Iklan Berbayar

Rabu, 15 Jun 2011

cerita lawak zaman siber, aku hanya tersenyum....

semalam....

kecoh seantero malaysia.....
terutama kaki download dan kaki torrent.....
bilamana tapak tempat mereka betapa kena "blocked"....

masing-masing sakit hati dan sakit kepala.....
pasal barang percuma diorang konon "dirampas" dengan kejamnya....
sampai ramai tunjuk hebat konon jadi pembela.....
bersilat berkuntau melawan arus perdana....
sampai habis ilmu dicurah dari dada....

kasihan....langkah yang diatur tampak sumbang.....
kuntau yang dipersembah nampak pincang....
kerana disangka tali pancing dihulur cukup panjang...
rupanya tak sampai sejengkal....
lautan dalam mana nak diduga tu bang?

bermadah seloka pulaknya ya....
aku taklah sehebat mereka, masuk laman web orang lain dan membuat onar... tapi pada pendapat aku, kenapa perlu melatah dan bersilat sampai terkeluar jurus rahsia sedangkan baru kena cucuk pinggang?

iskkk tu lah....asyik hanyut dengan perasaan darah muda.....

yang seronoknya.... siap pertontonkan lagi 'kehebatan' jurus silat dan kuntau dia lagi.... sampai ada yang buat laman "khas" lagi kejayaan diorang.... tahniah....tahniah kerana korang berjaya mendedahkan identiti korang.....

hanya nickname.... tu korang kata, tapi mereka yang dah lama dalam bidang internet akan dapat tau profile dan karakter korang.... lebih-lebih lagi bila seseorang tu marah....makin mudahlah korang dikesan. silap haribulan, ada yang ketuk pintu rumah korang sebelum sempat korang logout....

sebabnya?

adakah korang dah bina tembok kukuh sebelum korang post apa-apa entry? apa? lupa nak spoof? tak guna proxy? haaaa? issskkkk....

lagi satu, adakah korang percaya yang kumpulan yang kononnya dari luar negara tu benar-benar nak buat onar? atau....diorang cuma nak "recce" je? atau diorang tu sebenarnya hanyalah "proxy" yang nak cari dan kesan aktiviti yang pada diorang kurang sihat? korang terfikir tak? kalau tak terfikir, sahlah korang terperangkap dalam percaturan diorang..... hahhahha sekadar nasihat ye....

alahai....anak muda zaman sekarang.... bila dilayan sangat darah yang tengah panas tu.... memang "melilau-lilau"......

dahlah....malas aku nak tulis lebih-lebih...nanti korang tukar plak blog aku ni jadi laman lucah.... isskkk tak sanggup den..... ape-ape pun, ni sekadar nasihat.... dari seorang kawan kepada seorang kawan ye.....

"KALAU KORANG RASA TALI PANCING KORANG TU CUKUP PANJANG UNTUK DUGA LAUTAN YANG DALAM, TAPI CUKUP PANJANG KE TALI PANCING KORANG TU?"

fikir-fikirkan......

6 ulasan:

risa berkata...

masih tak paham kenapa nak hack ye..ape yg derang dapat..adoyaiii buta IT sungguh!

Jahirah berkata...

adoyai....mcm2 hal skang...

Unknown berkata...

semua pasal nak tunjuk "kehebatan" dan jugk nam ambik "kesempatan

Mawar Berduri berkata...

dunia IT nie macam-macam boleh buat.. hurmm..

Smuggle berkata...

macam pernah ku lihat nama Nitestalker nie...

macam member herkers aku jer... kekeke....

dah benti buat kerja gila ker bro???
biasa la bro... Malaysia bukan iktiraf pun hackers yang ada di m'sia nie.. kalau luar negara hackers dah gaji berpuluh2 ribu dollar kerajaan diorang bayar...

H Pencen
Smuggle

Unknown berkata...

wopp..wopp... alahaii.... nama ni general sangat bro smuggle... dari pembunuh bersiri, game, poser dan mcm2 lagilah.... anyway, aku tk penah blajar pun coding..ahakss... ahakss...cemana nak hack.....