Iklan Berbayar

Sabtu, 25 Jun 2011

sekali online, aku tahu kat mana korang dan siapa korang.... hahahhaha

rekod.... pecah rekod.... seminggu tak buat entry.... ahahahha bukan takde idea, saja... malas dan lari sekejap dari dunia blog.... dan rekod kejatuhan hit mencapai 80 peratus.... padan muka aku....

oklah cukup mukadimah pasal aku tak update.... berbalik ke tajuk atas tu.... ramai orang pelik.... dan ada yg bertanya.... boleh ke seseorang yang online diketahui lokasinya?

jawapan aku: teramatlah bolehnya....

 macamana jadi boleh dikesan?

setiap sambungan akan diberi dengan satu nombor unik, nombor ni dipanggil IP ADDRESS, ada yang tanya IP ADDRESS tu ape.... ip address tu adalah "alamat" sesuatu sambunganinternet.....

contoh : 209.85.75.191

pada nombor-mombor ni ada maksud tertentu...  dan aku lebih tertarik kepada kombinasi nombor yang pertama dan terakhir.... sebab ape....

209 - merujuk kepada internet provider
191 - merujuk kepada lokasi sambungan

secara tak langsung, 2 maklumat tu je dah boleh menyelongkar siapa anda...... seram tak? takut tak?

takyah takut jika korang bukanlah seorang "penjenayah siber" hahahah

tu sebab kalau korang "buat pasal" atau buat hal, senang aje diorang nak trace... walaupun nampak lambat, tapi kemungkinan untuk dikesan amatlah mudah.... ape yang penting.... kalau online jadilah seorang yang rendah diri, takpe kalau orang tak perasan pun.... tak payah cari "publisiti murahan"

apetah lagi kalau korang letak "signature" yang mungkin berupa nickname korang....yang mungkin korang gunakan nickname yang sama untuk chatroom, website atau ape saja terutama untuk diorang yang suka diri mereka "dikenali dengan nama".... memang satu kesilapan lah lawabnya....

apa kaitan IP NUMBER dengan segala macam maklumat.... oklah... dari IP number tu, korang percaya tak diorang yang ada akses keselamatan boleh dapatkan lokasi, nombor telefon (tak kira berukben atau stim...iks) alamat, nombor ic, tuan punya talian, dan macam-macam lagilah.... tu baru sikit, tapi kalau dah oleh dapat nombor ic, lagi macam-macam lah diorang boleh dapat maklumat.... dan semua tu dihujung jari diorang aje!

korang spoof ip? atau korang guna proxy? pun tak boleh jugak... selagi ada "connection" selagi tu lah korang tak boleh "sembunyi"...yang korang boeh buat... lari, dan lari, dan melarikan diri..... larilah korang sampai korang rasa penat...atau... korang bosan jadi PELARIAN!

tu belum lagi diorang "mark" pc/laptop/mobile device korang.... sebab setiap peralatan elektronik akan ada "cap jari" (kalau pc/laptop akan ada m.a.c address.... sekali diorang mark, korang online aje diorang dah alert.... jadi siap sedialah untuk "jemputan VVIP" dari pihak berkuasa.... cuma tunggu satu "kesilapan" dan korang akan "dijemput"....

ermhh kalau nak tau lebih mendalam, korang tanyalah seseorang yang faham pasal teknikal semua tu... aku bukanlah seorang pakar teknikal, tapi mengetahuinya adalah sesuatu yang amat bernilai untuk "mengelakkan" tragedi "jemputan tanpa undangan"....

jadi...dalam dunia siber ni, korang boleh lari, tapi korang tak boleh sembunyi.... dengan beberapa arahan biasa dalam DOS pun diorang boleh trace.... apatah lagi kalau diorang ada "kuasa akses keselamatan" segala maklumat dan perkaitan dengan peristiwa akan lengkap jika tidak dalam beberapa jam, mungkin beberapa hari...

hati-hatilah...online wisely, insyaAllah korang selamat.....

"i am maybe a stalker, as long as i am stalking and not doing any harm or disturbance, people wont charge me, so... i will keep watching..."

Isnin, 20 Jun 2011

Video Clip Unik Untuk Sambutan Hari Bapa

Salam...

Belum Terlambat Nak Ucap selamat hari bapa...saja ucap lambat skit...takmo ikut sangat trend... bukan menongkah arus... tapi hanya membelahnya...

kat sini aku share satu video c\klip yang aku rasa menarik untuk korang... enjoy.........



Kredit Untuk bernama tv... iklan sempena hari bapa yang pada aku... VEERYYY...KooL....

Jumaat, 17 Jun 2011

rahsia disebalik CIMB Bank dan kaitan dengan 1 malaysia (cerita lawak)

salam....

semalam, aku cuti dari bekerja...hari ni pun cuti lagi... esok je keje...hey...ape da... merapu lagi.... ermh cerita pasal semalam, pasal hackers, i rest my case... biarlah pihak berwajib yang handle.... ape nak jadi, aku tak masuk campur..... so pullstop! baik aku cerita pasal makan ke....ape ke.....

oklah, pagi ni aku dok golek-golek, datang plak idea nakal.... kenapa CIMB bank dan kenapa nazir razak adik PM kita pegang....



gini..kita sedia maklum, sebelum cimb, asalnya dari BBMB, bank bumiputra malaysia berhad.... betul tak? pastu bertukar jadi BCB, bumiputra commerse berhad selepas bergabung dengan bank of commerse.... tak lama lepas tu barulah bertukar kepada CIMB berhad...... serba sedikit sejarah....

dah tu, ape pulak kaitan dengan C.I.M.B???

ni nak cerita....boleh tak aku sebut, tu gabungan 4 kaum utama di malaysia ni.... CINA, INDIA, MELAYU dan BUMIPUTERA..... haa.... kan dah jadi CIMB bank.... lagipun pelanggan dia terdiri dari semua kaum ni .... ekekke....bernas tak jawapan aku.....

ape cerita plak dengan nazir razak adik PM kita tu???

ceritanya, dia kan adik PM, dan PM kita plak buat idea 1Malaysia tu.... bila dah gabung semua kaum dalam malaysia.... maka jadilah kaitan dengan 1 malaysia.... tak gitu.... signifikan kan....

tu lah dia rahsianya......keh keh keh...adoi.....eh eh...relaks2... ape nak baling aku dengan kasut ni...sabar... tu baru sikit.... laaagi besar..... nak tau ape dia....???

strategi pengembangan syarikat....pssttt ko jgn bagitau orang lain tau.... kene sumbat kat "dalam" aku tak jamin.... hihihih

ko ambik balik akronim CIMB tadi.... tu negara-negara yang bakal ditembusi pasarannya.... CHINA, INDIA, MYNMAR dan BANGLADESH.... almaklumla.... rakyat negara tu ramai yang guna khidmat "WESTERN UNION"... mesti nak pacak cawangan punya.... hehhe......

adoi... perghhhh busuknya kasut ko!.... baik punya peram....hahahhaha jangan marah-marah...jangan baling-baling kasut... nak melawak skit pon tak boleh korang ni..... ahhh sudahlah..... tunggu korang.... aku buat entry pasal makan.... biar lapar berbunyi2 perut korang tu..... padan muka korang.... hak hak hak.....

p/s: kalau-kalau ada boss2 cimb nak guna idea ni, bagitau dulu tau... kalau tak nanti aku marah.... keh keh keh....

Khamis, 16 Jun 2011

hacker dah dikenalpasti, siapa mereka?

semalam.....

aku ada buat entry pasal ni...... hacker malaysia serang website gomen....
beberapa website yang tak gomen pun kena serang.... kelam kabut diorang kejap pasal website down....

ada yang tak boleh ekses...dan ada yang kena tukar muka depannya.....macam-macam lagilah...

AKU TAK NAFIKAN DIORANG NI HEBAT.... MUNGKIN LEBIH HEBAT DARI YG KAT LUAR NEGARA...

aku takmo sebutkan siapa mereka.... mungkin korang dah kenal siapa mereka, nama mereka terpampang dekat signature sebelah bawah gambar "naga" diorang tu.....

diorang claim, diorang dari grup2 "white hat".... etical hacker.....

diorang claim apa yang diorang buat hanya untuk check "security" sesuatu website....

eloklah camtu.... tapi apa yang diorang buat semalam pada pendapat aku... "tak kena pada tempat dan masa"

maaf cakap...macam nak cari glamer pun ada.... dan tampak emosi......

almaklumla.... identiti diorang bersepah kat alam cyber ni.... alahai.... tak susah rupanya nak cari siapa mereka ni.....

korang carik diorang guna ni, pastu buat research sendiri


cukuplah.... mungkin apa yang korang buat semalam memang tak menyebabkan "kerosakan" besar kepada negara.... korang memang hebat... cuma berhati-hati... jangan salah langkah, buruk padahnya. cukup-cukuplah....simpan sikit jurus tu....

nasihat untuk mereka yang mungkin berminat untuk ikut jejak langkah diorang nie.... hati-hati dan kaji setiap langkah korang tu.... biar jurus tak sumbang.... takut nanti baru sejurus dua, korang tumbang.....

hmmmm boring la pulak.....layan  radio online ada gak pekdahnya.... huh.... ape ni, macam tak cukup lagu je....ape? website nak donlod kene block? la hai...dh mental block korang ni.... yang korang carik torrent kat luar negara apsal....gunalah torrent dalam negara.... gunalah barangan buatan malaysia...susah-susah carik je dalam irc....seeder tengah banyak tu... dah...donlod dulu... aku request lagu ko boleh kata takde...  ape punya DJ da....

hehehhe gurau je beb....DJ-DJ radio online jangan marah ye.....

p/s: niat dihati nak letak gambar diorang...last last malas.... ermmm lama dah tak dengar pasal diorang... semalam muncul.... hampir semua stesen tv buat coverage pasal diorang.... glamer free diorang.... blog-blog pun cover pasal diorang..... perghhhh tak sangka betul..... tapi lepas aku buat research.... aku cuma senyum.... malas nak kata ape2.... dalam hati terdetik...

"cheh....korang rupanya"

Rabu, 15 Jun 2011

cerita lawak zaman siber, aku hanya tersenyum....

semalam....

kecoh seantero malaysia.....
terutama kaki download dan kaki torrent.....
bilamana tapak tempat mereka betapa kena "blocked"....

masing-masing sakit hati dan sakit kepala.....
pasal barang percuma diorang konon "dirampas" dengan kejamnya....
sampai ramai tunjuk hebat konon jadi pembela.....
bersilat berkuntau melawan arus perdana....
sampai habis ilmu dicurah dari dada....

kasihan....langkah yang diatur tampak sumbang.....
kuntau yang dipersembah nampak pincang....
kerana disangka tali pancing dihulur cukup panjang...
rupanya tak sampai sejengkal....
lautan dalam mana nak diduga tu bang?

bermadah seloka pulaknya ya....
aku taklah sehebat mereka, masuk laman web orang lain dan membuat onar... tapi pada pendapat aku, kenapa perlu melatah dan bersilat sampai terkeluar jurus rahsia sedangkan baru kena cucuk pinggang?

iskkk tu lah....asyik hanyut dengan perasaan darah muda.....

yang seronoknya.... siap pertontonkan lagi 'kehebatan' jurus silat dan kuntau dia lagi.... sampai ada yang buat laman "khas" lagi kejayaan diorang.... tahniah....tahniah kerana korang berjaya mendedahkan identiti korang.....

hanya nickname.... tu korang kata, tapi mereka yang dah lama dalam bidang internet akan dapat tau profile dan karakter korang.... lebih-lebih lagi bila seseorang tu marah....makin mudahlah korang dikesan. silap haribulan, ada yang ketuk pintu rumah korang sebelum sempat korang logout....

sebabnya?

adakah korang dah bina tembok kukuh sebelum korang post apa-apa entry? apa? lupa nak spoof? tak guna proxy? haaaa? issskkkk....

lagi satu, adakah korang percaya yang kumpulan yang kononnya dari luar negara tu benar-benar nak buat onar? atau....diorang cuma nak "recce" je? atau diorang tu sebenarnya hanyalah "proxy" yang nak cari dan kesan aktiviti yang pada diorang kurang sihat? korang terfikir tak? kalau tak terfikir, sahlah korang terperangkap dalam percaturan diorang..... hahhahha sekadar nasihat ye....

alahai....anak muda zaman sekarang.... bila dilayan sangat darah yang tengah panas tu.... memang "melilau-lilau"......

dahlah....malas aku nak tulis lebih-lebih...nanti korang tukar plak blog aku ni jadi laman lucah.... isskkk tak sanggup den..... ape-ape pun, ni sekadar nasihat.... dari seorang kawan kepada seorang kawan ye.....

"KALAU KORANG RASA TALI PANCING KORANG TU CUKUP PANJANG UNTUK DUGA LAUTAN YANG DALAM, TAPI CUKUP PANJANG KE TALI PANCING KORANG TU?"

fikir-fikirkan......

panas woo... jiwang-dot-org nak kena ban, tapi aku senyum, tak perlu kata apa-apa....

salam...

baru terbaca dalam surat khabar the star.... besau tajuk dia.......


RIM wants another file-sharing site blocked

tu dia.... besau sungguh tajuk tu..... ape ke beritanya?..... panassssssssssssss aku cilok dari the star

PETALING JAYA: The Recording Industry Association of Malaysia (RIM) has called on the Government to ban another file-sharing site - jiwang.org.
It claimed that the site specialises in providing pirated Malaysian music recordings for illegal downloads.
RIM said the site also reaps lucrative advertising revenue from commercial organisations.
Last week, the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) banned 10 file-sharing sites and called on local Internet service providers to block access to the sites.

read more

korang baca dulu berita tu sampai habis....

yang tepuk dahi, para downloader yang dah bertapak lama kat  jiwang.org tu..... abehla sumber pencarian lagu-lagu dan filem-filem diorang.....

aku cuma senyum je.... alahai...mcmc, kalau empunya server tu kat malaysia, dah tentu-tentu korang boleh ketuk pintu rumah/ofis dia kan.....

guna prinsip KISS.... Keep It Short, Simple..... DONE!....

aku pasti, hit website jiwang mesti naik mendadak lepas ni.... mungkin cecah 3 kali ganda, pasal apa, publisiti percuma dari pihak media.....


ermhhh cukuplah...taknak la kaco kerja orang lebih-lebih....nanti kena sumbat kat dalam aku ngan keluarga dan bakal keluarga aku yang susah..... tapi satu je pesanan.....

"blok website orang ni ibarat blok nombor telefon yang kita tak suka atau yang kita taknak lagi nombor tu call kita, tapi pemilik no tu tetap ada alternatif lain samada tukar nombor telefon atau gunakan telefon awam.... adakah dengan cara blok website ni cukup berkesan? fikir-fikirkanlah....kalau boleh fikirkan cara paling ringkas dan berkesan..."

sasaran hit level 1 dah tercapai... masih jauh lagi perjalanan yang perlu ditempuhi

salam...

uish....dah lama dah bersarang dalam kepala otak.... hampir  2 minggu kena peram. laporan terkini prestasi blog aku ni... bukan takmo war-warkan... tapi agak segan.... ya... segan silu ala-ala kucing siam di kedai pets...

dalam beberapa hari ni.... selepas dicuba dan dibiarkan "berhabuk" untuk seketika, alhamdulillah trafik masih kekal.... dan yang menariknya, halangan 100 hits sehari dah berjaya dilepasi... untuk sekian kali selepas beberapa bulan aktif balik berblogging....

klik kalau nak besarkan


dan benchmark yang digunakan adalah..... bilangan follower... sasaran asal 55 peratus hits dari 139 follower......

sasaran berikutnya.....  200 hits sehari....

sekali lagi, terima kasih kepada korang yang sudi menjeguk/singgah/mengendap blog aku yang tak seberapa.... kepada yang jadi follower, double terima kasih......

p/s: pencarian untuk bloglist masih diteruskan.... terutama blog yang menggunakan bahasa daerah dan blog bekas tentera/polis yang menceritakan pengalaman dalam perkhidmatan, kepada yang tahu atau pernah terjumpa.... tinggalkan url blog tu dlm ruangan komen ye.....ops... satu lagi, sesapa yg link-kan blog ni dalam bloglist korang, tlg ingatkan aku utk masukkan blog korang dalam bloglist aku....

Selasa, 14 Jun 2011

takde idea? kat sini penuh dengan idea

salam....

masalah yang sering dirungutkan oleh para blogger, terutama blogger-blogger yang "kurang tegar" dan kalau nak bercerita, malu-malu kucing. tak di nafikan, ada kalanya idea mencurah tapi.... klik kat "new post" secara otomatik idea pun hilang sama. dah macam terklik kat butang 'delete' plak kan.....

aku pun biasa hadapi masalah ni.... bukan sesekali tapi selalu sangat. lebih lebih lagi kalau beban tugas tu begitu 'mencabar kesabaran mental'. masalah tadi memang dah jadi rutin mainan bagi seorang yang bukan sekadar blogger baru.... malah blogger yang entri sehari sekali juga yang lama pun menghadapi masalah sama...  tak gitu?

maka terkeluarlah ayat yang berasaskan dengan perkataan "SIBUK"
panjang pulak intro.... tepat ke sasaran, kat mana agaknya tempat banyak idea? satu soalan... ramai yang cakap, tempat yang tenanglah... tepi tasik, tepi laut, tepi sungai.............kat sana..... kat sini.... kalau dah tenang camtu, buat apa nak buat entri lagi.... enjoylah ketenangan tu dulu, entri blakang cerita..... oklah... cukup merapu.... tempat yang aku maksudkan.... jeng jeng jeng...!!!!!!!!!


hak hak hak hak....ni lah tempat paling ideal sekali kalau nak carik idea. satu tempat penuh ketenangan tanpa ada gangguan... percaya atau tak, banyak dari idea kreatif dan gila-gila tercipta tatkala kita sedang "bertapa" mendepositkan hasil buangan....... tapi kenapa aku cakap macam tu? ada alasan paling kukuh kenapa....

tu dia... aksi sedemikian akan merangsang pengaliran darah ke otak, dan secara tak langsung, otak bertambah segar. idea mesti mencurah-curah secara tak langsung. tak percaya.... cubalah!

berkesan? memang berkesan.... asalkan jangan korang bawak laptop/ipad/tab atau segala benda gajet untuk korang updet blog dah la.... mengganggu kosentrasi nanti.... hahahhaha

iskkk...cerita pasal ni buatkan aku lapo la.... jom gi makan.... isi dah buang.... mesti lapo kan.... tapi sebelum korang gi makan... meh jamu mata dulu.... mana tau nak tambah selera.... baru best makan...kan kan.... sumber inspirasi tu....


owwyeeaahhhhhhhhh............. nice one... tomyam in a toilet bowl please..... korang nak tau kat mana buleh dapat... sile google t bowl restaurant untuk maklumat lanjut...... bon appetit!

p/s: bagi yang student, jangan pulak korang bila buntu nak jawab soalan, korang gi bertapa dalam "tempat sumber inspirasi" ni.... memang tak jadi ape lah.... lainlah kalau korang bawak.... ssyyyyyy.... u know i know lah.... kantoi tanggung sendiri tau!

[video] pecah rekod paling ramai main permainan angry bird

salam...

dah 4 hari tak update, cuti tenangkan fikiran.... tapi tak tenang-tenang jugak.... ah, pedulikan....

sabtu lepas, satu rekod dunia guinness telah tercipta... bukan saja pecah tapi berderai... satu usaha yang dilakukan oleh nokia malaysia dalam usaha memecahkan rekod dunia.

hasilnya, sejarah  telah tercipta..... 2030 pemain, memang pecah berderai jika nak dibandingkan dengan rekod sebelum ni, 200++ orang je.....



heheh... itu je utk hari ni....cukuplahkan, ada cerita lain nak menyusul...tapi urat jari-jari masih tersimpul... ni semua keje punya pasal lah....

p/s:people always claiming he/she is hot, but now i am flaming!

Rabu, 8 Jun 2011

lama tak blogwalking, kenapa? jalur lebar aku dah sempit!

salam...

aduhhh, tak sempat tunggu cut off date.... jalur lebar dah sempit.... tak ku sangka, walaupun aku online taklah sehebat dulu.... cepat benar  jalur lebarku sempit... hanya tinggal 12 peratus dari kelajuan asal.


biasalah, nama pun limited.... lagipun bukannya aku ambik pakej "lebar penuh".... sekadar pakej "lebar sederhana" je.... ape pun bersyukurlah.... walaupun dah sempit aku masih boleh lagi berceloteh dan mengemaskini blog yang tak seberapa ni.... cuma terpaksa kurangkan blogwalking mahupun blogstalking!

secara tak langsung aku kurang menjengah blog-blog sahabat, blog-blog mereka yang sudi mengikut dan juga blog-blog yang aku ikut.... takut semput perjalanan peket-peket data.... almaklumla, highway dah jadi jalan kampung, mana boleh speeding....  tak gitu.....

walauapapun..... tunggu 12 hb, bila aku dapat kembali peruntukan hi-way baru.... akan kembali berjalan-jalan dengan lancar dan selesa.....

p/s: teringat masa guna stimix/screamix/steamyx... (saja takmo tulis betul2) walaupun khidmat dia semput-semput (selalu sgt dropped) tapi aku berjaya membuat rekod peribadi dengan menggunakan lebih dari 40GB bandwidth sebulan.... sekarang peruntukan untuk tu hanya lebih kurang 20 peratus je.... terbayang kalaulah aku ambik pekej paling murah.... alahai.... tak sampai seminggu mesti dah abih kan.....

blog bekas pilot nuri, selami kehidupan seorang bekas juruterbang

salam...

sedari minggu lepas lagi hajat hati nak review blog ni, selepas blog ex komando yang aku suka sangat tu... yang ni satu lagi blog dari seorang bekas "service man", seorang juruterbang nuri... baca kat sini http://xnuripilot.blogspot.com/

muka depan buku karangan xnuri pilot

kenapa aku nak review, baru-baru ni, beliau dah menerbitkan sebuah buku dengan usaha beliau sendiri dan aku rasa aku nak "meluaskan" lagi kejayaan beliau menerbitkan buku tersebut. tahniah untuk beliau...

dan rasanya dengan adanya dunia blog, secara tak langsung kita boleh 'mengasah' bakat kita menulis dan walaupun kadar pembacaan di malaysia ni agak rendah, siapa tahu, anda boleh bergelar seorang penulis yang boleh bercerita dan menceritakan sesuatu isu...

apa lagi, jom sergah blog beliau, jikalau selalu kita sering membaca blog-blog dari blogger muda, apa kata kita membaca blog dari seorang yang telah matang.... dari segi gaya bahasa dan tarian ulasan beliau.

p/s : alang-alang dah ada buku, dapatkan buku beliau.... selami kehidupan seorang juruterbang nuri, bagaimana nak dapatkan, sila masuk ke blog tersebut untuk hubungi beliau

Selasa, 7 Jun 2011

bila dah 20 hari kerja tanpa henti...

salam semua...


dah 3 hari tak posting, akibat dari keletihan melampau... bukan taknak posting tapi, keadaan yang memaksa....

mungkin masih ada yang masih ingat posting aku pasal tak dapat offday... ya... memang menjadi kenyataan.....bukan saja kenyataan, malah berganda....

muka aku semasa buat keje... arrr.... arrr... arrr..... zombey!

weekend lepas aku terpaksa kerja jugak.... jadi kalau dihitung. hampir 20 hari aku keje tanpa ada offday, terasa tekanan dalam diri dan kepala otak ni semakin.... ermhhh jangan kena...iskkk taknak sebutlah.. takut jadi realiti....

tak apalah.. anggapkan ianya sebagai satu komitmen.... betapa kalau aku ni kalau "terlalu memikirkan" tugas dan tanggungjawab.....  macam dalam gambar kat atas tu... arrrc....arrrch!!!

alahaiii tak jadi macam muka mak limah dalam filem HMLBR dah....  tapi dah macam "zombie"... hahahhahahha....hahhaha...... Grrrrr

Jumaat, 3 Jun 2011

pelik: sukan terjun yang sampai sekarang sukar aku fahami

sukan yang pelik...memang pelik dan sangat-sangatlah peliknya... cuba tonton video di bawah, dah banyak kali cuba menggali jawapan tapi masih tak jumpa acara sukan apa yang dipertontonkan tu... kalau korang ada jawapan... boleh bagitau... yang nyata, bunyi peserta tu jatuh cukup "mengerikan"


Khamis, 2 Jun 2011

extreem smokers: people say smokes kills tapi aku hisap paip besar ni tak mati pun

salam... kali ni entry santai... malas nak sakit-sakit kepala.... cuma sekadar ingatan, kepada mereka yang merokok, yang kadang-kadang merokok atau yang baru nak merokok... ada baiknya hentikanlah...takda faedahnya... tapi kalau nak merokok jugak... itu keputusan masing-masing... sebelum tu...layan gambar ni... sanggup tak kalau korang hisap paip sebesar ni... kalau sanggup. aku bagi award... "most extreem smokers" hik hik hik

walaupun aku merokok dan agak tegar merokok... aku tetap menghormati kepada mereka yang tak merokok... dan rasa kurang selesa kalau tengah aku merokok ada budak kecik/baby berdekatan... dari segi hak asasi, diorang memang berhak untuk menghirup udara yang segar tanpa pencemaran.... betul tak?

ingat, merokok membahayakan kesihatan.... SMOKES KILLS....

p/s: cerita pasal hak asasi untuk non smokers, hak untuk para smokers camne ye....mungkin boleh disediakan satu tempat/bilik/lounge yang dapat mengasingkan perokok dari bukan perokok.... barulah adil dari segi hak asasi manusia kan...

Rabu, 1 Jun 2011

sedar atau tidak, blogger adalah pengarang, editor dan "proof reader"

salam...

mungkin kita tak sedar, kurang menyedari atau saja-saja buat tak sedar....

secara asas, blogger memegang 3 jawatan di atas....

ya, kita adalah pengarang, kita yang akan mengarang sesuatu  artikel. samada artikel tu panjang atau pendek, padat atau meleret, semuanya adalah bergantung kepada skil dan pengalaman kita.

ya, kita adalah editor, sudah tentu, kita akan menilaikan artikel apakah yang hendak disiarkan, kita juga menentukan masa siaran sesuatu artikel. terutama jika seseorang blogger tu mempunyai banyak idea dan menyimpannya dalam draf....

ya, kita juga seorang proof reader, kita akan membaca berulang-ulang kali. menilai kesesuaian lenggok bahasa dan juga melihat kesalahan ejaan dan tatabahasa (yang ni kurang sikit dipraktikkan). sekurang-kurangnya kita akan menilai tulisan kita tu menarik atau tidak untuk dibaca...

walauapapun, jika blog anda adalah terbitan sesuatu syarikat, maka anda adalah bos, anda adalah kuli, dan platform seperti blogspot, wordpress dan lain-lain hanyalah sebagai vendor yang menyebarkan dan memasarkan terbitan anda.....

sayangilah blog anda, terutama jika anda berminat untuk jadi seorang penulis, jurnalis atau wartawan... di sinilah tapak latihannya...