Iklan Berbayar

Selasa, 12 April 2011

lawak menu ikan patin, apa... RM13 000??

semalam aku dengar member aku cerita, dia dengar kat radio, pasal orang makan ikan patin kat temerloh.... kecur air liur aku, lagi-lagi ikan patin masak tempoyak.... dah la mahal.... kalau nak makan hari-hari memang tak mampu....

ironinya, aku kurang selera sikit makan ikan air tawar ni, tapi kalau terubuk masin goreng garing atau masak lemak, patin tempoyak atau baung tempoyak tu aku selera lah....

tapi tu berita semalam dan hari ni meriah di dada akhbar, "makan 50 orang, harga RM13 000"...  APA? RM 13 000? perkhhhh boleh buat kenduri kawen. order katering nasik beriani untuk 800 orang tu weh.... terus tertelan air lur aku yang nak meleleh......

timbul macam-macam pendapat.... "peniaga tu tipu" kata sorang yang aku tak kenali...

"orang islam ke tak tu, menipu pun agak-agak la" aku dengar rungutan lagi..... dan bersambung-sambung lah rungutan tu....

"kes terpencil" pendapat dari beberapa forum, blog dan kenyatan akhbar....

---------------------------------------------------------------------------------------------------

dulu, korang ingat tak kes kari kepala ikan harga RM50? sampai kecoh 1 Malaysia dibuatnya, punyalah hangin makcik yang beli kepala ikan, punya la ribut pembaca dan pengomen serta pengkritik bebas kedai kopi... habis pendapat dan makian dihambur dan diumpat..... amat kurang yang bersetuju dengan harga tu...

biasalah, suara tipikal pelanggan di malaysia.... ops....jangan saman arrr, tapi korang marah ke?

dekat seminggu jugak la isu tu berlegar-legar kat ruang cyber dan jadi topik kedai kopi dan juga kedai mamak.... tapi korang tau tak.... dalam pada orang umpat tu...perniagaan makcik tu tak kurang pun.... dah macam satu promosi percuma pulak.... pelanggannya meningkat berganda! iskkk promosi kontroversi sungguh....

nak tau kenapa, sebabnya, rakyat malaysia ni sifat ingin tahu dia tinggi (kepoci....hahha jangan marah!), jadi, bila sesuatu kedai tu dah jadi kontroversi, dan ramai yang tak puas hati, mesti ada yang terdetik di hati "hebat sangat ke, sedap sangat ke kari kepala ikan tu, sampai RM50?" maka beramai-ramailah serbu kedai makcik tu..... silap-silap bersilat makcik tu nak penuhi order "kari kepala ikan".....

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

kali ni, makan 50 orang harga RM13 000, percaya tak percaya, mesti ramai yang serbu kedai dia.... ye lah, nak merasa barang seketul dua ikan patin buah tu.... setakat habis RM25 sekali makan ape lah sangat.... janji dapat merasa, kan...kan....

penggemar ikan patin, takkan tak timbul tanda tanya dan ingin merasa?.... paling tidak mesti terdetik, "hebat sangat ke masakan kedai tu sampai harga RM13 000?"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

sampai saat ni aku tertanya-tanya, apa tujuan peniaga tu caj sampai harga setaraf "hotel 6 bintang", adakah itu harga sebenarnya apa yang dimakan oleh pelanggan tu? (sebab menu lain tak disertakan sekali), atau niat dihati nak "potong" pelanggan yang pertama kali datang?, atau sengaja nak buat kontroversi?

walau apa pun tujuan, ingatan untuk peniaga, terutama peniaga gerai makanan dan nasi campur, letak la tanda harga, pasal aku tengok kedai makan (terutama mamak dengan melayu) tanda harga ada dalam kepala hotak dengan mulut. lagi satu janganlah kontroversi sangat, takut-takut ada pelanggan meninggal kena heart attack, kan korang jugak yang susah. dah tercalar imej dan kredibiliti. takut pulak orang nak datang.


iskkk komen lebih-lebih kang kena lak saman... macam ada satu kes tu.... buat naya je.....

1 ulasan:

wAt| berkata...

aku rasa la... patut memana website yg offer kupon diskaun tu carik kedai ni. pastu offer la kat pengguna. baru la semuanya win-win situation. :P btw, org malaysia kan mmg suka diskaun & percuma ni! hahahahaha