Iklan Berbayar

Selasa, 8 Mac 2011

tinggalan sejarah, makam laksamana bentan




salam.. mari sambung cerita perjalanan cuti-cuti seminggu. walaupun aku dah banyak kali menjejakkan kaki ke kota tinggi ni, ni lah baru pertama kali aku dapat menziarah ke sebuah makam yang sering diperkatakan. jika kita membaca kisah dan sejarah negeri johor terutama sejarah johor lama dan kota tinggi... nama Laksamana Bentan pasti tidak lekang dan rasanya ramai yang dah tau kisah laksamana ni...

bangunan nun jauh tu dulu menyakitkan mata, sekarang sejuk dah


sekolah cina di tebing sungai

kebetulan kali ni aku dok la meronda bandar kota tinggi ni, ermhh pembangunan tengah pesat rupanya. biarpun 2 kali banjir berjaya menenggelamkan bandar ini, pembangunan dan pengindahan bandar masih diteruskan... banyak dah berubah rupanya bandar ni.


papan tanda, kalau naik kereta agak tersembunyi dek pokok

lepas pekena segelas dua air di gerai yang berada betul-betul di sebelah jambatan kota tinggi, aku teruskan perjalanan. ni pun kawan aku yang guide. teringat kali pertama nak menziarah, masa tu bulan puasa, panas terik tengah hari, aku serender...tapi kali ni, aku takmau lepaskan peluang melawat peninggalan sejarah yang berada di tebing sungai kota tinggi ni. syukur, hajat tercapai jugak akhirnya. dapat lah aku abadikan dalam blog yang tak seberapa ni


jalan masuk ke kawasan makam

syukur cuaca seakan menyebelahi aku hari tu, redup je... mungkin nak bagi peluang aku melawat tapak sejarah ni kut... ye lah, masa ni nak kata mendung tak jugak, mendung sikit tetapi cerah (korang paham?) angin pun bertiup sepoi-sepoi bahasa je...

kompleks makam




makam laksamana bentan




jelas kelihatan tebing sungai kota tinggi




penerangan oleh kementerian pelancongan

hilang pulak idea nak tulis apa, apa pun, sampai juga akhirnya. satu tapak warisan sejarah di kota tinggi. tempat lain belum lagi rasanya. masih banyak tempat yang hendak diteroka. insyaAllah satu hari nanti..

p/s :cuti-cuti malaysia, yang penting kita kreatif macamana nak jadikan percutian kita tu menarik....

2 ulasan:

.::~♥ღcik angkuh yg chumelsღ♥~::. berkata...

Suka la bila baca blog jenjalan san-sini ni..best tau..
saya ni terjah kamu dri link kat abg ben punya blog..hehehehhehe..
salam kenalan..
chow..

nitestalker berkata...

salam kenalan jugak ye....