melompat kerja.... hmmm ramai yang akan kata gila, ramai yang kata, "ape ke takde keje lain ke dok melompat kerja, orang lain dok susah-susah cari kerja sampai menganggur berbulan-bulan, ko senang-senang je main lompat-lompat kerja" kata seseorang yang tak mau namanya disiarkan....
aku tau, bukan senang nak cari kerja sekarang ni, dan kalau ada kerja tu, bawak-bawak la bersyukur.... betul jugak ape kawan aku cakapkan tu... dan bukan sikit yang dok masih mengeluh tak dapat kerja....
bukan tabiat aku nak tukar-tukar kerja ni.... kalau ditengokkan track record aku, paling sekejap aku akan kerja kat satu-satu tempat tu, setahun lebih.... berapa lebih, tidak akan kurang 6 bulan. dan paling lama.... masih dalam rekod yang tak pecah-pecah lagi, 7 tahun.... tu pun aku boleh berhenti.
punca?
apabila sumbangan kurang dihargai dan kerja yang dilakukan seharusnya pada tahap paling tinggi di sesebuah outlet...
is it my fault?
mesti ramai tertanya-tanya, kenapa aku mengarut hari ni... jawapannya, saja... aku cuba membayangkan diri aku berada "di dalam kasut" seseorang yang suka bertukar kerja ni... seakan mahu mencuba, tapi beranikah aku? dengan banyaknya bil-bil yang nak dilunaskan, wah.... kalau belum ada kekuatan baik jauhkan kan... lagipun usia dah tinggi.... kelulusan pulak tak setinggi mana....
oklah, berbalik pada lompat melompat kerja ni, terutama yang biasa bertukar-tukar kompeni, korang rasalah, berapa lama korang boleh bertahan dalam satu-satu kompeni sebelum korang decide nak tukar kerja? setahun? 2 tahun?
nak jugak tau pendapat korang ni....
anyway...jangan tanya kenapa aku tanya.... aku tanya korang dulu ni....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan