ramai yang tertanya, ape ke menda dollar cost averaging tu? memanglah, kepada yang tak biasa dengan istilah kewangan, sedikit sebanyak atau sememangnya akan blur dengan istilah ni.
oklah, sebelum korang pergi lebih jauh lagi dengan dollar cost averaging ni, jom tonton video ni
tak dinafikan, dalam dunia pelaburan, apa yang kita tahu hanyalah beli harga rendah dan jual harga tinggi. baru dapat keuntungan. tapi tu untuk short selling dan short period investment. tidak untuk pelaburan jangka panjang atau pelaburan yang melibatkan unit amanah.
idea 'dollar cost averaging" ni adalah melabur dsengan nilai tetap dengan satu kekerapan tetap. sebagai contoh, selepas korang mulakan pelaburan pemulaan, secara tetap setiap bulan korang tambah pelaburan, contohnya RM100 tanpa mengira hala tuju pasaran. ini kerana apabila pasaran turun, dengan pelaburan yang sama, kita akan dapat membeli lebih banyak unit, begitu juga sebaliknya.
disebabkan harga pasaran yang turun naik, keadaan ini akan mengeksploitasi pulangan secara tidak langsung. apabila harga mula naik, unit-unit yang dibeli ketika harga turun akan memberi pulangan. eksploitasi keadaan ini amat menguntungkan dengan pasaran unit amanah secara relatifnya adalah menaik (up-trend).
teknik ni telah dibuktikan ketika aku ada buat pelaburan dengan ASN dulu, mula melabur dengan harga hampir maksima (hampir RM1) dan ketika ekonomi menjunam, dan ketika itu harga terus menjunam hingga mencecah RM0.40 aku terus beli unit2 tu secara tetap dan ketika economic recovery, ketika itu jugalah ekonomi poket aku pula yang menyusut dan mula menjual unit-unit yang dibeli. alhamdulillah, lepas dikira-kira, rupa-rupanya dalam diam, keuntungan yang diperolehi lebih dari 60 peratus.... tu yang membuatkan aku terus lekat dengan pelaburan unit amanah ni...
ni lah sedikit sebanyak panduan strategi yang paling biasa digunakan. sebab utamanya, kita tak tahu di mana masa yang paling tepat untuk melabur dan masa paling tepat untuk keluar dari pelaburan. jadi, dengan teknik ini, kita dapat mengubah persepsi, "beli rendah jual tinggi" yg biasa diamalkan oleh pelabur-pelabur runcit di bursa saham kepada bila-bila masa pun adalah masa yang terbaik untuk melabur....
p/s: people always asking, when the right and the best time to invest but they forgotten that only god knows when the right and the best time is.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan