mungkin dah terlambat.... kalau nak membicarakan tentang earth hour yang kita sambut setiap sabtu terakhir di bulan mac setiap tahun.... persoalannya sekarang.... adakah kita teruskan? cukupkah kesedaran kita? atau.... kembali sedia kala dan menyertai earth hour sekadar mengikut trend semasa?
banyak persoalan... kita tahu, bumi semakin tua....bekalan oksigen semakin kehabisan, suhu semakin panas, dan macam-macam lagi....walaupun aku tau ada antara kita yang menyatakan bahawa pemanasan global sekadar mitos.... walau apa pun pendapat..... terserah kepada individu...yang penting, jika pemanasan global tidak berlaku, pemanasan hati tetap terjadi.... sebab apa...ramai yang sedar tentang kepentingan menjaga alam sekitar tapi.....hampir kesemuanya tak mahu menjaganya...mereka masih mengharapkan akan "ada seseorang lain akan melakukannya!" dan bila ditanya kenapa menyertai kempen-kempen ni....jawapan mereka umpama professor walaupun tergagap-gagap bila bercakap... hasilnya? hmmmm macam pepatah inggeris... "back to square one"
aduh.... penatkan, usaha untuk menyedarkan betapa pentingnya alam sekitar untuk disayangi. aku rasa kat sini bukan kesedaran tapi kehendak individu tu sendiri....mereka sedar dan mereka tahu yang mereka kena jaga dan hargai alam sekitar tapi.... mahukah mereka melakukannya?..... tak cukup dengan kesedaran, tapi galakkan dan sokongan untuk mereka melakukannya!....
p/s: contoh terbaik, minggu tanpa beg plastik, masih ramai yang tak peduli malah merungut bila tiada beg plastik tu disediakan...dan ramai juga yang komplen caj yang dikenakan membebankan mereka....20 sen selai je tu... dan beg-beg recycle yang dipromosikan seakan dipandang sepi WALAUPUN aku nampak semakin ramai yang mula menggunakan beg beg recycle ni....tahniah untuk mereka.... mungkin satu cadangan: designer2 kat luar sana bolehla producekan beg-beg recycle ni....mungkin dengan material-material mewah siap dengan beading atau bling-bling....well, beg-beg recycle skarang ni kan decent je design dia....murah pulak tu....hey, diorang tak guna lah beg murah2 ni....diorang suka yang nampak mahal tau.... tak caya cuba kalau prada, louis vuitton, coach atau beberapa lagi designer lable buat beg-beg shopping ni....harga 4 angka pon diorang sanggup beli sampai termimpi2!!!!
2 ulasan:
sekarang banyak keluar beg-beg shopping yg cantik2 ganti beg plastik tp saya beli/dapat beg shopping bukan untuk guna tapi buat koleksi,menarik juga bro..
ermhhh betul jugak...mana nak carik kalau dah lama nanti kan....
Catat Ulasan