ke naik ranking "kejahatannya".....tak caya, cuba google.... "akibat mulut jahat" dan senaraikan akibatnya.....
tak tersenarai kan...BANYAAAKKKKKK sangat.....
pada pendapat aku....cukup-cukuplah, tak perlu dijaja lagi istilah mulut jahat hati baik tu lagi....anggaplah jika kita nak jadi baik, pastikan hati dan pertuturan kita baik. latihlah ia, jagailah ia....jangan sampai kita menyakitkan hati orang lain..... janganlah kita menjadi terlalu individualistik dengan menyatakan kata-kata yang kita hamburkan tu disebabkan kita ada hati dan perasaan. tak terfikir ke, orang yang korang hamburkan ayat tu juga ada hati dan perasaan?
jaga hati, jaga pertuturan, InsyaAllah, semakin kurang kita menyakitkan hati orang lain, semakin sedikit kita melukakan perasaan orang lain, semakin kita akan disayangi....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan