Iklan Berbayar

Khamis, 26 Julai 2012

orang tamak selalu rugi, tak caya tanya diorang yang pernah terjebak dalam skim cepat kaya

woppp... bukan nak kondem orang, tapi, jadikan ianya sebagai pengajaran. lagipun sekarang ni kan bulan puasa, tak elok kita dok kondem orang sana sini, betul tak?

tetapi, nasihat menasihati dan ingat mengingati tu kan lebih baik......

tak dinafikan, ramai antara kita mengidamkan satu keadaan yang mana duit dapat dijana tanpa perlu memerah keringat. penulis pun salah seorangnya. memang mengidamkan satu hari nanti, duit terjana dengan sendirinya.

yang biasa penulis dengar, "alangkah indahnya jika duit titik peluh kita selama ini "bekerja" untuk kita...

boleh dan tak mustahil, terlalu banyak cara, tetapi, apa yang berlaku...

kurang sabar dan TAMAK!

disebabkan itu, ramai yang terjerumus ke "lembah buat-duit-segera" ni. terlalu banyak dan tak terhitung. banyaknya di alam maya.ada yang berani mengatakan hanya dengan modal  serendah RM10, potensi pulangannya "beribu-kali-ganda". dah tentu ramai yang terliur sampai tak tidur malam.

tapi diorang lupa, angan-angan tinggi diorang yang mampu mengalahkan angan-angan mat jenin tu hanya terletak pada perkataan "potensi" dan bukan perkataan "beribu-kali-ganda"

hakikatnya, mereka hanya mampu "menepuk dahi yang tak bersalah" atau "memujuk hati yang luka"

teruk kan, kalau camtu la hasilnya, baik meniaga buluh kasap, biarpun dapat pangkal atau hujung dan yang lainnya lesap, sekurang-kurangnya masih ada hasilnya dari meniaga tapi semuanya lesap...

habuk pun tarak....

3 ulasan:

Akak Kembang berkata...

tak suka skim cpt kaya..bukan kita yg kaya..kita tolong tokey tu lagi kaya..hehehe

Unknown berkata...

tau takpe.. baik cari instrument yang sah dan boleh dijadikan batu loncatan untuk jadi kaya.

Outbound di malang berkata...

Nice blog :)
salam kenal sobat :)
Buatlah hari esok lebih baik dari sekarang !
di tunggu kunjungan balik.nya!terimakasih ...