salam....
jom sambung balik sesi pelancongan dan jalan-jalan seminggu, harap-harap korang sediakan tisu atau korang makan dulu sebelum baca entru kali ini.... masih terasa lagi kelazatannya..heheh...yum yum yum....
restoren haji daud, nama yang tak asing lagi di bandar kota tinggi ni. kedai berhampiran dengan stesen bas sementara kota tinggi. kalau korang pergi kota tinggi naik bas dalam sebulan dua ni, cukup senang nak cari... ni pun kawan aku yang cadangkan untuk makan tengah hari...
kebiasaannya restoren ni penuh menjelang waktu makan tengahari... punya lah ramai.... memang tak syak lagi, sedap!
korang tengoklah gambar kat sebelah ni, sirap limau dia special, tak macam sirap limau yang biasa kita jumpa yang mana limau diperah ke dalam air sirap... nak tau apa specialnya? limau dikisar dan dicampur dengan sirap... sekali imbas tengok macam hidangan di cafe atau hotel... cukup kreatif bukan.
dan rasanya..fuhh!..cukup menyegarkan walaupun kadang-kadang limau yang dikisar ni bukanlah kegemaran ramai akibat dari rasa kelat dari kulit limau tu sendiri...
yang ni minuman untuk aku, limau ais asam boi, memang aku tak lepaskan peluang untuk merasa kalau aku pergi mana-mana restoren. kebiasaannya air limau asam boi ni kita leh dapat kat restoren-restoren cina je. jarang restoren melayu menghidangkan minuman ni. walaupun limau yang diguna taklah sebanyak limau yang diguna di restoren-restoren cina, rasanya dah cukup seimbang dengan makanan yang aku makan untuk tengah hari tu.... "a good pair" omputeh cakap kalau kita makan kat restoren "fine dining".
yang ni, kerabu ulam raja, kalau tak silap aku la...pasal daun ceylon pon lebih kurang sama rupa dan rasanya.... hehehe siap dengan taugeh sekali.... memang sedap. lagi-lagi cicah dengan sambal belacan....mak aih...meleleh.... punya la sedap.... gaulan mesra kerabu tu buatkan aku tak sabar nak gaulkan kerabu tu dengan nasi dan menyuapkan ke mulut.... biarlah segala rasa dan aroma bercampur-gaul dan meransang sel-sel otak yang hanya mampu menterjemahkan rasa tu dengan satu perkataan.... sedap!
aku rasa korang tau ape ke "menatang" ni? hehehe ni lah belangkas... perumpamaan yang biasa digunakan untuk mereka yang hangat bercinta sampaikan merasakan dunia ini ana yang punya....
kalau ditengokkan rupanya....mak aih...huduh.... adik kawan aku cakap, "macam predator dalam cite alien and predator tuh" hihi.... ni lah dia bahan utama yang jadi menu aku tengahhari tu... lagipun dah lama aku teringin nak makan "menda alah" ni.... dulu kecik-kecik ada la try makan, kitorang bakar buta-buta pastu makan telur dia...tawar la plak..hehe... hari tu aku nak rasa masakan dan kenakan "menatang" ni pulak
haa...ni lah dia hasilnya, masak lemak cili api belangkas dengan daun selasih... fuh... terangkat cakap ko.... takde bau hamis. walaupun rasa belangkas ni agak tawar (kalau bakar buta-buta je) tapi lepas dimasak sedemikian rupa... rasa lemak-lemak gitu. hakikatnya peranan penting masakan belangkas ni adalah telur dia. itulah punca kesedapan masakan ni... sesapa nak mencuba pastikan senduk lauk ni dengan telur-telurnya....kerana apa...belangkas ni takde daging... tak ambik telur alamat korang hisap cengkerang la jawapnya....hehe
yang ni satu lagi kegemaran aku yang dah lama sangat aku tak makan...nak cari kat kl, mahal gila pasal kebanyakanya diimport, pastu hidang kat restoren yang ada bintang.... jadi aku tak lepaskan peluang "meratah" kupang ni.... hasilnya, yum yum yum.... macam orang mengidam dapat apa yang dia nak....hahahha tu kawan aku cakap bila dia nampak aku dok meratah kupang ni.... manis, lemak, perkhhhh nasib baik aku dah makan seblum buat entry ni...kalo tak terpaksa aku call delivery.... hahah lazatnya kupang masak pedas ni.....
potongan buah ni aku jadikan pencuci mulut.... harus diingat, buah ni akan dihantar ke meja tanpa diminta. jadi, jika korang tak berhajat nak makan buah-buahan ni, korang tolak je dengan baik.... korang paham-paham la kalau aku suruh tolak tu... buah ni bukan komplimentari ye.... kena bayar tau....
ye lah...mana ada barang free kan.... apa-apa hal bertanya....jangan main sebat je... nanti kang bersungut macam nak keluar sesungut....hahahahha
pencicah yang aku ambik...hajat dihati nak cari sambal tempoyak, sekali durian belum musim da....kalau ada pun jenis durian "up-market" yang dah tentunya tak sempat jadi tempoyak. masa mula-mula ambik tu, aku rasa pelik sikit, apsal lain macam kaler dia... lepas bertanya kat akak yang jaga tu, barulah kompom sambal belacan... tak kisahlah...janji ada.... yang penting rasa dia memang rasa sambal belacan....tak pulak rasa sambal tumis ke, sambal budu ke...(ada ke?)....
yang nampak macam kicap tu pencicah ikan bakar.... saja aku ambik nak merasa.....
adoyai....meleleh-leleh air liur aku.... kecur terkecur.... semua-semua yang aku highlight hari ni, harga dia tak sampai RM20 pun... tu pun dah kira melantak sampai sendat perut.... rasa pinggang aku naik 2 inchi lepas makan tengahari tu.... perkhhh memang sedap... jadi, kalau korang pegi kota tinggi tu... korang cari la restoren ni....berbaloi-baloi walaupun harga dia agak up sikit la..... ye lah...menu yang aku ambik pun menu yang harga dia memang UP pun....jadi dengan harga tak sampai RM20 tu kira memang berbaloi la.....
eh...aku terdengar bunyi perut berkeriuk la....uishhhh tak senonoh betul...baru baca entry pasal makan je lapar...isk isk isk....kuat lak tu bunyi...huh...
.eh...eh.....laaa...perut aku rupanya...hahahha oklah gi pekena teh tarik ngan roti canai dulu....minum petang time!
5 ulasan:
Pergh belangkas. Syok pekena ni.
memang best bro....eh carikla restoren unik kat seremban tu...mana tau kut2 aku nak terjah restoren yang sediakan masakan asli n9
bro, ayat yg "adik kwn aku ckp belangkas ni mcm predator" tu buat aku gelak la....
bang, nk share 25%....hehhehee
hehehe...u know i know sudeh.... nak share artikel....silakan...nak share lain...akan difikirkan....
Ada restoran kat Sban, restoran Nelayan, kitorang belum feature lagi, dalam perancangan.
Catat Ulasan