Iklan Berbayar

Sabtu, 25 Jun 2011

sekali online, aku tahu kat mana korang dan siapa korang.... hahahhaha

rekod.... pecah rekod.... seminggu tak buat entry.... ahahahha bukan takde idea, saja... malas dan lari sekejap dari dunia blog.... dan rekod kejatuhan hit mencapai 80 peratus.... padan muka aku....

oklah cukup mukadimah pasal aku tak update.... berbalik ke tajuk atas tu.... ramai orang pelik.... dan ada yg bertanya.... boleh ke seseorang yang online diketahui lokasinya?

jawapan aku: teramatlah bolehnya....

 macamana jadi boleh dikesan?

setiap sambungan akan diberi dengan satu nombor unik, nombor ni dipanggil IP ADDRESS, ada yang tanya IP ADDRESS tu ape.... ip address tu adalah "alamat" sesuatu sambunganinternet.....

contoh : 209.85.75.191

pada nombor-mombor ni ada maksud tertentu...  dan aku lebih tertarik kepada kombinasi nombor yang pertama dan terakhir.... sebab ape....

209 - merujuk kepada internet provider
191 - merujuk kepada lokasi sambungan

secara tak langsung, 2 maklumat tu je dah boleh menyelongkar siapa anda...... seram tak? takut tak?

takyah takut jika korang bukanlah seorang "penjenayah siber" hahahah

tu sebab kalau korang "buat pasal" atau buat hal, senang aje diorang nak trace... walaupun nampak lambat, tapi kemungkinan untuk dikesan amatlah mudah.... ape yang penting.... kalau online jadilah seorang yang rendah diri, takpe kalau orang tak perasan pun.... tak payah cari "publisiti murahan"

apetah lagi kalau korang letak "signature" yang mungkin berupa nickname korang....yang mungkin korang gunakan nickname yang sama untuk chatroom, website atau ape saja terutama untuk diorang yang suka diri mereka "dikenali dengan nama".... memang satu kesilapan lah lawabnya....

apa kaitan IP NUMBER dengan segala macam maklumat.... oklah... dari IP number tu, korang percaya tak diorang yang ada akses keselamatan boleh dapatkan lokasi, nombor telefon (tak kira berukben atau stim...iks) alamat, nombor ic, tuan punya talian, dan macam-macam lagilah.... tu baru sikit, tapi kalau dah oleh dapat nombor ic, lagi macam-macam lah diorang boleh dapat maklumat.... dan semua tu dihujung jari diorang aje!

korang spoof ip? atau korang guna proxy? pun tak boleh jugak... selagi ada "connection" selagi tu lah korang tak boleh "sembunyi"...yang korang boeh buat... lari, dan lari, dan melarikan diri..... larilah korang sampai korang rasa penat...atau... korang bosan jadi PELARIAN!

tu belum lagi diorang "mark" pc/laptop/mobile device korang.... sebab setiap peralatan elektronik akan ada "cap jari" (kalau pc/laptop akan ada m.a.c address.... sekali diorang mark, korang online aje diorang dah alert.... jadi siap sedialah untuk "jemputan VVIP" dari pihak berkuasa.... cuma tunggu satu "kesilapan" dan korang akan "dijemput"....

ermhh kalau nak tau lebih mendalam, korang tanyalah seseorang yang faham pasal teknikal semua tu... aku bukanlah seorang pakar teknikal, tapi mengetahuinya adalah sesuatu yang amat bernilai untuk "mengelakkan" tragedi "jemputan tanpa undangan"....

jadi...dalam dunia siber ni, korang boleh lari, tapi korang tak boleh sembunyi.... dengan beberapa arahan biasa dalam DOS pun diorang boleh trace.... apatah lagi kalau diorang ada "kuasa akses keselamatan" segala maklumat dan perkaitan dengan peristiwa akan lengkap jika tidak dalam beberapa jam, mungkin beberapa hari...

hati-hatilah...online wisely, insyaAllah korang selamat.....

"i am maybe a stalker, as long as i am stalking and not doing any harm or disturbance, people wont charge me, so... i will keep watching..."

5 ulasan:

theolrascal berkata...

ampun kan la gua..
wa tak nak lagi la mencarut..

nitestalker berkata...

alamak bro...bukan ko membawa ancaman kepada negara pun.....

Cinta Menora berkata...

weiii olrascal,
wa tak pernah dengar lu mencarut ...
cer buat sekali, paling2 pun kena blacklist aje kot ... hehehe

z berkata...

woohhh...dasatttt...

Den Cdo berkata...

hehehe..ini yg maleh nak menulih ke internet nie...