Iklan Berbayar

Isnin, 18 Julai 2011

kafe azaran, 2 thumbs up!

salam....

hari-hari dok merapu, atau balik-balik dok blog review, kali ni, food review!

amaran: entry ini boleh menyebabkan rasa lapar dan air liur menitik.... (",)

mungkin satu rahsia yang ramai tak perasan... atau ramai kurang perasan, i love in food and like to explore about food. dari hi-end fine restaurant sampailah roadside stall. kalau diizinkan, mahu saja jadi seorang "food review" dan mystery customer.... mungkin berkat berkecimpung dalam bidang food and beverage selama beberapa tahun. cinta kepada makanan ni semakin mekar... walaupun kadangkala cik cayang aku cakap, aku ni "having bad taste in food" hahha....wat-eva... nasib baiklah cik cayang aku ni pun.... "food lover"......

image:google, meja sebelah kanan pintu tu tempat biasa aku duduk

ya...hari ni nak review pasal cafe ni, pada aku, its simple yet interesting....

bermula dari satu panggilan dari cik cayang, beria-ia benar dia ajak aku cari cafe ni....alasan, dia dah beli voucher nasik lemak.... oklah...aku pun tak tunggu lama.... otomatik perkataan yang terpacul dari mulut aku.... "jom"... pendek dan padat....


ni lah dia nasi lemak ayam berempah, hasil dari penebusan voucher. nasi lemak yang cukup aroma, sambal yang "just nice", ayam berempah yang lembut.... puh... meleleh air liur dibuatnya. pertama kali aku rasa nasi lemak ni, ermmm berbaloi-baloi.... rugi kalau tak rasa.... heaven je.... cukup buatkan aku rasa tersenyum puas....


lepas tu, kitorang sambung dengan pizza ni, malibu pineapple.... serving untuk sorang sebenarnya tapi kitorang share.... sekadar nak merasa kekononnyalah.... once bite.... wow... rasa cheese dan nanas terus bangkitkan deria rasa.... crust dia yang lembut dan lemak, buatkan aku tak henti-henti puji dalam hati.... yummy!.... takde perkataan lain yang boleh gambarkan rasa pizza dia melainkan perkataan "sedap" atau "nice".....

hahhaha....sila simpan sedikit "kecuran" air liur tu ya....tunggu yang seterusnya






yang ni, pizza BBQ bambino, simple dan sedap. kombinasi crust yang lembut, smoky bbq sauce yang membangkitkan selera dan deria rasa, ditambah dengan mozzarela cheese yang melengkapkan keenakan pizza ni.... try it yourself and believe it... pasti korang berpuas hati.... pizza ni aku makan masa kunjungan kedua aku, tetap tak mengecewakan.....


lagi menu yang dicuba, asam pedas! puh.... memang meleleh.... sedap.... serve piping hot, siap masih menggelegak.... mungkin korang cakap aroma dia tak sehebat mana, tunggu bila korang hirup kuah asam pedas ni.... feel the flavour.... ops... sebelum korang rasa, korang kacau dulu asam pedas ni dulu, bagi rempah dia sebati dan tersebar.... lepas tu baru korang hirup... perkhhhh terangkat deria rasa korang... (bukan korang terangkat dari kerusi tau, nanti korang cakap aku bohong plak...hahha)


mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa aku terlalu memuji cafe ni. pada aku, diorang memang "deserve the compliment". good food, nice ambiance, relaxing.... some more, free wifi.... sesuai kalau korang nak "lounging" kat cafe ni.... dari segi harga, aku masih boleh katakan, moderate, maksudnya, harga standard bagi cafe.... mungkin murah sikit... dari segi value for money, aku takde komplen lagi yang mengatakan ianya mahal.... pendek kata, berbaloi....

ape dia....korang dah lapar? air liur dah mengalir tanpa boleh ditahan-tahan lagi? grab your key, start your engine, drive ke alamat bawah ni....

Kuchai Avenue KA1-1-3A, No.39 Jalan Kuchai Maju 13, Kuchai Entrepreneur Park, Off Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur, Malaysia

tel: 03-79828559

facebook: http://www.facebook.com/pages/Kafe-Azaran/154334277952979

singgah-singgah kat facebook page cafe ni, mana tau ada "good deal" atau promo....  lain-lain menu yang ada, korang gi lah kat cafe tu, mintak menu....


last but not least.... BON Appetit!

3 ulasan:

Den Cdo berkata...

Bro tang masak asam tu meman gDen terliur..nak-nak kalau asam pedas,, daging tetel...pasti abih kuahnya sekali Den sapu hahahaha

nitestalker berkata...

dah semestinya pokcik.... sedap tu... nak nak gulai daging salai....

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas informasi menarik