Iklan Berbayar

Jumaat, 3 Ogos 2012

epf kalkulator poket, camna nak kira berapa jumlah yang boleh dilaburkan dari akaun 1 kwsp

salam semua,

beberapa hari ni aku ada terima banyak pertanyaan dari rakan-rakan mengenai berapa jumlah yang boleh dilaburkan ke dalam unit trust dari akaun satu. agak mencabar juga kan, ye lah, bukan semua sedia mendedahkan jumlah yang terkumpul dalam 'kwsp' dia.

jadi, untuk memudahkan rakan-rakan semua, di sini ada panduan macamana nak kira jumlah yang boleh dilaburkan tu....

klik untuk besarkan
asas pengiraan:

pertama, tentukan umur, kemudian jumlah dalam akaun 1, pastu simpanan asas. 3 elemen penting sebelum buat pengiraan yang memang simple...

contoh: ahmad, usia, 25, jumlah akaun1, RM25 000,

cara pengiraan:

jumlah akaun 1 tolak simpanan asas umur 25 tahun(rujuk jadual atas untuk "basic saving").

RM25 000 - RM9000 = RM14 000

jumlah yang layak dilaburkan: 20%

RM14 000 x 20% = RM2800

selagi hasil tambah-tolak-darab-bahagi (matematik) tu lebih dari RM1000, korang dah layak dan sememangnya  boleh melabur....

walaupun sebelum ni korang pernah keluarkan untuk buat rumah / beli rumah / sambung study, dapatkan penyata terkini, tengok pada akaun 1 dan buat kira-kira. lebih seribu, dah boleh tambah untuk laburkan...

simple kan ....

selamat menggandakan simpanan kwsp korang.

 sikit2 lama2 jadi jutawan.....

Tiada ulasan: