sapa cakap pelaburan tak penting demi untuk menyiapkan diri kita menghadapi masa-masa sukar... mungkin masih ramai yng tak menyedarinya.... atau ramai yang dah sedar tapi buat-buat tak sedar? hehehhe erti kata mudahnya.... tak mau tahu dan malas nak ambik tahu....
Pinjaman mudah rakyat miskin labur unit amanah
IPOH: Kerajaan akan memperkenalkan skim baru yang membolehkan semua rakyat berpendapatan rendah membuat pinjaman mudah bagi melabur dalam dana Amanah Saham 1Malaysia sebagai antara satu langkah menabung untuk jaminan masa depan.
Skim itu yang akan dilancarkan dalam tempoh terdekat tidak akan membebankan rakyat kerana pinjaman diberikan untuk membuat pelaburan rendah dengan pembayaran balik menerusi dividen yang diisytiharkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) setiap tahun.
hmmmm dari pinjaman ASB, sampailah sekarang pinjaman untuk rakyat miskin, dan dipermudahkan lagi tu....
bayaran balik melalui dividen? wow! dah tentulah pelaburan tersebut adalah percuma! dapat pinjaman, kasi duduk dalam tu diam-diam, tiap tahun dividen keluar,terus tolak hutang... dah takyah risau nak bayar bulan-bulan... sampai masa.... ambiklah pelaburan pokok tu....lagi bijak, ada duit lebih tambahlah sikit-sikit... peluang terbaik untuk warga miskin ni.... cepat-cepat mohon sebaik saja dilancarkan....
tapi yang tak miskin tu jangan ambik kesempatan ha....
untuk yang mampu, peluang terbentang lebih luas lagi, macam-macam tabung amanah lagi boleh disertai... dan pulangannya, InsyaAllah lebih tinggi..... dan pelaburan adalah satu cara tabungan yang bijak!
saja nak pinjam tagline sapa tah...aku dah lupa... "saya sudah melabur, anda bagaimana?"
amaran: jangan pulak carik pelaburan yang menjanjikan pulangan yang dirasakan terlalu enak didengar.... pastikan orang yang rekemen tu ada lesen ye....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan