Iklan Berbayar

Selasa, 2 Ogos 2011

puasa dalam kenangan, ketika berada di dalam dunia FnB

salam...

ramadhan kali ni dah tahun ke 3 aku meninggalkan dunia FnB, senyum tawa, gembira, masam kelat, dan bermacam-macam lagi peristiwa yang kadang-kala hadir bersilih ganti dalam kotak fikiran.

mungkin ramai antara pembaca tak pernah bekerja di restoren tatkala ramadhan al mubarak kan.... hmmm lebih 6 tahun, dan alhamdulillah, agak liat nafsu hendak mengalahkan diri yang berpuasa.... tetapi, ramai antara kita mengatakn bahawa bila berpuasa godan paling besar adalah makanan dan minuman.... mungkin....

godaan tu biasalah... walaupun kebiasaan restoren/cafe ada sistem pendingin hawa, tapi bila tengah hari je, dengan bau masakan dan melihatkan air yang berais, sedikit sebanyak tentu menggoda iman kan... tipulah kalau tak terasa... tapi itulah yang terpaksa aku hadapi saban hari....

pada aku kerja bidang fnb ni, cabaran paling getir bukan waktu tengah hari yang terik atau bau makanan yang mampu mengecukan air liur... tapi, waktu berbuka... aku rasa korang mesti paham sesangat kan... diwaktu orang lain berlumba-lumba menyuapkan makanan ke dalam tembolok masing-masing, aku hanya mampu melihat dan kadang kala, hanya sempat berbuka dengan seteguk air sirap sejuk (tu pun pasal ada promosi ramadhan) dan bila waktu aku sempat nak mengisi perut, mungkin sejam atau 2 jam selepas itu... aduh... kadang terasa sadisnya....

ermhh tu lah kenangan terindah buat aku sepanjang bekerja dalam dunia fnb, mungkin ada pembaca yang pernah mengalaminya... jadi ingatlah, setiap kali ke restoren untuk berbuka puasa terutama restoren yang sibuk, waiter/waitress kat situ mungkin hanya mampu menelan air liur sambil teringatkan juadah yang dah dibeli tetapi tak sempat dinikmati lagi.... dan apabila tiba giliran untuk mengiri perut, selera mungkin ilang dek kerana kerenah pelanggan yang hmmm entahlah, malas nak sebut.... hehehhe

itu je entry untuk permulaan puasa ni, selamat berpuasa... dah dekat2 raya nanti barulah nak cerita pasal 4 tahun aku tak beraya di hari raya pertama dan ke 2....

dah...rehat dulu...bahasa pun merapu...ape da....(tepuk dahi sendiri)

Tiada ulasan: