salam jumaat,
sebut hari jumaat, teringat masa khutbah jumaat beberapa minggu lepas ketika awal bulan syaaban.. seperti yang kita sedia maklum, bulan syaaban ni banyak pahala yang menanti kita. terutamanya malam nisfu syaaban. maka berpusu-pusulah mereka mengerjakan amalan di malam tersebut demi "mengaut" pahala yang sedia terhidang
tetapi, bila hari-hari biasa, mereka seakan alpa dan lupa, amalan-amalan yang kecil ditinggalkan begitu sahaja. sedangkan Allah lebih suka kepada mereka yang tidak hanya membuat amalan ketika hari-hari tertentu tetapi membuat amalam biarpun kecil secara berterusan.
terlintas dalam hati, kenapa orang kita agak susah memulakan simpanan atau memulakan pelaburan, terutama pelaburan dalam unit trust. rupa-rupanya seakan terprogram dalam minda mereka bahawa mereka hanya mahukan pulangan yang cepat dan lumayan sekaligus tetapi melupakan pulangan yang kecil dan berterusan. Tu yang ramai terjebak dengan skim cepat kaya..... nak pulangan cepat tapi akhirnya, terlungkup menepuk dahi tak sudah....
akhirnya, mereka melepaskan peluang untuk menjana dan merancang kewangan dengan berkesan....
jadi, kenapa perlu tunggu, mulakan dengan saiz yang kecil, buat tambahan setiap bulan, sedikit demi sedikit, kita akan nampak hasilnya, jika tak mampu gunakan wang tunai, gunakan simpanan kwsp.asalkan peluang yang terhidang tidak dilepaskan begitu sahaja...
ingat pesanan orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit, tetapi, zaman moden ni, sikit-sikit lama-lama jadi jutawan... jadi bolehlah tinggalkan legasi untuk keturunan kita......
Tiada ulasan:
Catat Ulasan