Iklan Berbayar

Khamis, 14 Julai 2011

aku dia dan cinta, episod 4, bayangan majlis kawen aku

salam.... sila muntah jika korang 'geli-geleman' baca entri aku yang lately asyik berangan....ekekkeke

banyangan..bayangan la sangat, aku cuma nak cerita, macamana majlis kawen yang dah jadi S.O.P kat kampung aku... tu aje....

kepada yang pernah datang majlis-majlis kawen kengkawan yang berketurunan jawa di negeri selangor terutama di kampung aku, sijangkang, mesti tau, kenapa kadang-kadang ada "kepelikan" kat majlis kawen tu.... oklah ni diantara kepelikan yang korang akan sangka, dan ada yang pernah berkata.... "ni kenduri kawin ke kenduri sekampung" hehehhe....

1. jemputan

jemputan kawin biasanya hanya menjemput individu atau sekadar suami dan isteri, tetapi jemputan stendet kat kampung aku "seisi keluarga" tak kira suami, isteri anak-anak atau ibu bapa yang dijemput, bawaklah seramai mana yang korang mampu.... "the more the merrier" kan...

2. kenduri

bab kenduri, ni lah yang aku nak cerita detail sikit, kebiasaanya kita sekadar dengar dijemput di waktu-waktu tertentu, contohnya 12 tgh - 5 ptg, jamuan makan, 2 petang, majlis bersanding. maka waktu yang korang ada sekadar 12 tgh hari hingga 5 petang je kan... (maaf kalau aku tersilap)

tetapi, SOP kat kampung aku... (sop la kononnya, padahal dah jadi kebiasaan) kalau lah hari ahad tu majlis bersanding, tuan rumah dah mula sibuk sejak dari hari jumaat lagi, saudara-mara mula datang "sinoman" - perkataan lain untuk yang membantu majlis dalam bahasa jawa selain 'rewang'. hari jumaat ni biasanya mereka akan membuat persediaan untuk "sarapan" keesokkan harinya dan juga juadah makan malam untuk mereka-mereka yang dah datang pada hari jumaat. biasanya akan dibuat lebih just in case dah ada tetamu yang datang pada malam tersebut.

juadah yang disediakan biasanya... nasi lemak, nasi himpit, kuih muih tradisional, soto dan macam-macam lagilah..... (ikut perancangan menu dan bajet juga selera tekak)

hari sabtunya, biasa waktu pagi seawal lepas subuh, persiapan untuk makan tengah hari pula dijalankan, dan bermula pagi ni lah para jemputan mula datang... mungkin seawal jam 9 pagi... ketika ini mereka-mereka yang telah di bahagi-bahagikan tugas terutama penanggah memulakan  tugas... menyambut tetamu dan membersihkan pinggan mangkuk tetamu.... yang di dapur akan terus sibuk menguruskan masakan untuk makan tengahari dan malam untuk hari tersebut.... juga persiapan bahan mentah untuk hari esoknya.... ketika inilah, saudara mara yang jauh dan dekat akan datang... masa untuk berkenal-kenalan... kalau keluarga besar (macam keluarga aku, yang kebanyakannya masih dikenali dari adik beradik atuk aku) sememangnya tak menang tangan nak sambut tetamu yang hadir.... (ikut pengalaman kenduri abang aku, memang tak menang tangan sedari pagi sampailah ke malam hari.... tetamu memang tak putus-putus... silap-silap boleh cecah ke dinihari)

hari ahad, tentunya hari yang paling sibuk,sekali lagi, seawal selepas subuh persiapan dimulakan untuk menu makan tengahari (menu sarapan biasanya disiapkan di sebelah malam sebelumnya) bagi tetamu pula, masa untuk hadir ke majlis semakin suntuk,masa untuk datang beramai-ramai.... si pengantin pulak dah mula terkial-kial nak "mempersiapkan" diri untuk majlis berarak dan bersanding... aktiviti masak-memasak sudah tentu berterus-terusan agar "bekalan makanan" untuk tetamu tak terputus... tu belum lagi kalau tuan rumah menyediakan "nasi berkat" kepada tetamu.... laagi letih... dan majlis akan berterusan sampailah ke petang hari... kadangkala hingga jam 6 petang masih ada lagi "tetamu tersasar" masih hadir....

amacam...letih tak korang baca....ermhhh mesti laaagi letih kalau korang tolong majlis kawen orang jawa kat kampung aku ni... almaklumla... sekampung tu ada "bau-bau bacang", tu yang jadi macam "kenduri sekampung" tu.....

hakikatnya memang kenduri sekampung pun... 3 hari 2 malam punya majlis....

ni sekadar bayangan... alaminya sendiri dan barulah korang tau betapa "kenduri kawen" kat kampung aku ni.... memanglah meriah.... sekali imbas seakan tuan rumah "berhabisan" buat kenduri tu... sampai naik seram aku nak kawen.... tapi alhamdulillah, lepas tanya abang aku berapa dia habis.... tak sampai pun RM10k.... tu yang terus melonjak gembira tu... zass berbunga je hati....

eh lupa pulak... kalau korang asyik dengar pasal "rewang" atau "sinoman", ada satu lagi istilah untuk yang pergi majlis kawen ni.... diorang panggil "kondangan" contoh ayat korang baca kat bawah...

"arek lungo sinoman" - maksudnya, nak pergi tolong kenduri (tolong kat ini tolong kat dapur, tolong masak dan buat preparation, bukan tolong makan tau)

"Arek lungo kondangan" - maksudnya nak pergi kenduri kawen (yang ni baru jadi tetamu... pegi makan kenduri kawen)

hahhaha dan paling penting... kalau pergi "kondangan" tu, bawak-bawak lah hadiah.... tapi kalau tak tau nak bagi ape, korang bawaklah duit masuk dalam sampul untuk "salam kaut", bagi yang dijemput tapi tak boleh datang, kirimkan duit dalam sampul pun dah memadai.....

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bro,

rewang untuk kamu bila lak..?
hehe...

DEN COMANDO berkata...

tu laa Bro rasc..dio macamnak bagi hint ajo...jgn lupo jomput Den dan bro rasc sekali..kami nak merewang jgak..hahaahha..lopeh tu Den pulak nak buek tarian sewang...hahhahahha barumeriah tul...

Cik Ayu Coklat berkata...

Ha lepas tu cik ayu akan rewang siapkan hantaran kamu yaa nite.. coklat hantaran special untuk kamu ..

Ismail aka Pak Mail berkata...

Tarian kuda kepang tak ade ke....

Unknown berkata...

wah wah wah... tunggu kad jemputan... jgn tak datang plak.... tinggal nak tetapkan tarikh je....