Iklan Berbayar

Rabu, 3 Ogos 2011

kumpulan muzik kejut sahur di bukit piatu melaka, cap kun cak diberi nama (kalau tak silap la)

salam...

buat permulaan, maaf kalau nama kumpulan tu salah atau silap, memang dah dekat 2 dekad aku tinggalkan komuniti kampung bukit piatu. almaklumla...aku blaja kat sekolah menengah teknik kat situ.... sesi tahun 1994 sampai 1995

tiap kali bulan ramadhan, hampir setiap hari mesti ada sekumpulan anak muda akan bermain alat muzik sambil menyanyi, tujuannya, nak kejut orang sahur....  masa tahun pertama aku puasa kat situ memang aku teruja, kadang-kala aku duduk kat halaman rumah sambil memerhatikan gelagat diorang yang boleh buatkan ku tersenyum...

macam-macam lagu ada.... tune lari ke, pic ada sumbang ke, tu belakang cerita

yang paling aku perasan, diorang siap bawak beduk masjid!...hahaha

aku pun dah lupa pasal kumpulan ni... tadi aku masuk facebook page alumni sekolah.... diorang ada berbincang pasal kumpulan ni.... otomatik aku teringat.... terima kasih kat diorang....

aku percaya banyak lagi kumpulan seperti ini di serata negara....andaikata sesapa yang baca entri ni, dan kat kawasan korang ada aktiviti macamni, meh la kongsi ngan aku....

Tiada ulasan: