Iklan Berbayar

Selasa, 5 Julai 2011

kebebasan bersuara, bebas sebebasnya atau bebas ada hadnya?

seminggu dua ni.... macam-macam cerita, suka duka, tangis ketawa, huru hara.... ahai... macam-macam.... belum cerita politiknya.....

entri kali ni agak serius.... 

sebelum aku merapu panjang.... aku nak korang baca petikan perihal kebebasan bersuara kat malaysia ni.... dipetik/dikait dari seorang rakan blogger dan juga seorang pegawai undang-undang di dalam angkatan tentera.... pakcik  den cdo.... baca blog dia pasal artikel 10 ni kat sini

copy-paste, dituai dari entry tuh....
 
(1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);


  • (a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

  • (b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;

  • (c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.
aku percaya, pemahaman ramai orang setakat sini aje kan... ya...maka dengan ini kita bebas... sebebas-bebasnya meluahkan pandangan waima memaki hamun dan mencarut-carut atas nama kebebasan....

case to study, jiran sebelah meninggal,ada majlis bacaan yassin dan tahlil,  korang boleh la tegur diorang pasal baca yassin kuat sangat.... atau jiran sebelah korang buat upacara keagamaan pun korang boleh "sound" pasal diorang mengganggu ketenteraman korang...

biadap? aih...bukan ke tu "kebebasan" bercakap dan mengeluarkan buah fikiran?

korang nak marah aku.....sabar... tu lah...baca sekerat-sekerat...  cuba baca sampai habis.... kalau makan tau pulak makan sampai kenyang.... korang baca yg kat bawah ni pulak



(2) Parlimen boleh dengan undang - undang menggunakan:

  • (a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuanatau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

  • (b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam

  • (c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasa (2) (a) , Parlimen boleh meluluskan undang-undang  melarang perbuatan mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindungkan oleh peruntukan Bahagian 3, perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.


kesimpulannya senang aje.... kita bebas bersuara, tapi kebebasan yang tertakluk kepada garis panduan.... cuba bayangkan, kehidupan seorang manusia yang hanya ada "kebebasan" tanpa ada garis panduan kehidupan? apa akan jadi?

"MEREKA AKAN JADI SALING TAK TUMPAH MACAM HAIWAN" 

segalanya bebas hinggakan kebebasan fikiran mereka akan menyebabkan akal digunakan untuk memuaskan nafsu.....

p/s: ni pandangan aku, korang setuju ke tak setuju, lantak korang... hape, korang ingat korang je bebas bersuara? hah?hah?hah?....

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

setuju...

bila nak bebas ..pi mancing ..bro..

Unknown berkata...

hahaha...pi mancing...ok je bro... lama joran "bercuti"...

kat port klang kan? ada masa ngeteh sama... masa aku balik sijangkang... hehhe